قسم اللغة والاتصال

Jabatan Bahasa dan Komunikasi menawarkan kursus-kursus untuk mengasah dan memperkasa kemahiran komunikasi dalam pelbagai bahasa moden, terutama Bahasa Malaysia. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Bil.

Kod Kursus

Nama Kursus

Kredit

1.

BBB3105

Kemahiran Berfikir Thinking Skills

3(3+0)

2.

BBB3200

Bahasa Melayu Komunikatif Communicative Malay Language

4(4+0)

3.

BBB3201

Bahasa Melayu Ilmiah Academic Malay Language

3(3+0)

4.

BBB3202

Bahasa, Budaya dan Masyarakat Language, Culture And Community

3(3+0)

5.

BBB3300

Bahasa Arab Komunikatif Communicative Arabic

3(3+0)

6.

BBB3301

Bahasa Arab I Arabic Language I

2(2+0)

7.

BBB3302

Bahasa Arab II Arabic Language II

2(2+0)

8.

BBB3303

Bahasa Arab III Arabic Language III

2(2+0)

9.

BBB3400

Bahasa Jepun Komunikatif Communicative Japanese

3(3+0)

10.

BBB3401

Bahasa Jepun I Japanese Language I

2(2+0)

11.

BBB3402

Bahasa Jepun II Japanese Language II

2(2+0)

12.

BBB3403

Bahasa Jepun III Japanese Language III

2(2+0)

13.

BBB3500

Bahasa Mandarin Komunikatif Communicative Mandarin

3(3+0)

14.

BBB3501

Bahasa Mandarin I Mandarin Language I

2(2+0)

15.

BBB3502

Bahasa Mandarin II Mandarin Language II

2(2+0)

16.

BBB3503

Bahasa Mandarin III Mandarin Language III

2(2+0)

17.

BBB3600

Bahasa Perancis Komunikatif Communicative French

3(3+0)

18.

BBB3601

Bahasa Perancis I French Language I

2(2+0)

19.

BBB3602

Bahasa Perancis II French Language II

2(2+0)

20.

BBB3603

Bahasa Perancis III French Language III

2(2+0)

21.

BBB3700

Bahasa Sepanyol Komunikatif Communicative Spanish

3(3+0)

22.

BBB3701

Bahasa Sepanyol I Spanish Language I

2(2+0)

23.

BBB3702

Bahasa Sepanyol II Spanish Language II

2(2+0)

24.

BBB3703

Bahasa Sepanyol III Spanish Language III

2(2+0)

25.

COM2100

Penulisan dan Penyampaian Ucapan Writing And Speech Presentation

3(3+0)

26.

COM2101

Komunikasi Interpersonal Interpersonal Communication

3(3+0)

27.

COM2102

Asas Produksi Filem Dokumentari Fundamentals Of Documentary Film Production

3(2+1)

28.

COM3101

Komunikasi Kemanusiaan Human Communication

3(3+0)

29.

COM3102

Komunikasi Kumpulan Kecil Small Group Communication

3(3+0)

30.

COM3103

Business Communication

3(3+0)

31.

COM3104

Kemahiran Komunikasi Communication Skills

3(3+0)

32.

COM3105

Komunikasi Antarabudaya Intercultural Communication

3(3+0)

33.

COM3107

Penulisan Kreatif Creative Writing

3(3+0)

BAHASA ARAB KOMUNIKATIF Kursus ini mendedahkan kepada pelajar tentang aspek asas pembelajaran bahasa Arab komunikatif. Pada awal kursus, pelajar diperkenalkan kepada perkataan dan frasa-frasa Arab yang mudah. Seterusnya pelajar didedahkan kepada penggunaan ayat-ayat asas bahasa Arab. Pada akhir kursus pelajar dilatih untuk berkomunikasi menggunakan perkataan-perkataan asas bahasa Arab dalam pelbagai konteks situasi. (This introductory level course exposes students to fundamental aspects of Arabic communication learning. At the beginning of the course, students will be introduced to Arabic words and simple phrases. Next, students will be exposed to basic sentences of Arabic. At the end of the course, students are taught to communicate using basic Arabic words in various situation contexts).

BAHASA ARAB I Kursus permulaan ini mendedahkan kepada pelajar tentang aspek asas pembelajaran bahasa Arab. Pada awal kursus, pelajar diperkenalkan kepada abjad-abjad Arab. Seterusnya pelajar didedahkan kepada perbendaharaan kata asas dan tatabahasa asas bahasa Arab. Pada akhir kursus pelajar dilatih untuk berkomunikasi menggunakan perkataan-perkataan asas bahasa Arab. (This introductory level course exposes students to fundamental aspects of Arabic language learning. At the beginning of the course, students will be introduced to Arabic alphabets. Next, students will be exposed to basic vocabulary and grammar in the Arabic language. At the end of the course, students are trained to communicate using basic Arabic words).

