PUSAT PENDIDIKAN ASAS DAN LANJUTAN UMT

Universiti Malaysia Terengganu

Jabatan Bahasa dan Komunikasi

Jabatan Bahasa dan Komunikasi menawarkan kursus-kursus untuk mengasah dan memperkasa kemahiran komunikasi dalam pelbagai bahasa moden, terutama Bahasa Malaysia. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Bil.

Kod Kursus

Nama Kursus

Kredit

1.

BBB3105

Kemahiran Berfikir
Thinking Skills

3(3+0)

2.

BBB3200

Bahasa Melayu Komunikatif
Communicative Malay Language

4(4+0)

3.

BBB3201

Bahasa Melayu Ilmiah
Academic Malay Language

3(3+0)

4.

BBB3202

Bahasa, Budaya dan Masyarakat
Language, Culture And Community

3(3+0)

5.

BBB3300

Bahasa Arab Komunikatif
Communicative Arabic

3(3+0)

6.

BBB3301

Bahasa Arab I
Arabic Language I

2(2+0)

7.

BBB3302

Bahasa Arab II
Arabic Language II

2(2+0)

8.

BBB3303

Bahasa Arab III
Arabic Language III

2(2+0)

9.

BBB3400

Bahasa Jepun Komunikatif
Communicative Japanese

3(3+0)

10.

BBB3401

Bahasa Jepun I
Japanese Language I

2(2+0)

11.

BBB3402

Bahasa Jepun II
Japanese Language II

2(2+0)

12.

BBB3403

Bahasa Jepun III
Japanese Language III

2(2+0)

13.

BBB3500

Bahasa Mandarin Komunikatif
Communicative Mandarin

3(3+0)

14.

BBB3501

Bahasa Mandarin I
Mandarin Language I

2(2+0)

15.

BBB3502

Bahasa Mandarin II
Mandarin Language II

2(2+0)

16.

BBB3503

Bahasa Mandarin III
Mandarin Language III

2(2+0)

17.

BBB3600

Bahasa Perancis Komunikatif
Communicative French

3(3+0)

18.

BBB3601

Bahasa Perancis I
French Language I

2(2+0)

19.

BBB3602

Bahasa Perancis II
French Language II

2(2+0)

20.

BBB3603

Bahasa Perancis III
French Language I
II

2(2+0)

21.

BBB3700

Bahasa Sepanyol Komunikatif
Communicative Spanish

3(3+0)

22.

BBB3701

Bahasa Sepanyol I
Spanish Language I

2(2+0)

23.

BBB3702

Bahasa Sepanyol II
Spanish Language II

2(2+0)

24.

BBB3703

Bahasa Sepanyol III
Spanish Language III

2(2+0)

25.

COM2100

Penulisan dan Penyampaian Ucapan
Writing And Speech Presentation

3(3+0)

26.

COM2101

Komunikasi Interpersonal
Interpersonal Communication

3(3+0)

27.

COM2102

Asas Produksi Filem Dokumentari
Fundamentals Of Documentary Film Production

3(2+1)

28.

COM3101

Komunikasi Kemanusiaan
Human Communication

3(3+0)

29.

COM3102

Komunikasi Kumpulan Kecil
Small Group Communication

3(3+0)

30.

COM3103

Business Communication

3(3+0)

31.

COM3104

Kemahiran Komunikasi
Communication Skills

3(3+0)

32.

COM3105

Komunikasi Antarabudaya
Intercultural Communication

3(3+0)

33.

COM3107

Penulisan Kreatif
Creative Writing

3(3+0)

 

COMMUNICATIVE MALAY LANGUAGE

Kursus ini ditawarkan kepada pelajar antarabangsa yang ingin mempelajari asas-asas Bahasa Melayu untuk digunakan dalam perbualan harian sama ada dalam situasi rasmi atau tidak rasmi. Pelajar juga akan dilatih untuk membaca bahan bacaan mudah dan menulis esei mudah. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan kepada aspek budaya Malaysia / Melayu, melalui persembahan video dan lawatan lapangan.

