PUSAT PENDIDIKAN ASAS DAN LANJUTAN UMT

Universiti Malaysia Terengganu

Pusat Kokurikulum

Pusat Kokurikulum PPAL menawarkan pelbagai kursus berasaskan kemahiran dan pengalaman untuk membina keyakinan diri dan kemahiran kerja berkumpulan. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Apresiasi Alam dan Warisan Laut

Kursus ini akan menekankan kepada kepentingan untuk menghargai alam dan warisan. Satu aktiviti berteraskan air yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris akan dianjurkan untuk memberi pengalaman secara langsung kepada pelajar. Pelajar juga diwajibkan untuk mengikuti aktiviti yang dapat membangunkan kemahiran insaniah secara holistik. Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti tersebut merupakan pendedahan awal bagi merangsang pembelajaran kendiri dan meningkatkan sikap dan nilai-nilai murni dalam diri pelajar.

 

Perancangan dan Pengurusan Acara

Kursus ini akan mendedahkan kepada aspek perancangan dan pengurusan acara. Perkara-perkara asas penganjuran sesebuah acara termasuk penyediaan kertas kerja, penubuhan organisasi, perancangan aktiviti,  perancangan belanjawan, tajaan dan penilaian tajaan,  pemasaran dan publisiti, logistik dan teknikal dan protokol akan dibincangkan secara terperinci di dalam kursus ini. Diakhir kursus ini pelajar akan menganjurkan sebuah acara sebagai satu tugasan.

(This course will emphasise on event planning and its implementation. Basic aspects of organizing an event including, preparation of the working paper, organizational set- up, activity planning, budgeting, sponsorship and sponsorship evaluation, marketing and publicity, logistical and technical requirements, and protocol will be covered in detail. To strengthen the students’ understanding, an event will be organized by the students at the end of the course.)

 

Teknik Lakon Pentas dan Skrin

Kursus ini menumpukan kepada asas dan gaya teknik lakonan untuk pentas dan televisyen. Pelajar- pelajar akan mengimplimentasikan kepelbagaian teknik dan gaya lakonan dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam lakonan iaitu, pernafasan dan vokal, penggunaan fizikal, aplikasi ruang serta pemahaman watak. Pengerjaan lakonan akan merujuk kepada beberapa petikan teks drama samaada genre moden mahupun klasik. Penilaian pelajaran akan dijalankan dalam skala persembahan studio secara individu dan juga berkumpulan.

(This course focuses on the basic and acting technique for stage and tv. Students use various action techniques and styles of acting that stress on the important aspects of acting: breathing, vocalization, physical, applying use of space in and understanding characters. Practice will use extracts of drama/theatre texts, either modern or classical. Students’ evaluation is based on individual and group work.)

 

Pengenalan Seni Persembahan Malaysia

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar secara ringkas mengenai bentuk-bentuk seni persembahan yang terdapat di Malaysia. Silibus pengajaran dan pembelajaran menyentuh tentang kepelbagaian bentuk seni persembahan di Malaysia yang merangkumi seni teater, tari dan juga muzik. Pengetahuan akan diberikan kepada pelajar meliputi aspek sejarah, asal usul, struktur persembahan, pengaruh dan perkembangannya. Penerangan tentang kepercayaan animisme, ritual, semangat dan juga faktor keagamaan didedahkan kerana ini adalah titik tolak kepada permulaan seni persembahan di Malaysia.

(This course introduces the forms of performing art in Malaysia. The syllabus touches on aspects of performing arts that include theatre, dance and music. Knowledge that is conveyed includes aspects of history, origin, performance structures, influence and development. The belief in animism, rituals, spiritual and religious factors are exposed as these are the beginnings of the performing arts in Malaysia.)

 

Pengurusan Seni dan Budaya

Kursus ini menumpukan kepada pembelajaran mengenai pengurusan dalam skop seni dan budaya. Para pelajar akan diperkenalkan kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan juga Dasar Industri Kreatif Negara. Pelajar juga akan didedahkan kepada kaedah pengurusan dan ruang lingkup kerja pengurusan. Silibus ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk menerapkan kemahiran dan pengalaman melalui proses kerja praktik dan projek- projek yang dikendalikan secara berkumpulan.

