PUSAT PENDIDIKAN ASAS DAN LANJUTAN UMT

Universiti Malaysia Terengganu

Jabatan Ilmu Dasar dan Pendidikan Liberal

Jabatan Ilmu Dasar dan Pendidikan Liberal menawarkan pelbagai kursus ilmu asas dan liberal aras tinggi yang merentasi bidang utama program pengajian. Kursus-kursus merangkumi bidang kemanusiaan, sains asas, ekonomi, kewangan dan alam sekitar. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Bil.

Kod Kursus

Nama Kursus

Kredit

1.

PAL3100 Pengurusan Air Dan Kehidupan 3(3+0)

2.

PAL3101 Udara Dan Komuniti 3(3+0)

3.

PAL3102 Sistem Arkib Sumber Tumbuhan 2(2+0)

4.

PAL3103 Pemikiran Ekonomi Biodiversiti 3(3+0)

5.

PAL3104 Ikan Dan Perikanan 3(3+0)

6.

PAL3105 Isu Dan Kepentingan Fauna Marin 3(3+0)

7.

PAL3106 Mikrob Dan Kehidupan 3(3+0)

8.

PAL3107 Tanaman Hiasan 3(3+0)

9.

PAL3108 Sains Makanan 3(3+0)

10.

PAL3109 Pengurusan Makanan Halal 3(3+0)

11.

PAL3110 Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat 3(3+0)

12.

PAL3111 Isu Dan Kepentingan Tanah Bencah 3(3+0)

13.

PAL3112 Kimia Dan Masyarakat 3(3+0)

14.

PAL3113 Fizik Dan Masyarakat 3(3+0)

15.

PAL3114 Organisma Invasif 2(2+0)

16.

PAL3115 Pembangunan Lestari 3(3+0)

17.

PAL3116 Haiwan dan Masyarakat

(Animals and Society)

3(3+0)

18.

PAL3200 Kelestarian Ekonomi 3(3+0)

19.

PAL3202 Etika Dalam Organisasi 3(3+0)

20.

PAL3201 Pengenalan Perancangan Ekonomi 3(3+0)

21.

PAL3203 Kewangan Peribadi 2(2+0)

22.

PAL3204 Pemasaran Maya 3(3+0)

23.

PAL3205 Pelaburan Dalam Pasaran Kewangan 3(3+0)
24. PAL3206 Pengurusan Kos Dalam Perniagaan 3(3+0)
25. PAL3207 Perakaunan Untuk Usahawan 3(3+0)
26. PAL3208 Prinsip Kewangan Islam 3(3+0)

ASAS KEUSAHAWANAN

Kursus ini memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang konsep asas bidang keusahawanan. Pelajar juga akan melakukan aktiviti pembelajaran yang menjurus kepada membina minda keusahawanan sebagai persediaan awal menempuhi alam kerjaya kelak.

This course provides an early exposure to the students on the basic concepts of entrepreneurship. Students will also be learning activities that will lead to the development of entrepreneurial minds as exposure and preparation for their future career.

 

PENGURUSAN AIR UNTUK KEHIDUPAN

Kursus ini menekankan kepada kepentingan pengurusan air yang melibatkan proses hidrologi air, pembekalan air bersih  serta kepentingan rawatan air. Para pelajar akan menyedari keperluan air bagi komuniti dari segi  kuantiti & kualiti air bersih, pembekalan & saliran air serta penyakit berkaitan air terutamanya yang akan disebabkan oleh air tidak dirawat dan air sisa domestik.  Di akhir kursus ini, pelajar akan memahami prinsip asas sistem pengurusan air dan teknologi rawatan air serta kepentingan terhadap kelestarian pengurusan air sebagai sumber air bersih dan pengurusan air bagi mengelakkan bencana wabak, banjir dan sebagainya.

This course emphasis on the importance of water management which include water hydrology, drinking water supply as well as the absolute necessity for water treatment. Students will learn on the community requirement for clean water in term of the safe water demand, drainage and water supply including water related diseases which especially involve untreated water and the sewerage.  At the end of this course, students would be aware of the basic principles of water management & wastewater treatment technology as well as the importance of sustainable water management as clean water source and for preventing disaster such as disease outbreak, flood and many more.