This course is offered to international students who want to learn the fundamentals of the Malay Language to be used in daily conversations either in formal or informal settings. Students will also be trained to read simple reading materials and to write simple essays. Other than that, students will also be exposed to aspects of the Malaysian/Malay culture, through video presentations and field trip.

 

KEMAHIRAN BERFIKIR

THINGKING SKILLS

Kursus ini memberi pendedahan kepada kepelbagaian aspek aras kognitif dalam berfikir serta kepelbagaian aspek soalan dan penyoalan yang menggerakkan akal dan fikiran untuk berfikir khususnya dalam bahasa. Fokus kursus memberi latar tentang konsep-konsep asas berfikir, teori dan model berfikir, jenis-jenis serta kepelbagaian alat untuk berfikir. Pelajar juga dibimbing ke arah meningkatkan keupayaan dan kebolehan berfikir daripada aras rendah kepada aras tinggi serta menggunakan bahasa dengan berkesan dalam menyampaikan idea-idea yang bernas secara lisan dan penulisan.

This course exposed the various aspects of cognitive level in thinking as well as the diversity of questions and questioning that lead the mind to think specifically in language. The focus of the course gives background on the concepts of thinking principles, theories and models of thinking, types and diversity of tools for thinking. Students are guide to strengthen their ability and capability of thinking from the lower to the highest level and communicate thoughtful ideas with effectiveness in speaking and writing.

 

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

COMMUNICATIVE MALAY LANGUAGE

Kursus ini ditawarkan kepada pelajar luar negara yang ingin mempelajari asas-asas Bahasa Melayu yang digunakan dalam komunikasi harian sama ada dalam suasana formal atau tidak formal. Pelajar juga akan dilatih untuk membaca bahan-bahan bacaan yang mudah serta menulis karangan mudah. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan kepada beberapa aspek kebudayaan Melayu yang dianggap penting melalui tayangan video ceramah-ceramah serta lawatan.

 

BAHASA MELAYU ILMIAH

ACADEMIC MALAY LANGUAGE

Memberi fokus kepada aspek sejarah perkembangan bahasa Melayu secara umum sebagai pengenalan diikuti dengan pendedahan kepada aspek-aspek asas untuk berbahasa dengan betul dari segi penggunaan sistem ejaan baku bahasa Melayu dan kecekapan bahasa dari sudut morfologi dan sintaksis. Selanjutnya kepelbagaian aspek dalam penulisan yang meliputi laras-laras bahasa, wacana dan ketepatan penggunaan peristilahan juga mengenal pasti kesilapan berbahasa diberi fokus. Selain daripada itu kursus ini juga mendedahkan pelajar dengan teknik penulisan ilmiah dan seterusnya memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemahiran generik secara logik, rasional dan kritikal untuk menghasilkan penulisan ilmiah.

This course focuses on the historical aspect of Malay language in general as an introduction followed by exposure to the basic aspects of speaking properly in terms of the use of the standard Malay spelling system and the language proficiency of morphology and syntax. Furthermore, the diversity of aspects of writing that includes language barrel, discourses and the accuracy of the use of terminology and also identifies the language error. In addition, the course also exposes students with scientific writing techniques and thus provides students with logical, rational and critical generic skills to produce scientific writing.

 

BAHASA, BUDAYA DAN MASYARAKAT

LANGUAGE, CULTURE AND COMMUNITY

Kursus ini membicarakan aspek sosiolinguistik yang memberi pendedahan kepada kepelbagaian aspek bahasa dan budaya dalam masyarakat. Pelajar-pelajar akan didedahkan kepada aspek-aspek bahasa yang terbina berasaskan ciri-ciri budaya dan dipancarkan melalui penggunaannya oleh masyarakat bahasa. Fokus kursus memberi latar pengenalan kepada bidang sosiolinguistik dengan asas teori yang menjelaskan perkaitan di antara bahasa, budaya dan masyarakat serta fungsi dan hubungan bahasa dengan masyarakat. Pelajar-pelajar juga diberi pendedahan berhubung kepelbagaian dan kelainan bahasa serta pola-pola masyarakat bahasa juga adab dan tertib dalam kesantunan berbahasa. Seterusnya peranan, kedudukan, isu-isu serta tindakan memartabatkan bahasa Melayu secara khusus dalam negara juga dibincangkan. Tegasnya pelajar-pelajar dapat membina keyakinan dan kepercayaan untuk meneruskan perjuangan memartabatkan bahasa Melayu agar terpelihara dan kekal selaras dengan perkembangan zaman.