BAHASA ARAB II Kursus pertengahan ini membimbing pelajar untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab mereka. Di sepanjang kursus pelajar akan didedahkan kepada perbualan-perbualan ringkas tentang tajuk-tajuk harian seperti makan pagi, makan tengah hari, makan malam dan sebagainya. Pelajar juga akan mempelajari tatabahasa asas bahasa Arab seperti kata nama, kata kerja dan kata tunjuk untuk tujuan komunikasi lisan dan penulisan. (This intermediate course guides student to improve their mastery of Arabic. During the course, students are exposed to short conversations on daily topics such as breakfast, lunch, dinner and so forth. Students also learn basic grammar of Arabic covering nouns, verbs and demonstratives).

BAHASA ARAB III Kursus lanjutan ini membimbing pelajar untuk terus meningkatkan penguasaan bahasa Arab mereka. Di sepanjang kursus pelajar berpeluang menambah perbendaharaan kata mereka apabila didedahkan dengan perbualan-perbualan yang sederhana panjang merangkumi tajuk-tajuk seperti lapangan terbang, kad kredit dan wang tunai. Pelajar juga mempelajari ilmu tatabahasa yang lebih kompleks untuk tujuan perbualan dan penulisan lanjutan. (This advanced course guides students to further improve their mastery of Arabic. During the course, students have the opportunity to increase their vocabulary through exposure to conversations of medium length covering topics such as airport, credit card and money. Students also learn more).

BAHASA JEPUN KOMUNIKATIF Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar dengan asas-asas pertuturan yang digunakan dalam komunikasi harian untuk tujuan formal dan tidak formal. Pelajar juga dilatih untuk membaca bahan-bahan bacaan yang mudah untuk menyampaikan idea dan maklumat dalam pelbagai topik bagi situasi konteks tertentu. (This course introduces students to the basic conversations used in every day formal and informal communications. Students will be trained to read simple texts and convey ideas and information in various topics for specific contexts).

BAHASA JEPUN I Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada aspek-aspek asas pembelajaran bahasa Jepun yang meliputi pengenalan abjad, sebutan dan tulisan bahasa Jepun. Pelajar-pelajar juga didedahkan kepada perbendaharaan kata dan tatabahasa asas untuk tujuan berkomunikasi secara lisan dan penulisan dalam konteks mudah.

BAHASA JEPUN II Kursus ini memberi pendedahan dengan lebih meluas serta membimbing pelajar untuk meningkatkan penguasaan bahasa Jepun. Fokus pembelajaran memberi penekanan kepada penguasaan aspek-aspek perbendaharaan kata, tatabahasa serta kemahiran berkomunikasi dalam konteks situasi tertentu. Pendedahan ini dapat mengukuhkan penguasaan bahasa Jepun pelajar dalam keempat-empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

BAHASA JEPUN III Kursus ini meningkatkan pengetahuan dan penguasaan bahasa Jepun pelajar pada tahap lanjutan. Pelajar-pelajar akan lebih mendalami aspek-aspek tatabahasa dan meningkatkan pengetahuan serta penggunaan dalam perbendaharaan kata. Mereka juga diberi latihan intensif untuk berkomunikasi secara lisan dan penulisan yang lebih kompleks dalam pelbagai konteks situasi formal dan tidak formal.

BAHASA SEPANYOL KOMUNIKATIF Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar komunikasi asas dalam bahasa Sepanyol untuk tujuan formal dan tidak formal. Pembelajaran difokuskan kepada perbualan harian yang menyentuh pelbagai topik. Pelajar juga dilatih untuk menyampaikan idea dan maklumat dalam pelbagai konteks situasi.

BAHASA SEPANYOL I Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada aspek intonasi, kosa kata, dan struktur asas bahasa Sepanyol. Pembelajaran merangkumi tiga aspek bahasa iaitu kosa kata, tatabahasa dan kemahiran komunikasi untuk membolehkan pelajar menguasai empat kemahiran bahasa yang asas.

BAHASA SEPANYOL II Kursus ini adalah lanjutan daripada kursus bahasa Sepanyol tahap 1. Pelajar akan didedahkan kepada aspek kosa kata, tatabahasa dan komunikasi yang lebih luas untuk mengukuhkan penguasaan mereka dalam empat kemahiran bahasa: mendengar, membaca, bertutur dan menulis. Penekanan akan diberikan kepada aspek pendengaran, tatabahasa dan kemahiran komunikasi.