(This course focuses on the management of the arts and culture. Students are introduced to the National Cultural Policy and the National Creative Industry Policy. Students are exposed the areas that cover management. This syllabus also gives the opportunity for students to apply skills and experience through practice and group projects)

 

Asas Muzik Tradisional Melayu

Kursus ini menumpukan kepada asas pembelajaran muzik tradisional Melayu di Malaysia. Pengenalan kepada beberapa ensemble muzik tradisional Melayu dengan member pendedahan asas dalam teknik talaan, asasribaan, asas permainan alat muzik dalam ensemble muzik tradisional Melayu seperti WayangKulit, Makyung, Dikir Barat, Gamelan Melayu, Kompang, Rodat, Muzik Melayu Asli, Ghazal.

 

Pengurusan Acara

Kursus ini akan mendedahkan kepada aspek perancangan dan pengurusan acara. Perkara-perkara asas penganjuran sesebuah acara termasuk penyediaan kertas kerja, penubuhan organisasi, perancangan aktiviti,  perancangan belanjawan, tajaan dan penilaian tajaan,  pemasaran dan publisiti, logistik dan teknikal dan protokol akan dibincangkan secara terperinci di dalam kursus ini. Diakhir kursus ini pelajar akan menganjurkan sebuah acara sebagai satu tugasan.

 

Teknik Lakon Pentas dan Skrin

Kursus ini menumpukan kepada asas dan gaya teknik lakonan untuk pentas dan televisyen. Pelajar- pelajar akan mengimplimentasikan kepelbagaian teknik dan gaya lakonan dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam lakonan iaitu, pernafasan dan vokal, penggunaan fizikal, aplikasi ruang serta pemahaman watak. Pengerjaan lakonan akan merujuk kepada beberapa petikan teks drama samaada genre moden mahupun klasik. Penilaian pelajaran akan dijalankan dalam skala persembahan studio secara individu dan juga berkumpulan.

 

Dikir Barat         

Kursus ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk menambah ilmu dan kemahiran dalam bidang muzik dikir barat. Kursus ini akan memberi penekanan kepada gerak rentak, lirik dan lagu serta pengendalian alat-alat muzik dikir barat yang berkaitan. Di akhir kursus pelajar akan menganjur dan melibatkan diri dalam satu persembahan dikir barat.

 

Seni Tari

Untuk memberi pendedahan serta pengetahuan dalam bidang seni tari yang diwarisi dan diamalkan oleh pelbagai kaum di Malaysia. Penekanan diberi kepada  perkembangan serta susur galur  seni tari rakyat yang berkembang di Malaysia.

(This course aims to enable students to understand the traditions dance  and practised by the various races in Malaysia. One of the emphasis will be on the customs and traditional Folk Dance in Malaysian.)

 

Pengenalan Kepada Orkestra

Kursus ini akan memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran asas memainkan instrumen muzik dalam komponen orkestra. Latihan untuk memainkan instrumen dalam kategori Strings, Brass, Woodwinds, Saxes, Rhythm dan Percussion akan ditawarkan dan pelajar hanya perlu memilih salah satu daripadanya sesuai dengan kecenderungan dan bakat masing-masing. Pelajar akan melalui fasa latihan individu dan seksyen sebelum digabungkan dalam satu pasukan orkestra. Melalui kursus ini juga pelajar akan mendapat peluang untuk menganjur dan melibatkan diri dalam satu persembahan muzikal di hadapan khalayak.

 

Pidato Umum

Kursus ini akan membincangkan konsep asas pidato umum.  Ia juga memberi penekanan dalam penyampaian pengucapan dan struktur berpidato. Pelajar ditugaskan untuk mengelola aktiviti berkaitan dengan pidato yang bersesuain dengan khalayak. Penglibatan pelajar selain dari berpidato di dalam pengelolaan termasuklah penghakiman, penyelidikan dan penyediaan maklumat, dan juga pembentukan organisasi.