This course discusses the sociolinguistic aspects of the Malay language which outline varied linguistic features and culture in the society. Students will be given an understanding of the language aspects which evolved from a cultural system and later emerged in oral practice and usage by the language society. The focus of the course is to enlighten the students on the background of sociolinguistic study, basic theories describing the interrelationship of language, culture, and society as well as the language functions and correlations with the society. Students will also be given exposure on language varieties and differences, characteristics of the language society, and manners and styles in spoken language. In addition, the roles, status, issues, and steps taken to methodically uphold the Malay language in the country will also be discussed. In short, students may develop confidence and trust to continue the battle to uphold the Malay language so that it remains preserved and will survive the changing of time.

 

BAHASA ARAB KOMUNIKATIF

COMMUNICATIVE ARABIC                                        

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar tentang aspek asas pembelajaran bahasa Arab komunikatif. Pada awal kursus, pelajar diperkenalkan kepada perkataan dan frasa-frasa Arab yang mudah. Seterusnya pelajar didedahkan kepada penggunaan ayat-ayat asas bahasa Arab. Pada akhir kursus pelajar dilatih untuk berkomunikasi menggunakan perkataan-perkataan asas bahasa Arab dalam pelbagai konteks situasi.

This course is an introductory course on basic communication in Arabic language. Learning includes daily conversation that touches on various topics in the context of Arabic culture. Students will be trained to read simple texts and speak confidently in various situations according to the level studied.

 

BAHASA ARAB I

ARABIC LANGUAGE I

Kursus permulaan ini mendedahkan kepada pelajar tentang aspek asas pembelajaran bahasa Arab. Pada awal kursus, pelajar diperkenalkan kepada abjad-abjad Arab. Seterusnya pelajar didedahkan kepada perbendaharaan kata asas dan tatabahasa asas bahasa Arab. Pada akhir kursus pelajar dilatih untuk berkomunikasi menggunakan perkataan-perkataan asas bahasa Arab.

This course is an introductory course in which students will be introduced to the most basic Arabic system and structure. Learning includes three aspects of the language i.e. vocabulary, grammar and communication skills to enable students to master the basic four language skills of reading, listening, writing and speaking in Arabic, according to the level studied.

 

BAHASA ARAB II

ARABIC LANGUAGE II

Kursus pertengahan ini membimbing pelajar untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab mereka. Di sepanjang kursus pelajar akan didedahkan kepada perbualan-perbualan ringkas tentang tajuk-tajuk harian seperti makan pagi, makan tengah hari, makan malam dan sebagainya. Pelajar juga akan mempelajari tatabahasa asas bahasa Arab seperti kata nama, kata kerja dan kata tunjuk untuk tujuan komunikasi lisan dan penulisan.

This course is an extension of the BBB3301 Arabic level I course. It is a level II course in which students will be introduced to a more complex Arabic language structures and systems than the level I. Learning includes three aspects of the language, namely vocabulary, grammar and communication skills to enable students to master four language skills: reading, listening, writing and speaking in Arabic, according to the level studied.

 

BAHASA ARAB III

ARABIC LANGUAGE III

Kursus lanjutan ini membimbing pelajar untuk terus meningkatkan penguasaan bahasa Arab mereka. Di sepanjang kursus pelajar berpeluang menambah perbendaharaan kata mereka apabila didedahkan dengan perbualan-perbualan yang sederhana panjang merangkumi tajuk-tajuk seperti lapangan terbang, kad kredit dan wang tunai. Pelajar juga mempelajari ilmu tatabahasa yang lebih kompleks untuk tujuan perbualan dan penulisan lanjutan.

This course is an extension of the BBB3302 Arabic level II course. It is a level III course in which students will be introduced to a more complex Arabic language structures and systems than the level II. Learning includes three aspects of the language, namely vocabulary, grammar and communication skills to enable students to master four language skills: reading, listening, writing and speaking in Arabic, according to the level studied.