 

UDARA UNTUK KOMUNITI

Kursus ini melibatkan asas kepada kualiti udara dan jenis-jenis bahan pencemar yang menjadikannya tercemar serta kesan-kesan kemudaratan kepada golongan umum.   Para pelajar akan didedahkan mengenai komponen asas udara bersih serta sumber-sumber pencemar udara yang menyebabkan masalah global seperti jerebu, hujan asid, gangguan penglihatan, penipisan lapisan ozon dan perubahan cuaca.  Pada akhir kursus ini, para pelajar akan lebih cakna kepada isu-isu berkenaan udara dan faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi kesan pencemaran udara kepada individu persendirian sehingga ke peringkat global.

This course involves the fundamental of air quality and the presence of components which cause it to be polluted as well as the adverse effect to the general public. The student would be made aware of clean air portion that currently being polluted by various sources and create interrelated problems such as haze, acid rain, visibility degradation, stratospheric ozone depletion and climate change. At the end of the course, the students could cover the basics of clean air and polluted air well as the factors that influence its’ adverse effects to the general public and globally.

 

SISTEM ARKIB SUMBER TUMBUHAN

Kursus ini mendedahkan isu dan cabaran dalam arkib maklumat bagi sumber tumbuhan yang dikutip dari lapangan untuk tujuan penyimpanan, perekodan dan perujukan. Pelajar akan dibimbing dengan pelbagai kaedah pengurusan dan penggunaan sumber maklumat terpendam pada sumber tumbuhan yang dikurasi. Dengan itu, pelajar dapat menggunapakai kemahiran pengurusan arkib dalam mendepani cabaran sebagai seorang pengurus maklumat sumber tumbuhan di masa akan datang.

This course exposes the issues and challenges in information archive of plant resources collected from the field for the safekeeping, record and reference purposes. Students will be guided on various management and utilization methods on embedded values of curated plant resources. With this, the students can apply the archival management skill in confronting the challenges as information manager of plant resources.

 

PEMIKIRAN EKONOMI BIODIVERSITI

Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan, latihan asas dan kesedaran mengenai kepentingan penilaian ekonomi terhadap biodiversiti dan perkhidmatan-perkhidmatan ekosistem. Di dalam kursus ini pelajar akan mempelajari mengenai hubungan dinamik di antara manusia dan ekosistem, sumbangan biodiversiti kepada sosioekonomi manusia, kaedah penilaian ekonomi ke atas biodiversiti serta peranan polisi-polisi negara dan antarabangsa yang berkaitan dengan kepentingan biodiversiti.  Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat membincangkan keperluan dan kepentingan penilaian ekonomi biodiversiti dan mengaplikasikan kaedah asas penilaian ekonomi bagi tujuan keperluan pembuat dasar.

This course aims to provide students with the knowledge, basic training and the awareness on the importance of economic valuation on biodiversity and ecosystem services. In this course, students will learn about the dynamic relationship between humans and ecosystems, socio-economic contribution of biodiversity to human, economic valuation methods on biodiversity and the role of national and international policies which relevant to the importance of biodiversity. At the end of this course, students will be able to discuss the need and importance of economic valuation of biodiversity and apply the basic methods of economic evaluation for the purposes of policy-makers.

 

IKAN DAN PERIKANAN

Kursus ini memberi pengenalan tentang ciri-ciri umum dan asas dalam pengenalpastian ikan. Di samping itu, sistem biologi yang terlibat dalam kelangsungan hidup ikan di dalam medium akuatik juga diberi penekanan. Pelajar berpeluang mengadakan lawatan ilmiah untuk lebih memahami kepentingan dan aktiviti perikanan di Malaysia. Hasil pembelajaran yang diperolehi daripada kursus ini dapat dimanfaatkan dalam mengenalpasti ikan untuk pelbagai kegunaan dan peranan dalam kehidupan manusia.

