Pusat Pembelajaran Bahasa Inggeris

Pusat Pembelajaran Bahasa Inggeris menawarkan kursus-kursus untuk mengasah dan memperkasa kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Kursus Elektif Universiti

English Learning Center (ELC)

Bil.

Kod Kursus

Nama Kursus

Kredit

1.

BBB2000

English for Academic Communication 1

3(2+1)

2.

BBB3103

English for Occupational Purposes

3(3+0)

3.

BBB3106

Introduction to World Culture

3(3+0)

 

ENGLISH FOR ACADEMIC COMMUNICATION 1

Kursus ini direkabentuk untuk meningkatkan penguasaan bahasa pelajar terutamanya kemahiran bercakap dan menulis. Pelbagai petikan dan dialog akan diberikan untuk mencetus/memupuk idea dan pemikiran untukaktiviti/tugasan lisan dan bertulis. Struktur ayat asas akan diulangkaji dan perbendaharaan kata akan diberikan secara konsisten sepanjang kursus berjalan.

This course is designed to improve students’ language proficiency, in particular speaking skills. A variety of reading passages and dialogues are provided to stimulate/ encourage ideas and thoughts for speaking and writing tasks. Basic sentence patterns are reviewed and ample vocabulary from the general word list are presented consistently throughout the course.

ACADEMIC WRITING SKILLS

Kursus ini dirangka bagi memantapkan kemahiran penulisan pelajar. Ia memperkenalkan para pelajar kepada kemahiran yang diperlukan bagi menjadi penulis yang baik. Mereka juga akan dibimbing melalui proses-proses penulisan misalnya pra-penulisan, merangka, menulis draf serta menyunting bagi menghasilkan karangan yang teratur dan baik. Penekanan turut diberikan kepada aspek pemikiran kreatif dan kritis yang amat penting dalam proses penulisan.

This course is designed to develop students’ competence in writing. It introduces students to the skills needed to become effective writers. Students will be guided through the main stages in writing such as pre-writing, outlining, drafting and revising which will enable them to produce well-organised and adequately developed essays. Emphasis is also given on creative and critical thinking which are integral to the writing process.

PUBLIC SPEAKING

Kursus ini membantu para pelajar membina keyakinan dan kemahiran berinteraksi dengan orang lain secara efektif menggunakan norma-norma dan etika yang diperlukan. Pada permulaannya, para pelajar diajaruntuk berkongsi ide and maklumat menggunakan perbendaharaan kata dan bahasa yang sesuai. Seterusnya, para pelajar dilatih mengemukakan ide dan hujah secara lisan dalam cara yang teratur dan menggunakan fungsi bahasa yang sesuai. Para pelajar juga diperkenalkan kepada sebutan dan lafaz perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang betul. Di samping itu, mereka diberi peluang meningkatkan kemahiran bersosial, rasa bertanggungjawab, dan kerja berpasukan.

This course helps students to develop the confidence and the skills to interact with others effectively using the norms and etiquette required of those who speak the language. To begin with, students are taught to share ideas and messages using appropriate vocabulary and language. Next, students are trained to present ideas and arguments in a coherent manner using appropriate language functions. Students are also introduced to the correct pronunciation and clear enunciation of English words. In addition, they are given the opportunities to improve their social skills, sense of responsibility, and teamwork.

ENGLISH OF OCCUPATIONAL PURPOSES

Kursus ini akan menyentuh pelbagai tajuk yang berkaitan dengan keperluan alam pekerjan seperti menulis resume, memorandum dan kertas cadangan, bertutur semasa menghadiri temuduga pekerjaan dan mesyuarat, dan pembentangan idea di hadapan khalayak. Pelajar akan didedahkan kepada frasa-frasa bahasa yang biasa digunakan dan mengaplikasikan ia dalam situasi pekerjaan yang bersesuaian. Latihan bahasa dan praktikal akan diadakan sebagai pendedahan kepada keperluan komunikasi bahasa Inggeris di tempat kerja.

The course will cover a range of topics that is related to occupational needs such as writing a resume, memorandum and proposal, speaking during a job interview and meeting, and presenting ideas in front of an audience. Learners will learn common language functions and to utilise them appropriately in work place situations. Exercises and practical in-class sessions will be conducted to give learners some insight into English communication needs in the work place.

INTRODUCTION TO WORLD CULTURE

Students will be partnered with students from three institutions from different cultures around the world.  Only two cultures meet at any one time. Partners switch in a round robin fashion during a semester so each institution is partnered with three other cultures, one at a time for three or four weeks each.  Class sessions are conducted in real time using Internet based video and chat with continuity protocols in place.

[:]