 

BAHASA JEPUN KOMUNIKATIF

COMMUNICATIVE JAPANESE

Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar dengan asas-asas pertuturan yang digunakan dalam komunikasi harian untuk tujuan formal dan tidak formal.  Pelajar juga dilatih untuk membaca bahan-bahan bacaan yang mudah untuk menyampaikan idea dan maklumat dalam pelbagai topik bagi situasi konteks tertentu.

This course is an introductory course of basic communication in Japanese Language. Learning includes daily conversation that focus on various topics in the context of Japanese culture. Students will be trained to read easy texts and speak confidently in various contexts of the situation according to the level being studied.

 

BAHASA JEPUN I

JAPANESE LANGUAGE I

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada aspek-aspek asas pembelajaran bahasa Jepun yang meliputi pengenalan abjad, sebutan dan tulisan bahasa Jepun. Pelajar-pelajar juga didedahkan kepada perbendaharaan kata dan tatabahasa asas untuk tujuan berkomunikasi secara lisan dan penulisan dalam konteks mudah.

This course is an introductory course in which students will be introduced to the most basic Japanese language system and structure. Learning consists of three aspects of the language i.e. vocabulary, grammar and communication skills to enable students to master the basic four language skills, which is reading, listening, writing and speaking in Japanese at elementary level.

 

BAHASA JEPUN II

JAPANESE LANGUAGE II

Kursus ini memberi pendedahan dengan lebih meluas serta membimbing pelajar untuk meningkatkan penguasaan bahasa Jepun. Fokus pembelajaran memberi penekanan kepada penguasaan aspek-aspek perbendaharaan kata, tatabahasa serta kemahiran berkomunikasi dalam konteks situasi tertentu. Pendedahan ini dapat mengukuhkan penguasaan bahasa Jepun pelajar dalam keempat-empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

This course is an extension of BBB3401 Japanese Language I course. This is level two course where students will be introduced to Japanese language structures and systems which is more complex than level one course. Learning includes three aspects of the language i.e. vocabulary, grammar and communication skills to enable students to master four language skills – reading, listening, writing and speaking in Japanese at elementary level.

 

BAHASA JEPUN III

JAPANESE LANGUAGE III

Kursus ini meningkatkan pengetahuan dan penguasaan bahasa Jepun pelajar pada tahap lanjutan. Pelajar-pelajar akan lebih mendalami aspek-aspek tatabahasa dan meningkatkan pengetahuan serta penggunaan dalam perbendaharaan kata. Mereka juga diberi latihan intensif untuk berkomunikasi secara  lisan dan penulisan yang lebih kompleks dalam pelbagai konteks situasi formal dan tidak formal.

This course is an extension of BBB3402 – Japanese Language II course. It is a level three course where students will be introduced to the structure and system of Japanese language which is more complex than level two. Learning consists of three aspects of the language, which are vocabularies, grammars and communication skills to enable students to master four language skills – reading, listening, writing and speaking in Japanese Language, in line with the three level being studied.

 

BAHASA MANDARIN KOMUNIKATIF

COMMUNICATIVE MANDARIN

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada aspek-aspek asas pembelajaran bahasa Mandarin yang meliputi pengenalan abjad, sebutan dan tulisan bahasa Mandarin. Pelajar-pelajar juga didedahkan kepada perbendaharaan kata dan tatabahasa asas untuk tujuan berkomunikasi secara lisan dan penulisan dalam konteks mudah.

This course is an introductory course in basic communication in Mandarin. Learning includes a daily conversation that touches on various topics in the context of Mandarin culture. Students will be trained to read the texts easily and speak confidently in various contexts of the situation according to the level being studied.

 

BAHASA MANDARIN I

MANDARIN LANGUAGE I

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada aspek-aspek asas pembelajaran bahasa Mandarin yang meliputi pengenalan abjad, sebutan dan tulisan bahasa Mandarin. Pelajar-pelajar juga didedahkan kepada perbendaharaan kata dan tatabahasa asas untuk tujuan berkomunikasi secara lisan dan penulisan dalam konteks mudah.