 

ISU DAN KEPENTINGAN FAUNA MARIN

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengenalan kepada kepelbagaian fauna (haiwan) marin dan perkaitannya dengan senario ekosistem kini. Di dalam kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada kepelbagaian haiwan marin, isu dan kepentingannya serta adaptasi mereka dengan ekosistem. Di akhir kursus ini, pelajar boleh mengaitkan dan menyelesaikan masalah alam sekitar terhadap kemandirian haiwan marin tersebut.

(This course gives the students an introduction to the diversity of marine organisms and its connection to the latest ecosystem scenario. In this course, students will be exposed to the diversity of marine organisms, its issues and importance and its adaptation with the environment. At the end of this course, students are able to relate and solve the environment problem towards the survivability of marine animals).

 

MIKROB DAN KEHIDUPAN

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengenalan kepada bidang mikrobiologi persekitaran dan kepelbagaian mikroorganisma bagi pengurusan sumber daya biologi dalam alam sekitar. Pelajar akan didedahkan kepada semua bidang pengajian tentang kebaikan dan keburukan mikroorganisma serta kesannya terhadap manusia dan alam sekitar. Di akhir kursus ini, pelajar dapat menghubungkait kepentingan mikroorganisma dalam kehidupan manusia.

This course aims to provide an introduction to the field of environmental microbiology and diversity of microorganisms for the management of biological resources in the environment. Students will be exposed to all areas of study about the pros and cons of microorganisms and their effects on humans and the environment. At the end of this course, students will relate the importance of environmental microorganisms to human life.

 

TANAMAN HIASAN

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kepelbagaian tumbuhan hiasan dan konsep seni taman. Pelajar akan didedahkan mengenai jenis-jenis tumbuhan hiasan, keperluan asas pertumbuhan, cara penjagaan dan kaedah pembiakan. Panduan asas seni taman serta aplikasinya di pelbagai peringkat samada di rumah dan organisasi umum juga akan dibincangkan. Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat mengaplikasi ilmu pengetahuan mengenai tumbuhan hiasan dan seni taman untu kmenghasilkan taman hiasan yang menarik.

 

SAINS MAKANAN

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan bidang Sains Makanan, hubung kait dan kepentingan bidang-bidang Sains Makanan kepada perkembangan industri makanan dan status pemakanan masyarakat. Pelajar akan didedahkan kepada komposisi asas makanan khususnya air, karbohidrat, protein, lipid, enzim, vitamin, mineral, pigmen, perisa, bahan toksik semulajadi, bahan pencemar dan aditif makanan. Peranan komponen tersebut dalam system makanan dan kesan pemakanan terhadap status kesihatan. Pendedahan tentang komoditi makanan, faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti makanan dan unit operasi yang terlibat dalam pemprosesan makanan, perkembangan semasa juga peluang kerjaya dalam bidang Sains Makanan juga akan dibincangkan. Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat mengaplikasi pengetahuan tentang makanan dalam kehidupan harian.

(This course aims to give students exposure to Food Science, the relationships and the importance of these areas to the development of the food industry and nutritional status of the community. Students will be exposed to the basic composition of the food, especially water, carbohydrates, proteins, enzymes, lipids, vitamins, minerals, pigments, flavors, natural toxicants, pollutants, and food additives. The role of these components in the food system and the impact of nutrition on health status. Exposure of food commodities, factors affecting food quality and unit operations involved in food processing, current developments are also career opportunities in the field of food science will also be discussed. At the end of this course, students will be able to apply their knowledge of food in our daily lives).

 

PENGURUSAN MAKANAN HALAL

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan konsep makanan halal dan haram dalam hokum dan perundangan Islam.  Pelajar akan didedahkan kepada konsep toyibban iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan yang sihat serta ‘halalan’, sumber makanan halal dan haram, kaedah penyembelihan halal, konsep pemprosesan makanan halal dari ladang kepinggan, ramuan dan aditif makanan halal. Pelajar juga akan mempelajari peraturan dan perundangan berhubung dengan makanan halal, analisis, piawaian makanan halal MS 1500:2009, persijilan dan logo halal, kaitan halal dengan kualiti dan insentif produk halal. Isu semasa dalam industry dan pasaran makanan halal global juga akan dibincangkan. Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat mengaplikasi pengetahuan tentang makanan halal dalam kehidupan harian.