 

 Penulisan Media

Kursus ini akan memberi penekanan dan pendekatan penggunaan media terkini dalam penyebaran makumat secara menarik dan berkesan. Pelajar akan dilatih untuk memperoleh, menapis dan melapokan maklumat yang tepat dan berintegriti. Pelajar juga akan didedahkan dengan medium penerbitan yang bersesuaian.

 

Siswa Penyayang

Kursus ini memberi pendedahan kepada usaha mengembangkan sifat keprihatinan dan kebertangungjawaban sosial terhadap komuniti yang memerlukan. Elemen yang akan diberi penekanan termasuk proses merancang dan menentukan program yang bersesuaian dengan komuniti yang memerlukan. Di akhir kursus, pelajar akan melaksanakan dan mengawal selia program khidmat masyarakat yang dapat memupuk kemahiran mengurus dan boleh bekerja dalam kumpulan.

 

CCM2002         :           Patriotism

Kursus ini akan memberi pendedahan secara teori dan praktik terhadap konsep patriotisme. Elemen yang akan diberi penekanan termasuk kebanggaan sebagai warga negara, menghormati dan mentaati simbol negara, semangat cinta dan setia kepada negara, sumbangan dan kesanggupan mempertahankan kedaulatan negara. Di akhir kursus, pelajar akan melaksana satu aktiviti berteraskan patriotisme bagi menyerlahkan sikap sayangkan bangsa, agama dan tanahair.

 

CCM2003         :           Asas Kesukarelawanan

Tajuk yang dimuatkan dalam kursus ini termasuklah pengetahuan mengenai sains kesihatan dan keselamatan, persediaan mental, fizikal dan sipiritual, persekitaran dan teknologi. Pendekatan pembelajaran merangkumi pebincangan dalam kumpulan berdasarkan pengalaman keatas projek yang dijalankan bersama komuniti dalam skop yang bersesuaian. Pelajar juga boleh bekerjasama dengan organisasi lain yang dapat membantu menjayakan sebarang projek. 

 

CCP3311         :           Pemimpin 1

Kursus ini memberi pendedahan tentang teori kepimpinan dan organisasi, tatacara mesyuarat, kaedah surat menyurat, kemahiran asas komunikasi, kemahiran membuat keputusan, tugas dan peranan pemegang jawatan dalam organisasi serta protokol majlis rasmi dan perancangan pelaksanaan aktiviti.

(This course will expose students to organizational and leadership theory, the conduct of meetings, methods of correspondence, basic communication skills, decision making skills, tasks and role of job holders in organizations, protocols at official events, and planning and implementation of activities.)

 

Asas Kecergasan Fizikal

Kursus ini menekankan kepentingan aspek kecergasan fizikal sepanjang penglibatan dalam bidang sukan. Komponen asas kecergasan fizikal seperti pengetahuan anatomi tubuh, aplikasi jenis-jenis latihan, impak latihan terhadap fisilogi tubuh serta peranan diet dan nutrisi akan dibincangkan secara teori dan praktikal. Di akhir kursus ini pelajar mampu mempraktikkan jenis-jenis latihan dan mempamer sikap profesional yang bersesuaian dengan aktviti sukan yang diceburi.

(This course will place an emphasis on the physical fitness aspect and related to sports activities. Basic components for this course such as human anatomy, applied exercises, impact of exercises towards human physiology, role of diet and food nutrition will be covered both in theory and practically through class activities, coursework and field training. The outcome will be that students will be able to demonstrate different types of exercises and show professionalism in line with the sports that they choose.)