This course is an introductory course which will introduce students to the most basic Mandarin system and structure. Learning consists of three aspects of the language including vocabulary, grammar, and communication skills to enable students to master the necessary four language skills of reading, listening to, writing and speaking Mandarin, following the Level I course being learned.

 

BAHASA MANDARIN II

MANDARIN LANGUAGE II

Kursus ini memberi pendedahan dengan lebih meluas serta membimbing pelajar untuk meningkatkan penguasaan bahasa Mandarin. Fokus pembelajaran memberi penekanan kepada penguasaan aspek-aspek perbendaharaan kata, tatabahasa serta kemahiran berkomunikasi dalam konteks situasi tertentu. Pendedahan ini dapat mengukuhkan penguasaan bahasa Mandarin pelajar dalam keempat-empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

This course is an extension of the BBB3501/ Mandarin I. It is a level II course which introduces students to a more complex Chinese language structure and system than one level. Learning consists of three aspects of the language including vocabulary, grammar, and communication skills to enable students to master four language skills like reading, listening to, writing and speaking in Chinese, in line with the Level II course being studied.

 

BAHASA MANDARIN III

MANDARIN LANGUAGE III

Kursus ini meningkatkan pengetahuan dan penguasaan bahasa Mandarin pelajar pada tahap lanjutan. Pelajar-pelajar akan lebih mendalami aspek-aspek tatabahasa dan meningkatkan pengetahuan serta penggunaan dalam perbendaharaan kata. Mereka juga diberi latihan intensif untuk berkomunikasi secara  lisan dan penulisan yang lebih kompleks dalam pelbagai konteks situasi formal dan tidak formal.

This course is an extension of BBB3502/Mandarin II. It is a Level III course which introduces students to a more complex Chinese language structure and system than level two. Learning consists of three aspects of the language, namely vocabulary, grammar and communication skills to enable students to master four language skills like reading, listening, writing and speaking in Mandarin, according to the Level III course being studied.

 

BAHASA PERANCIS KOMUNIKATIF

COMMUNICATIVE FRENCH

Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar dengan dialog-dialog dalam situasi tertentu yangdigunakan dalam komunikasi harian yang berkaitan dengan kehidupan seorang pelajar.  Pelajar juga akan  dilatih membaca,  menulis ayat mudah dalam pelbagai bentuk situasitertentu di samping diperkenalkan dengan sistem tatabahasa yang asas dalam pembelajaran

bahasa Perancis.

This course is an introductory course of basic communication in French. Learning includes daily conversation that touches on various topics, related to French culture. Students will be trained to read simple text and to speak confidently in various situational contexts, according to the level studied.

 

BAHASA PERANCIS I

FRENCH LANGUAGE I

Kursus ini  memperkenalkan  pelajar dengan sistem bunyi, kosa kata dan struktur  ayat  asasdalam pelbagai situasi  yang  terdapat di dalam kehidupan  seharian. Pelajar juga akan  dilatihmembaca  bacaan yang mudah serta menulis ayat mudah dalam pelbagai bentuk.

This course is an introductory course in which students will be introduced to the basic French system and structure. Learning comprises of three language aspects namely vocabulary, grammar and communication skills, enabling students to master the four basic language skills  – reading, listening, writing and speaking  in French, accordingly to the level studied.

 

BAHASA PERANCIS II

FRENCH LANGUAGE II

Kursus   ini   menekankan    kepada   latihan    tatabahasa  dan kemahiran berkomunikasi menggunakan kata kerja yang lebih meluas dalam bentuk kala kini, kala lampau dan kala depan. Ia bertujuan meningkatkan kemahiran dan penguasaan  pelajar dalam bahasa Perancis. Pelajar juga akan  diperkenalkan dengan pelbagai bahan bacaan yang  bersesuaian  bagi membantu  penulisan ayat,  surat tidak rasmi dan karangan pendek.

This course is a continuation from French I course, BBB3601. It is a level two courses where students will be introduced to a more complex French structure and system than those in level one. Learning also comprises of three aspects of language, namely vocabulary, grammar and communication skills, enabling students to master the four language skills – reading, listening, writing and speaking in French, corresponding to the level studied.