(This course aims to provide students with exposure to the concept of halal and haram in Islamic law. Students will be exposed to the concept toyibban of purity, hygiene and healthy living as well as ‘halal’ food supply halal and haram, halal slaughtering methods, halal food processing concept from farm to plate, halal food ingredients and additives. Students will also learn the rules and regulations relating to kosher food, analysis, halal standard MS 1500: 2009 certification and logo, relationship between halal and kosher products quality and incentives. Current issues in the industry and the global halal food market are also discussed. At the end of this course, students will be able to apply the knowledge of halal foods in daily life).

 

PEMAKANAN DAN GAYA HIDUP SIHAT

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengenalan kepada pelajar mengenai bidang pemakanan bermula daripada pemilihan makanan, pencernaan dan bagaimana makanan yang diambil boleh mempengaruhi berat badan, kesihatan dan kehidupan. Kursus ini juga akan membincangkan mengenai komponen- komponen makanan, keperluan pemakanan seharian, prinsip keseimbangan tenaga, cara pengurusan berat badan iaitu untuk tujuan pengurangan dan penambahan berat badan serta amalan gaya hidup sihat. Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka tentang pemilihan makanan dan aktiviti fizikal yang sesuai untuk pengurusan berat badan dan membentuk kehidupan yang sihat.

This course aims to provide an introduction to students about nutrition starting from the selection of food and how the foods taken can affect weight, health and life. The course also discusses on food components, daily nutritional needs, principles of energy balanced, weight reduction and weight gain management as well as healthy lifestyle practices. At the end of the course, students will be able to apply their knowledge of food selection and physical activities that are appropriate for weight management and form a healthy lifestyle.

 

ISU DAN KEPENTINGAN TANAH BENCAH

Kursus ini membolehkan pelajar memahami bahagian yang paling penting dalam prinsip-prinsip ekologi tanah bencah. Ia juga menyediakan beberapa penyatuan dan kepaduan dalam kajian ekologi tanah bencah. Menekankan ciri-ciri utama tanah bencah, menangani faktor sekitaran yang mengawal ciri-ciri tersebut, juga menggambarkan beberapa kerangka kerja yang besar untuk mengkaji hubungan di antara ciri-ciri ekologi dan pemuliharaan biologi.

This cource is enabling students to understand the most important part in principles for wetlands ecology.  It is also provide some unity and coherence in the study of wetlands ecology.  Emphasizes the properties of wetlands, addresses the environmetal factors that control these properties, illustrates some larges frameworks for studying the relationships between ecological properties and conservation biology.

 

KIMIA DAN MASYARAKAT

Kursus ini memberikan kefahaman dan kesedaran tentang penggunaaan bahan kimia dalam kehidupan harian serta kesan sampingannya. Di dalam kursus ini pelajar akan mempelajari beberapa aspek kimia dalam beberapa produk harian seperti karbon dalam berlian, kimia dalam perisa dan pewangi dan kimia dalam ubat-ubatan. Beberapa bidang kimia dari perspektif kehidupan harian turut dibincangkan seperti petroleum dan bahan bakar, polimer dan plastik, karbon monoksida dan asap, alkohol dan isu pemanduan dan dadah yang menagihkan. Di akhir kursus ini pelajar akan dapat mengenalpasti beberapa bahan kimia berbahaya dan menilai kesan negatifnya terhadap kesihatan.

