PUSAT PENDIDIKAN ASAS DAN LANJUTAN UMT

Universiti Malaysia Terengganu

PROGRAM PSH PPAL: PENYERAHAN KUTIPAN DERMA BUKU KEPADA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU RAKIT (SMK BATU RAKIT)

SMK Batu Rakit dalam usaha untuk menaiktaraf pusat sumbernya memerlukan lebih kurang 8,000 buah buku sama ada baru atau terpakai untuk memenuhkan koleksi buku sedia ada di dalam pusat sumbernya. Sehubungan itu, PPAL pada hari ini telah menganjurkan program “book donation” dalam kalangan warga PPAL sebagai satu insiatif bertujuan membantu SMK Batu Rakit memenuhkan koleksi buku di dalam pusat sumbernya. Selain daripada itu, melalui program sumbangan buku ini diharapkan dapat dijadikan medium untuk kita sebagai komuniti pendidikan terdekat untuk menghulurkan bantuan serta menderma buku-buku yang ada bagi kegunaan pelajar untuk masa akan datang.
Jual dapat duit tapi lagi baik derma, banyak pahala lagi-lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. terima kasih kepada warga PPAL yang telah menyumbang buku dalam program kali ini.