 

BAHASA PERANCIS III

FRENCH LANGUAGE II

Kursus ini meningkatkan   keupayaan   pelajar untuk menguasai kemahiran Bahasa Perancis dalam aspek pemahaman teks, lisan dan penulisan. Pelbagai bahan bacaan yang lebih kompleks serta perbincangan yang lebih mencabar digunakan dalam pembelajaran. Pelajar juga dilatih untuk menghasilkan penulisan karangan menggunakan struktur tatabahasa yang betul dengan penyusunan yang gramatis bersesuaian dengan tahap pembelajaran.

This course is a continuation of French II course, BBB3602. It is a level three stage course where students will be introduced to a more complex French structure and system than those in the level two. Learning comprises three aspects of the language, namely vocabulary, grammar and communication skills, enabling students to master the four language skills – reading, listening to, writing and speaking in French, corresponding with the levels studied.

 

BAHASA SEPANYOL KOMUNIKATIF

COMMUNICATIVE SPANISH

Kursus ini merupakan kursus pengenalan kepada komunikasi asas dalam bahasa Sepanyol. Pembelajaran merangkumi perbualan harian yang menyentuh pelbagai topik dalam konteks budaya Sepanyol. Pelajar akan dilatih untuk bertutur dengan yakin dalam pelbagai konteks situasi.

This course is an introductory course on basic communication in Spanish language. Learning includes daily conversation that touches on various topics in the context of Spanish culture. Students will be trained to read simple texts and speak confidently in various situations according to the level studied.

 

BAHASA SEPANYOL I

SPANISH LANGUAGE I

Kursus ini merupakan kursus permulaan di mana pelajar akan diperkenalkan kepada struktur dan sistem bahasa Sepanyol yang paling asas. Pembelajaran merangkumi tiga aspek bahasa iaitu kosa kata, tatabahasa dan kemahiran komunikasi untuk membolehkan pelajar menguasai empat kemahiran bahasa yang asas iaitu membaca, mendengar, menulis dan bertutur di tahap permulaan.

This course is an introductory course in which students will be introduced to the most basic Spanish system and structure. Learning includes three aspects of the language i.e. vocabulary, grammar and communication skills to enable students to master the basic four language skills of reading, listening, writing and speaking in Spanish, according to the level studied.

 

BAHASA SEPANYOL II

SPANISH LANGUAGE II

Kursus ini ialah sambungan daripada kursus bahasa Sepanyol tahap I. Ia merupakan kursus pertengahan di mana pelajar akan diperkenalkan kepada struktur dan sistem bahasa Sepanyol yang lebih sukar. Pembelajaran merangkumi tiga aspek bahasa iaitu kosa kata, tatabahasa dan kemahiran komunikasi untuk membolehkan pelajar menguasai empat kemahiran bahasa yang asas iaitu membaca, mendengar, menulis dan bertutur di tahap pertengahan.

This course is an extension of the BBB3701 Spanish level I course. It is a level II course in which students will be introduced to a more complex Spanish language structures and systems than the level I. Learning includes three aspects of the language, namely vocabulary, grammar and communication skills to enable students to master four language skills: reading, listening, writing and speaking in Spanish, according to the level studied.

 

BAHASA SEPANYOL III

SPANISH LANGUAGE III

Kursus ini ialah sambungan daripada kursus bahasa Sepanyol tahap 2. Ia merupakan kursus tahap lanjutan di mana pelajar akan diperkenalkan kepada struktur dan sistem bahasa Sepanyol yang kompleks. Pembelajaran merangkumi tiga aspek bahasa iaitu kosa kata, tatabahasa dan kemahiran komunikasi untuk membolehkan pelajar menguasai empat kemahiran bahasa iaitu membaca, mendengar, menulis dan bertutur di tahap lanjutan.

This course is an extension of the BBB3702 Spanish level II course. It is a level III course in which students will be introduced to a more complex Spanish language structures and systems than the level II. Learning includes three aspects of the language, namely vocabulary, grammar and communication skills to enable students to master four language skills: reading, listening, writing and speaking in Spanish, according to the level studied.