 

Rekreasi Luar

Kursus ini akan menekankan tentang keperluan dan kemahiran asas dalam aktiviti berkaitan rekreasi luar.  Kemahiran asas rekreasi luar termasuk perancangan program, perkhemahan, kembara, pertolongan cemas, ikhtiar hidup dan komunikasi akan dibincangkan secara teori dan praktikal melalui aktiviti kuliah, tugasan dan latihan lapangan. Bagi melahirkan penggiat aktiviti luar yang bertangungjawab, aspek perundangan, etika dan peranan dalam konservasi alam juga akan diberi penekanan. Hasil dari kursus ini pelajar mampu untuk mengembangkan pengetahuan dan kemahiran rekreasi luar sama ada untuk tujuan riadah, sosial, menghadapi situasi kritikal atau sebagai satu cabang kerjaya.

(This course will place an emphasis on the basic requirements and skills related to outdoor recreational activities. Basic skills for outdoor recreation such as program planning, camping, travel, first aid, survival and communication will be covered both in theory and practically through class activities, coursework and field training. In order that responsible outdoor activity practitioners are produced through the course, aspects of law, ethics and conservation of nature will also be emphasized. The outcome will be that students will be able to extend their knowledge and skills in outdoor recreation, whether it be for recreation, social, whilst facing a critical situation or as a career.)

 

Asas Pertolongan Cemas

Kursus ini menekankan tentang konsep pertolongan cemas dalam kehidupan seharian. Kefahaman tentang sistem fisiologi tubuh, pengurusan kecederaan, penilaian tahap kecederaan, jenis-jenis kecederaan dan kaedah rawatan akan dibincangkan dengan terperinci secara teori dan praktikal. Di akhir kursus ini, pelajar mampu bertindak untuk memberi rawatan kecemasan apabila berhadapan dengan sebarang kecederaan dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

 

Silat Olahraga

Kursus ini bertujuan untuk melengkap dan menambahkan pengetahuan pelajar supaya dapat mempelajari dan memahami prinsip-prinsip asas dalam Silat Olahraga ciri-ciri permainan, undang-undang, peraturan dan etika permainan. Aspek ‘character building’ dan ‘academic excellent’ diberi perhatian melalui situasi pembelajaran yang sesuai misalnya komunikasi dalam sukan, kesedaran pentingnya mematuhi peraturan permainan dan nilai/sifat sosial ketika bersukan dan pengalaman yang baik dalam kehidupan seharian.

 

Kayak

Kursus ini akan memberi pendedahan asas berkaitan pengendalian kayak untuk tujuan rekreasi dan sukan. Pelajar akan dilatih untuk menguasai teknik dan taktik asas berkayak serta aspek-aspek keselamatan dan persediaan diri. Pelajar juga akan berpeluang mengikuti satu aktiviti berkayak di lapangan bagi mendapat pengalaman secara langsung berkayak dalam situasi yang sebenar.

 

Pancing Rekreasi

Kursus ini akan menekankan konsep asas, pendekatan dan etika dalam pancing rekreasi yang menjurus kepada pengurusan sumber perikanan secara lestari.  Teknik dan amalan pancing rekreasi serta hubungkaitnya dengan kelestarian sumber perikanan akan dibincangkan secara terperinci. Maklumat yang diperolehi mampu membantu pelajar untuk memainkan peranannya dalam memastikan kelestarian sumber melalui aktiviti pancing rekreasi sama ada sebagai hobi atau kerjaya

 

Rekreasi Scuba dan Snorkeling

Kursus ini menekankan ciri-ciri serta teori umum dan asas, pendekatan dan etika dalam selam SCUBA dan ‘Snorkeling’. Pelajar akan dapat memahami hubungkait pengurusan, peralatan, sistem, fisiologi dan fizik yang terlibat dalam selam SCUBA dan ‘Snorkeling’. Maklumat yang diperolehi mampu menjadi panduan dalam selam SCUBA dan ‘Snorkeling’ sebelum pelajar meneroka ke laut. Di akhir kursus ini pelajar akan mampu untuk melaksanakan ‘Discover SCUBA’ dan ‘Snorkeling’ dengan penuh keyakinan.

