Aluan Dekan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada pelajar-pelajar baru yang saya kasihi,

Selamat datang ke Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan (PPAL), Universiti Malaysia Terengganu.  PPAL menawarkan kursus-kursus Teras Universiti dan kursus Elektif universiti sebagai sebahagian daripada perkhidmatan pembelajaran dan pengajaran (P&P) untuk melengkapkan keperluan program pengajian peringkat diploma dan ijazah pertama di UMT.

Kursus-kursus pra siswazah yang ditawarkan meliputi bahasa, komunikasi, kursus asas suatu bidang ilmu (sains, teknologi, pengurusan, dan sains sosial), badan beruniform, kesenian, kebudayaan, etika dan kemanusiaan. Penawaran kursus-kursus ini adalah sangat penting serta releven bagi membolehkan pelajar terdedah kepada kursus asas dan pendidikan lanjutan aras tinggi yang diperlukan bagi membentuk insan yang holistik, memiliki daya kreativiti dan berkeyakinan tinggi.

Akhir kalam, adalah menjadi iltizam dan usaha kami di PPAL untuk menjayakan visi dan misi universiti melalui pendekatan pendidikan lanjutan ini. Semoga gagasan usaha yang dijalankan ini diberkati dan memberi satu impak yang besar terhadap pembangunan holistik pelajar serta menghasilkan graduan yang cemerlang.

Sekian, terima kasih.

“SELAMAT MAJU JAYA”

 

Prof. Dr. Aziz bin Ahmad

Dekan,

Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan

Universiti Malaysia Terengganu