 

PENULISAN DAN PENYAMPAIAN UCAPAN

WRITING AND SPEECH PRESENTATION

Kursus ini bertujuan untuk melatih para pelajar mempersiapkan diri dengan kemahiran menyediakan dan menyampaikan pengucapan awam. Kursus ini merupakan satu pengenalan kepada prinsip-prinsip pengucapan awam, penyelidikan dan pencarian bahan ucapan serta penyediaan ucapan. Ia juga merangkumi jenis-jenis ucapan seperti ucapan tanpa diduga, ucapan informatif, taklimat, ucapan memujuk dan ucapan di dalam krisis. Pelajar juga didedahkan kepada pelbagai kemahiran seperti latihan memberi taklimat, menyampaikan ucapan dan mengkritik ucapan. Selain itu, para pelajar juga diajar penggunaan vokal dan komponen bukan verbal dalam pengucapan. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran mendengar, etika dan kredibiliti.

(This course is designed to train and develop student’s competency in public speaking skills. It is an introduction to the principles of public speaking, research and information collection. Types of speeches included are impromptu, informative, conference speech, persuasion and speeches during crisis. Students are also exposed to various skills and practice in giving briefings, in speech or critical speech, using vocal and non verbal components in speech, listening skills, ethics and credibility).

 

KOMUNIKASI INTERPERSONAL

INTERPERSONAL COMMUNICATION

Kursus ini bertujuan untuk melatih pelajar menguasai strategi peningkatan kemahiran komunikasi interpersonal dalam pelbagai konteks melalui pendedahan kepada kepentingan ilmu komunikasi manusia, teori, mod dan proses komunikasi interpersonal. Kursus ini juga memberi penekanan kepada komunikasi verbal, bukan verbal dan pelbagai jenis interaksi dalam komunikasi. Selain itu, perbincangan mengenai teori dan proses persepsi, pengaruh peri laku interpersonal, pengurusan diri, pendedahan kendiri, perhubungan, keintiman dan persahabatan juga disentuh.

This course is aims to train students to master the strategies of enhancing interpersonal communication skills in various contexts through exposure to the importance of human communication, theories, mods and interpersonal communication processes. This course also emphasizes verbal, non-verbal communication and various interactions in communication. In addition, discussions on theories and processes of perception, the influence of interpersonal behavior, self-management, self-expression, relationships, intimacy and friendship are also covered.

 

ASAS PRODUKSI FILEM DOKUMENTARI

BASIC PRODUCTION FILM DOCUMENTARY

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada konsep dan teknik penghasilan sesebuah filem dokumentari. Para pelajar dilatih untuk mampu mempraktikkan konsep dan teknik ini dalam menghasilkan dokumentari. Pelajar juga diberi peluang untuk menghasilkan sebuah filem dokumentari secara berkumpulan yang bersesuaian dengan keperluan penerbitan.

This course exposes students to the concept and production techniques of a documentary film. Students are trained to be able to practice these concepts and techniques in producing a documentary. Students are also given the opportunity to produce a group-based documentary film that matches the publishing requirements.

 

KOMUNIKASI KEMANUSIAAN

HUMAN COMMUNICATION

Kursus ini memberi pemahaman berkaitan dengan teori dan amalan kemahiran kemahiran komunikasi dalam seting awam, kumpulan kecil dan interpersonal. Ia juga meliputi kajian proses komunikasi ucapan. Antara tajuk-tajuk perbincangan ialah proses komunikasi, komunikasi dalam seting organisasi, persepsi dan kesannya, mendengar(listening) dan perlakuan non-verbal.

 

KOMUNIKASI KUMPULAN KECIL

SMALL GROUP COMMUNICATION

Kursus ini mendedahkan pelajar dengan konsep dan prinsip komunikasi kumpulan kecil; proses dan faktor pembentukan kumpulan yang kukuh dan cemerlang; iklim kumpulan dan faktornya; komunikasi bukan verbal; kaedah penyelesaian dalam kumpulan; pengurusan konflik, dan kepimpinan.