(This course emphasizes the features as well as the general theory, basic and its approach and ethics in SCUBA diving and snorkeling. Students will be able to understand the relationship of management, equipment, systems, physiology and physics involved in scuba diving and snorkeling. The information obtained can be a guide in scuba diving and snorkeling before students venture into the sea. At the end of this course, students will be able to implement the ‘Discover SCUBA’ and the ‘Snorkeling’ with confidence.)

 

Boling Padang

Kursus ini memberi pendedahan, pengetahuaan dan pengalaman kepada pelajar mengenai teknik kemahiran dan strategi sukan boling padang. Kursus ini meliputi penjelasan definasi-definasi dalam sukan boling padang, ukuran green yang meliputi padang, ditch, bank, ukuran peralatan termasuk mal, jack, permainan berempat, penentuan permainan dalam pertandingan.

 

Renang Dan Keselamatan Air

Kursus ini menekankan kepentingan konsep asas renang dan keselamatan air. Komponen asas asas renang seperti pengetahuan prinsip-prinsip latihan kecergasan fizikal, aplikasi jenis-jenis teknik renang, bantuan kecemasan dan pengelolaan pertandingan dalam renang akan dibincangkan secara teori dan praktikal. Di akhir kursus ini pelajar mampu mempraktikkan kemahiran teknik-teknik renang dan mempamer sikap profesional yang bersesuaian dengan aktviti sukan yang diceburi.

(This course will expose the students on basic principles of physical guidance techniques for swimming, swimming skills, starting and turning, diving skills, rules and regulations of FINA swimming events, planning and managing swimming competition.)

 

Suksis 1

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Organisasi pasukan Polis Diraja Malaysia, Akta Polis 1967. Pelajar juga akan dilatih untuk mengusai kemahiran-kemahiran asas sebagai anggota Pasukan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) dan kawad kaki dengan memberi penekanan kepada aspek keupayaan bekerja dalam pasukan serta mempunyai penampilan dan disiplin yang tinggi.

(This course begins with the introduction to the establishment of SUKSIS, organization, training modules (academic, personality and external training). The topics cover SISWA Police Volunteering Module, which has designated by the Royal Malaysian Police Training Division.)

 

SUKSIS  2

Kursus ini adalah lajutan dari Kursus SUKSIS 1. Penerapan nilai etika dan moral didalam Pasukan Polis Diraja Malaysia ditekankan di samping memberi pendedahan tentang pengendalian asas beberapa jenis senjata api sesuai dengan keperluan dan fungsi anggota pasukan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Latihan kawad dilanjutkan kepada kemahiran kawad senjata dengan penekanan kepada aspek keupayaan berperanan dalam pasukan serta mempunyai disiplin dan integriti yang tinggi.

 

SUKSIS  3

Kursus ini adalah lajutan dari Kursus SUKSIS 2. Ianya memberi pendedahan tentang asas ilmu kepolisan dan taktik pertahanan yang penting untuk mendepani musuh atau penceroboh. Latihan kawad dilanjutkan kepada kemahiran kawad pedang dan memberi penekanan kepada usaha menyungkil bakat-bakat kepimpinan yang mampu mengetuai pasukan.

 

SUKSIS  4

Kursus ini adalah lanjutan dari kursus SUKSIS 3.  Kursus ini lebih memberi pendedahan dari segi pengurusan perkhidmatan menjaga keamanan dan keselamatan negara PDRM serta Majlis Tamat Latihan. Kursus ini juga memberi ruang untuk pelajar mengorganisasikan pasukan kesukarelawan Polis  dalam melaksanakan tugasan dan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat. Segala operasi prosedur seragam diamalkan berdasarkan undang-undang yang berkuatkuasa. Pengenalan kepadan Pelan Itegriti Nasional ditekankan kepada pelajar agar dapat membina jati diri dengan modal insan yang cemerlang apabila tamat pengajian kelak.

 

Palapes (TLDM) 1

Kursus ini memberi pendedahan tentang fungsi dan peranan divisyen askar wataniah di bawah struktur Kementerian Pertahanan Malaysia. Pelajar akan dilatih untuk mengusai kemahiran-kemahiran asas sebagai anggota wataniah khususnya kemahiran berkawad dengan memberi penekanan kepada aspek keupayaan bekerja dalam pasukan serta mempunyai penampilan dan disiplin yang tinggi.

