PUSAT PENDIDIKAN ASAS DAN LANJUTAN UMT

Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan Penanda Aras Ke Pusat Pendidikan Asas Dan Liberal (PPAL) Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan penanda aras oleh pihak Pusat Kokurikulum Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke Pusat Pendidikan Asas Dan Liberal, UMT. Lawatan ini diadakan pada 3 Julai 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Misbaha, PPAL.

Tujuan lawatan ini adalah untuk perkongsian dari aspek pengurusan, pentadbiran, akedemik dan penganjuran aktiviti-aktiviti didalam pengendalian Kursus Kurikulum di UMT.

Kehadiran Delegasi UPSI yang diketuai oleh Dr. Asmadi Ishak (Pengarah Pusat Kokurikum, UPSI) dan disambut mesra oleh Prof. Dato’ Dr. Saharuddin Abdul Halim (pusat kokurikulum PPAL UMT). Lawatan ini melibatkan seramai 14 orang tetamu.

Pihak Pusat Pendidikan Asas Dan Liberal (UMT) juga turut menyediakan makan tengahari untuk tetamu yang hadir. Jamuan makan ini diadakan di Pusat Sukan Universiti Malaysia Terengganu.

Penghargaan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan lawatan ini