 

FIZIK DAN MASYARAKAT

Kursus ini membincangkan konsep dan aplikasi fizik dalam kehidupan harian. Ia menjelaskan dan mengaplikasikan konsep fizik seperti pengukuran, pergerakan jasad, aplikasi Hukum Newton, kerja dan mesin, daya dalam bendalir, pergerakan planet dan satelit, fizik muzik, termometri dan termometer, penggunaan cahaya, litar elektrik dalam rumah, sistem kerja keelektrikan dan kemagnetan, penjanaan dan penghantaran tenaga elektrik, kegunaan elektronik dan semikonduktor. Di akhir kursus ini, pelajar dapat mengaitkan konsep-konsep fizik yang terlibat dalam kehidupan seharian.

This course discusses the concept and application of physics in everyday life. They explain and apply the concepts of physics such as measurement, body movement, application of Newton’s laws, work and machines, forces in the fluid, the motion of the planets and satellites, the physics of music, thermometry, and a thermometer, use of light, electrical circuits in the home, the workplace electricity and magnetism, generation and transmission of electricity, use of electronics and semiconductors. At the end of this course, students are able to relate the physics concepts involved in everyday life.

 

ORGANISMA INVASIF

Kursus ini memperkenalkan organisma invasif dan isu-isu semasa yang berkaitanya. Kursus meliputi aspek asal usul, ciri-ciri organisma invasif dan kesan impaknya terhadap ekosistem dan kehidupan manusia sejagat. Pada ahkir kursus ini, pelajar dapat meningkatkan kesedaran dan mengenalpasti  cara pengurusan untuk menangani isu-isu organisma invasif demi keseimbangan ekosistem.

This course introduces invasive organism and its current issues.  This course covers the aspects of origins, characters and impacts of invasive organism on ecosystem and humanity. In the end of the course, students will enhance their awareness and identify the management on tackling invasive organism for the sake of ecosystem equilibrium.

 

PEMBANGUNAN LESTARI

Kursus ini memberikan pendedahan tentang konsep kelestarian dalam kehidupan manusia. Pelajar akan diberikan kefahaman tentang pendekatan pembangunan lestari yang cuba menyeimbangkan interaksi di antara implikasi proses fizikal alam sekitar, ketersediaan sumber kepelbagaian biologi dan keperluan sosio-ekonomi kehidupan manusia. Akhirnya, kesedaran pelajar akan dipupuk terhadap kepentingan mewujudkan keseimbangan dan kelestarian pembangunan sosio-ekonomi dalam ruang lingkup alam sekitar demi penjaminan kualiti dan kesinambungan kehidupan manusia di muka bumi ini.

This course introduces the concept of sustainability in human life. Students will be given comprehension on sustainable development approach in balancing between the implications of environment’s physical processes, the resource availability of biological diversity and the socio-economic requirements of human life. Ultimately, students’ awareness will be cultivated towards the importance of striking the balance and sustaining the socio-economic development within the environmental framework for the sake of guaranteeing quality and continuity of human life on earth.

 

HAIWAN DAN MASYARAKAT

Memberi pendedahan berkaitan kepentingan haiwan-haiwan (haiwan peliharaan, haiwan ternakan dan haiwan liar) terhadap kehidupan manusia dan sumbangan terhadap pertumbuhan ekonomi dan hal-ehwal keselamatan negara. Perubahan sikap, norma-norma dan amalan oleh manusia terhadap haiwan juga dibincangkan.

This course aims to give an exposure related to the significant of animals (companion animals, livestock and wild animals) toward human lives, and their contributions to our economy and national security. The human shifting attitudes, norms and practices toward animals will also be discussed.

 

KELESTARIAN EKONOMI

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada pelajar mengenai evolusi ideologi pembangunan ekonomi menuju kepada pembangunan mapan menerusi kelestarian ekonomi. Di dalam kursus ini, pelajar akan diperjelaskan mengenai perbezaan pembangunan ekonomi konvensional dengan pembangunan ekonomi yang juga menekankan kepada pembangunan manusia dan sosial di samping memelihara alam sekitar. Pencapaian kelestarian ekonomi menerusi konsep ekonomi hijau dan ekonomi biru akan diberi penekanan. Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat membincangkan asas pembangunan kelestarian ekonomi (ekonomi hijau dan ekonomi biru), teori-teori asas berkaitan pembangunan kelestarian ekonomi, matlamat pencapaian kelestarian ekonomi, polisi-polisi berkaitan pembangunan kelestarian ekonomi serta pengurusan dalam pembangunan ekonomi biru terutamanya berkaitan pembangunan ekonomi marin.