 

Palapes 2

Kursus ini adalah lajutan dari Kursus Palapes 1. Ianya memberi pendedahan tentang pengendalian asas beberapa jenis senjata api sesuai dengan keperluan dan fungsi anggota pasukan Psstldm dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Latihan kawad dilanjutkan kepada kemahiran kawad senjata dengan penekanan kepada aspek keupayaan berperanan dalam pasukan serta mempunyai disiplin dan integriti yang tinggi.

 

Palapes 3

Kursus ini adalah lajutan dari Kursus Palapes 1 dan Palapes 2. Ianya memberi pendedahan tentang asas ilmu kelautan dan taktik peperangan yang penting untuk mendepani musuh atau penceroboh. Latihan kawad dilanjutkan kepada kemahiran kawad pedang dan memberi penekanan kepada usaha menyungkil bakat-bakat kepimpinan yang mampu mengetuai pasukan.

 

Palapes 4

Kursus ini adalah lajutan dari Kursus Palapes 1, Palapes 2 dan Palapes 3. Ianya memfokuskan kepada kemahiran merancang serangan atau mempertahankan pasukan dengan mengaplikasi ilmu Kelautan dan taktik peperangan. Latihan kawad dilanjutkan kepada kemahiran kawad tongkat dan memberi penekanan kepada usaha membentuk bakat-bakat kepimpinan yang berwibawa dan dihormati.

 

Palapes 5

Kursus ini adalah lajutan dari Kursus Palapes 1, Palapes 2, Palapes 3 dan Palapes 4. Ianyamemfokuskan kepada kemahiran merancang serangan atau mempertahankan pasukan dengan mengaplikasi ilmu Kelautan dan taktik peperangan. Latihan kawad dilanjutkan kepada kemahiran kawad tongkat dan memberi penekanan kepada usaha membentuk bakat-bakat kepimpinan yang berwibawa dan dihormati.

 

Sispa 1

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai organisasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Antarabangsa, Akta Pertahanan Awam 1951 (Semakan 1979), Kaedah Pertahanan Awam Malaysia.  Pelajar juga dilatih mengenai Asas Pertolongan Cemas, ektrikasi mengelurkan mangsa dan kawad kaki dimana penekanan kepada aspek keupayaan bekerja dalam pasukan serta mempunyai penampilan dan disiplin yang tinggi.

 

Sispa 2

Kursus ini adalah lanjutan dari kursus SISPA 1. Penerapan nilai etika dan moral didalam Angkatan Petahanan Awam Malaysia ditekankan disamping penambahbaikan kemahiran menyelamat kecemasan. Cara-cara penggunaan tali dan ikatan semasa menyelamat kecemasan, teknik menggunakan gergaji berantai, menyelamat dan membawa mangsa ditempat bencana diberi penekanan.  Teori dan praktikalsains kebakaran, cara-cara melawan kebakaran, dan pengurusan bencana diterapkan kepada setiap anggota.

 

Sispa 3

Kursus adalah lanjutan dari kursus SISPA 2.  Kursus ini juga memberi pendedahan tentang pengenalan dan penggunaan peralatan ascending and descending (A&D), teori dan praktikal pengurusan tali tinggi, peralatan kebombaan, kawad bomba, pengenalan kepada peralatan dan penggunaan peralatan dalam ambulan.  Segala kemahiran menyelamat aras tinggi difokuskan kepada pelajar disamping menyelamatkan mangsa dan juga keselamatan anggota.