 

BUSINESS COMMUNICATION

Kursus ini akan mengetengahkan asas Komunikasi perniagaan termasuk pembentangan, personel, penulisan dan kemahiran berkomunikasi dalam kumpulan. Pembentangan akan fokus kepada membina pembentangan, menyusun idea melalui lisan dan visual, penyampaian pembentangan dan ucapan berbentuk informative dan pemujukan. Komunikasi professional akan fokus kepada mesej lisan dan bukan lisan, pendengaran dan kemahiran interpersonal. Penulisan professional berfokus kepada menulis email yang efektif, mem, surat dan laporan. Komunikasi berkumpulan akan berfokus kepada bekerja dalam kumpulan dan mesyuarat yang berkesan. Peluang akan diberi untuk mengasah kemahiran membentang. Pelajar akan menyampaikan ucapan berbentuk informatif dan pemujukan. Perhatian khusus akan diberi untuk membina visual contohnya berbentuk Power Point dalam membantu pengucapan dan pembentangan.

This course will address the basics of business communication including presentation, personal and group communication and written communication skills. Presentation communication will focus on developing the presentation, organizing ideas, verbal and visual support in presentations, delivering the presentation, and informative and persuasive speaking. Professional communication will focus on verbal and nonverbal messages, listening and interpersonal skills. Written communication will focus on writing effective emails, memos, letters and reports. Group communication will focus on working in teams and effective meetings.  Opportunities will be given to polish presentation skills. Students will deliver informative and persuasive speeches.

 

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

COMMUNICATION SKILLS

Kursus ini bertujuan untuk membina keyakinan diri pelajar dalam berkomunikasi. Kursus ini memberi tumpuan kepada strategi dan amalan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi lisan, bukan lisan dan kemahiran teknikal dalam pelbagai konteks komunikasi. Pelajar akan didedahkan kepada teknik berkomunikasi dalam perbualan harian, dalam kumpulan, dalam komuniti, di tempat kerja, dan di tempat awam. Pelajar dikehendaki mengaplikasi teknik melalui latihan dalam kelas, perbincangan kumpulan, pembentangan awam dan kerja lapangan. Turut dibincangkan juga aspek kecerdasan emosi sebagai satu elemen penting untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi.

This course aims to build student confidence in communication. This course focuses on strategies and practices to improve oral communication, non-verbal and technical skills in various communication contexts. Students will be exposed to techniques of communication in daily conversations, in groups, in communities, at work, and in public places. Students are required to apply techniques through classroom exercises, group discussions, public presentations and fieldwork. Also discussed are aspects of emotional intelligence as an essential element to enhance communication effectiveness.

 

KOMUNIKASI ANTARABUDAYA

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pemahaman tentang proses komunikasi melampaui batas sempadan budaya dan tempat. Budaya merupakan pencetus dan produk kepada komunikasi yang sepatutnya dihargai dalam mempromosikan hubungan positif proses komunikasi dan perhubungan antarabudaya. Kursus ini secara khususnya membina kefahaman dalam proses komunikasi antarabudaya, menghargai pelbagai cara berkomunikasi dalam budaya masyarakat lain, membina kemahiran analitikal dalam mengkaji interaksi komunikasi antarabudaya dan juga meningkatkan kefahaman tentang isu-isu berkaitan kebudayaan yang mempengaruhi keberkesanan komunikasi.

This course exposes students to understand the communication process beyond cultural boundaries and places. Culture is a trigger and product to communication that is supposed to be appreciated in promoting a positive relationship between the communication process and intercultural communication. This course specifically builds to understand the intercultural communication process, values the various ways of communicating in other community cultures, builds analytical skills in studying intercultural communication interactions and also enhances understanding of cultural issues affecting the effectiveness of communication.

 

PENULISAN KREATIF

CREATIVE WRITING

Kursus ini merangkumi definisi dan konsep penulisan kreatif, penghayatan dan penilaian sesebuah karya yang berkualiti daripada aspek ektrinsik (luaran) dan intrinsik (dalaman), dan penghasilan penulisan kreatif yang asli dari genre cerpen dan puisi.

This course covers the definition and concept of creative writing, appreciation and assessment of a quality work from the extrinsic (intrinsic) and intrinsic (internal) aspects, and the original creative writing of the genre of short stories and poems.

[:]