This course aims to provide students with knowledge on the evolution of economic development ideology towards sustainable development through economic sustainability. In this course, students will be explained about the difference between conventional economic development with the economic development that emphasizes the human and social development as well as protecting the environment. The achievement of economic sustainability through the green economy and blue economy concepts will be emphasized. At the end of this course, students will be able to discuss the basis for the development of economic sustainability (green and blue economy), the basic theories related to the sustainability of economic development, objectives of achieving economic sustainability, policies related to the development of economy sustainability as well as the management in blue economy development, particularly related to the development of marine economics.

 

PENGENALAN PERANCANGAN EKONOMI

Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan asas tentang perancangan ekonomi Negara. Beberapa konsep asas dalam perancangan seperti perancangan kewangan, pelaburan, perdagangan dan mobiliti sumber dibincangkan. Aspek-aspek kecekapan seperti kawalan sosio terhadap perniagaan, produktiviti dan jenis-jenis persaingan juga dibicangkan dalam pengajaran. Pada akhir kursus, pelajar akan mendapat pendedahan tentang proses perancangan ekonomi dan pengubalan sesuatu dasar negara serta boleh menghuraikan tentang perbezaan perancangan mengikut amalan sistem ekonomi  dan masa.

This course aims to provide a basic knowledge about the National Economic Planning. Some of the concepts such as monetary planning, investment, foreign trade and mobility of resources discussed. Efficiency aspects such as social control of business, productivity and types of competition also discussed in this course. At the end of the course, students will gain exposure on the economic planning process and national policy formulating and also can elaborate the differences of the planning based on the economic system and period of time.

 

DALAM ORGANISASI

Kursus ini akan memperkenalkan peranan dan kesan  pengamalan etika dalam organisasi. Ia juga akan membincangkan cabaran –cabaran yang dihadapi oleh individu dalam mengejar matlamat hidup, dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh organisasi dalam mengejar matlamat organisasi untuk memberi yang terbaik kepada pemegangtaruh dan keuntungan tertinggi yang boleh dicapai. Matlamat ini adakalanya melibatkan berlakunya pertembungan dengan nilai-nilai yang dipegang oleh individu, masyarakat dan organisasi. Kes-kes yang menjadi tajuk-tajuk utama berita akan digunapakai untuk menggambarkan pertembungan-pertembungan ini. Kes-kes akan digunakan sebagai contoh amalan etika dan situasi.

This course will be an introduction to students on the role and effects of ethical practices within an organization. There will be discussions on the challenges individuals will face in pursuit of their life goals and also challenges faced by organizations as they chase after their objectives in trying to give the best to the stakeholders and the maximization of profit. The goals and objectives at times, will be at odds with the values held by the individual, society and the organization. Cases which occupy news headlines will be used to depict these confrontations. Cases shall also be used as examples of ethical practices and situations.

 

KEWANGAN PERIBADI

Objektif kursus ini adalah untuk  melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kewangan peribadi. Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berkaitanperancangan kewangan peribadi; membina kekayaan; asas simpanan; perancangan untuk ketidakpastian; asas pinjaman; mengurus kehidupan dan  mengatasi masalah kewangan. Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat menyediakan pelan kewangan peribadi sendiri; menguruskan sumber-sumber kewangan serta membuat keputusan kewangan peribadi yang bijak.

The objective of this course is to equip students with knowledge and skills in personal financial management. This course exposes students to tpersonal financial planning; build wealth; savings; planning for uncertainty; loan basis; manage their lives and overcome financial problems. At the end of this course, students will be able to provide their own personal financial plan; managing financial resources and make smart financial decisions.

