PUSAT PENDIDIKAN ASAS DAN LANJUTAN UMT

Universiti Malaysia Terengganu

Soalan Lazim

1: Apakah yang dimaksudkan dengan PPAL?

PPAL adalah merujuk kepada “Pusat Pendidikan Asas dan Liberal” (English: Centre for Fundamental and Liberal Education) at UMT. PPAL merupakan salah satu pusat pengajian di UMT.

 

2. Apakah waktu operasi Pejabat Pentadbiran PPAL?

Ahad – Rabu (8.00 Pagi – 4.45 Petang) – Rehat(1.00 -2.00 Tgh)

Khamis (8.00 pagi – 4.30 petang) – Rehat (1.00 -2.00 Tgh)

 

3. Jika berurusan dengan PPAL, Siapa yang perlu dihubungi?

Anda boleh hubungi talian 09-6683351 atau jika mempunyai urusan yang lebih khusus mengenai perkhidmatan di PPAL sila rujuk nombor talian di laman sesawang rasmi Pusat Pendidikan Asas dan Liberal.

 

4: Apakah program atau kursus yang ditawarkan di PPAL?

PPAL menawarkan pilihan kursus berbentuk elektif kepada semua program pengajian di UMT dan juga menawarkan kursus bagi Subjek Mata Pelajaran Umum (MPU), Ko-Kurikulum dan juga Teras Universiti yang merupakan kursus wajib lulus untuk tujuan bergraduat.

Kursus MPU, Teras Universiti dan Ko-Kurikulum yang merupakan komponen utama yang disenaraikan dalam skema pengajian setiap program pengajian di semua Pusat Pengajian dan juga kursus elektif yang pelbagai bidang dan boleh diambil mengikut minat dan kecenderungan pelajar serta ketetapan program pengajian yang dipilih. Senarai kursus boleh dirujuk dalam Buku Program secara online di laman web rasmi PPAL.

PPAL juga menawarkan program pengajian pasca siswazah(Sarjana dan PhD) mengikut bidang kepakaran pensyarah yang ada di PPAL.

 

5: Apakah kemudahan yang disediakan di PPAL/UMT?

PPAL/UMT menyediakan makmal komputer yang lengkap, dewan kuliah, perpustakaan, pembelajaran dan penyelidikan dan juga komplek sukan, mini stadium dan kolam renang bersaiz olimpik dan banyak lagi.