 

Sispa 4

Kursus ini adalah lanjutan dari kursus SISPA 3.  Kursus ini lebih memberi pendedahan dari segi pengurusan perkhidmatan kecemasan 999 APM. Kursus ini juga memberi ruang untuk pelajar mengorganisasikan pasukan kesukarelawan kecemaasan semasa berlaku bencana atau kecemasan.  Segala operasi prosedur seragam semasa berlaku bencana diamalkan berdasarkan etiket dan protokol kecemasan.  Pengenalan kepadan Pelan Itegriti Nasional ditekankan kepada pelajar agar dapat membina jati diri dengan modal insan yang cemerlang apabila tamat pengajian kelak.

  

Wataniah 1

Kursus ini memberi pendedahan tentang penerangan tentang struktur ringkas kementerian pertahanan Malaysia dan  Kursus ini memberi pendedahan tentang fungsi dan peranan kor askar wataniah di bawah struktur Kementerian Pertahanan Malaysia. Pelajar akan dilatih untuk mengusai kemahiran-kemahiran asas sebagai anggota wataniah khususnya kemahiran berkawad dengan memberi penekanan kepada aspek pematuhan etika ATM

 

Wataniah 2

Kursus ini adalah lajutan dari Kursus Wataniah 1. Ianya memberi pendedahan tentang pengendalian asas beberapa jenis senjata api sesuai dengan keperluan dan fungsi anggota pasukan wataniah dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Latihan kawad dilanjutkan kepada kemahiran kawad senjata dengan penekanan kepada aspek keupayaan berperanan dalam pasukan serta mempunyai disiplin dan integriti yang tinggi.

 

Wataniah 3

Kursus ini adalah lajutan dari Kursus Wataniah 1 dan Wataniah 2. Ianya memberi pendedahan tentang asas ilmu medan perang dan taktik peperangan yang penting untuk mendepani musuh atau penceroboh. Latihan kawad dilanjutkan kepada kemahiran kawad tongkat dan memberi penekanan kepada usaha menyungkil bakat-bakat kepimpinan yang mampu mengetuai pasukan.

 

Wataniah 4

Kursus ini adalah lajutan dari Kursus Wataniah 1, Wataniah 2 dan Wataniah 3. Ianya memfokuskan kepada kemahiran merancang serangan atau mempertahankan pasukan dengan mengaplikasi ilmu medan perang dan taktik peperangan. Latihan kawad dilanjutkan kepada kemahiran kawad tongkat dan memberi penekanan kepada usaha membentuk bakat-bakat kepimpinan yang berwibawa dan dihormati.

 

Senireka Grafik Dan Fotografi

Kursus ini akan menekankan pendekatan dan penggunaan visual grafik  dalam penyampaian maklumat secara menarik dan berkesan. Pelajar akan dilatih untuk menghasilkan idea dan menguasai teknik-teknik asas dalam penyediaan produk berasaskan senireka grafik dan fotografi  seperti iklan, poster, banner, pamphlet, label dan sebagainya secara teori dan praktik. Ilmu dan kemahiran yang diperolehi mampu membantu pelajar untuk mengembangkan  bakat seni fotografik untuk tujuan penyampaian maklumat. 

 

Asas Seni Khat

Kursus ini membincangkan tentang beberapa jenis seni khat terpilih. Penekanan utama adalah pada kemahiran penulisan seni khat yang indah dan penuh ketelitian. Melalui kemahiran ini dan dibantu oleh proses pembelajaran kendiri, satu jenis penulisan seni khat yang berkualiti berdasarkan  idea atau tema tertentu akan dihasilkan.  Keupayaan pelajar akan dinilai melalui kebolehan mengolah idea atau tema seni khat yang mampu berkomunikasi dengan masyarakat.

 

Seni Lukis Moden Malaysia

Seni lukis moden Malaysia dilihat semakin berkembang di kalangan pelukis. Perkembangan seni lukis moden Malaysia menampilkan berbagai-bagai gaya, pendekatan, cita rasa dan konsep. Justeru kursus ini akan memberikan pemahaman pelajar kepada elemen utama yang berkaitan dengan teknik menghasilkan seni lukis moden Malaysia. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan kepada kerja lapangan dan teknik asas menghasilkan seni lukisan dengan elemen kreatif dan menarik.

[:]