 

PEMASARAN MAYA

Kursus ini direkabentuk bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas pemasaran menggunakan media sosial. Kursus ini akan meninjau landskap media sosial sebagai satu cara yang efektif untuk menyampai dan menerima mesej pemasaran dengan lebih berkesan. Di akhir kursus pelajar akan dapat pengetahuan asas tentang pemasaran digital yang menampilkan penggunaan teknologi yang terkini dan berkesan. Dengan itu pelajar akan dapat melihat media sosial dengan cara yang lebih luas dan terkini.

This course is designed to provide students with abasic knowledge of marketing using social media. This course will explore the landscape of social media as aneffective way to deliver and receive marketing messages more effectively. At the end of the course, students will acquire the basic knowledge of digital marketing that shows the use ofthe latest technology and efficient. Thus students will be able to see social media in a more comprehensive and up to date.

 

PELABURAN DALAM PASARAN KEWANGAN

Kursus ini membincangkan asas pelaburan dalam pasaran kewangan yang bertujuan untuk memaksimumkan pulangan (keuntungan) dan meminimumkan risiko (kerugian). Tumpuan kursus ialah kepada instrumen pelaburan di pasaran kewangan, hubungan di antara pulangan dan risiko, strategi pelaburan, pengurusan dan penilaian pelaburan. Di akhir kursus, pelajar akan mampu memilih instrumen dan strategi pelaburan yang bertepatan dengan matlamat pelaburan.

This course discusses the fundamental of investment in the financial markets that maximize returns (profits) and minimize risks (losses). Focus will be on investment instruments in the financial markets, the relationship between return and risk, investment strategy, management and evaluation of the investment. At the end of the course, students will be able to choose the right investment instrument and strategies that are consistent with the investment objectives.

 

PENGURUSAN KOS DALAM PERNIAGAAN

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan konsep-konsep kos dalam perniagaan dan kaitannya dengan perancangan keuntungan. Di dalam kursus ini, pelajar akan diperkenalkan dengan  sistem pengekosan, elemen-elemen kos dalam perniagaan, sistem pengekosan produk, penentuan dalam kos, volum dan untung, dan teknik untuk merancang keuntungan. Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat mengaplikasikan konsep kos serta teknik-teknik yang boleh digunakan dalam merancang keuntungan perniagaan.

This course is aimed to expose the students on the cost concept in business and its relation to the profit planning. In this course, students will be introduced to the costing system, element of costs, cost-volume-profit technique, and budget as a tool of profit planning. At the end of this course, students should be able to apply the cost concept and techniques in profit planning of a business.

 

PERAKAUNAN UNTUK USAHAWAN

Kursus ini direkabentuk untuk memberi pengetahuan dan pendedahan perakaunan kepada pelajar bukan perakaunan. Kursus ini merangkumi peranan perakaunan sebagai input penting dalam perniagaan, kitaran perakaunan, prinsip catatan bergu, penyediaan penyata kewangan, pengurusan tunai dalam perniagaan, serta analisis penyata kewangan. Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat menyediakan penyata kewangan dengan baik.

This course is designed to provide knowledge and accounting exposure to non-accounting students. This course covers the role of accounting as an important input in the business, the accounting cycle, the principle of double entry, preparation of financial statements, cash management in business, and financial statement analysis. At the end of this course, students will be able to prepare financial statements properly.

 

PRINSIP KEWANGAN ISLAM

Kursus ini akan membincangkan prinsip pembiayaan dan pelaburan dalam sistem kewangan Islam. Topik utama yang akan dibincangkan termasuk peraturan yang dikenakan oleh Syariah ke atas urusniaga ekonomi dan kewangan, konsep perniagaan dalam Islam dan instrumen kewangan Islam seperti  murabahah dan musawamah. Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat memahami dan membezakan prinsip kewangan Islam berbanding konvensional.

This course will discuss the principles of finance and investment in the Islamic financial system. The main topics to be discussed include the prohibitions imposed by the Sharia on the economic and financial transactions, business concept in Islam, and Islamic financial instruments such as murabahah and musawamah. At the end of this course, students will be able to understand and distinguish the principles of Islamic finance from conventional finance.

[:]