BAHASA SEPANYOL III Kursus ini adalah lanjutan daripada kusus bahasa Sepanyol tahap II. Akan meningkatkan pengetahuan lanjutan pelajar mengenai kosa kata, tatabahasa dan kemahiran komunikasi. Pelajar akan dilatih untuk menggunakan struktur-struktur linguistik dalam pelbagai situasi dan konteks. Penekanan akan diberikan kepada perbualan dan latihan komunikasi untuk memperluaskan kosa kata.

BAHASA PERANCIS KOMUNIKATIF Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar dengan asas-asas pertuturan yang digunakan dalam komunikasi harian untuk tujuan formal dan tidak formal. Pelajar juga dilatih untuk membaca bahan-bahan bacaan yang mudah untuk menyampaikan idea dan maklumat dalam pelbagai topik bagi situasi konteks tertentu. (This course introduces students to the basic conversations used in everyday formal and informal communications. Students will be trained to read simple texts and convey ideas and information in various topics for specific contexts).

BAHASA PERANCIS I Kursus ini memperkenalkan pelajar dengan system bunyi, kosa kata dan struktur ayat asas melalui perbualan mudah dalam pelbagai situasi yang terdapat di dalam kehidupan seharian. Pelajar juga akan dilatih membaca bahan bacaan yang mudah serta menulis ayat mudah dalam pelbagai bentuk (This course introduces students to the sound system, basic structure and vocabulary of the French language through simple conversations in various situations in everyday life. Students will also be trained to read simple reading materials and to write simples phrases in various forms).

BAHASA PERANCIS II Kursus ini menekankan kepada latihan tatabahasa dan kemahiran berkomunikasi menggunakan kata kerja yang lebih meluas bagi meningkatkan kemahiran dan penguasaan bahasa Perancis. Pelajar akan diperkenalkan dengan pelbagai bahan bacaan yang bersesuaian bagi membantu bahan penulisan ayat, surat tidak rasmi, laporan dan karangan pendek. (This course focuses on the practice of grammar and communication skills using a broader range of verbs in order to strengthen the French language skills. Students will be also introduced to various types of relevant reading materials as well as sentences construction, informal letters, reports, and essays writing).

BAHASA PERANCIS III Kursus ini meningkatkan keupayaan pelajar untuk menguasai kemahiran Bahasa Perancis dalam aspek pemahaman teks, lisan dan penulisan. Pelbagai bahan bacaan yang lebih kompleks serta topik-topik perbincangan yang lebih mencabar digunakan dalam pembelajaran. Pelajar juga dilatih untuk menghasilkan penulisan karangan menggunakan struktur tatabahasa yang betul dengan penyusunan yang gramatis. (This course enhances the students’ language skills in various aspects of oral, writing and comprehension. More complex and challenging reading materials as well as discussion topics for language learning will be covered. Students will also be trained in writing essays using the correct grammatical structure).

BAHASA MELAYU ILMIAH Kursus ini bertujuan untuk memantapkan kecekapan bahasa dan berbahasa para pelajar bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan berkesan baik secara lisan mahupun penulisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga dalam menghadapi pelbagai situasi kehidupan setelah tamat pengajian. Kandungan kursus memberi fokus kepada aspek sejarah perkembangan bahasa Melayu secara umum sebagai pengenalan diikuti dengan pendedahan kepada aspek-aspek asas untuk berbahasa dengan betul dari segi penggunaan sistem ejaan baku bahasa Melayu dan kecekapan bahasa dari sudut morfologi dan sintaksis. Selanjutnya kepelbagaian aspek dalam penulisan yang meliputi laras-laras bahasa, wacana dan ketepatan penggunaan peristilahan juga mengenal pasti kesilapan berbahasa diberi fokus. Selain daripada itu kursus ini juga mendedahkan pelajar dengan format penulisan ilmiah gaya APA dan seterusnya memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemahiran generik secara logik, rasional dan kritikal untuk mengulas bahan ilmiah. Tegasnya, pelaksanaan kursus ini dapat melahirkan pelajar-pelajar yang mahir dalam penggunaan bahasa ilmiah bagi menerima, memproses dan menyampaikan pelbagai maklumat dengan tepat, jelas dan berkesan. Sasarannya kursus Bahasa Melayu Ilmiah bermatlamat untuk melahirkan graduan UMT yang dapat menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam menyampaikan ilmu secara khusus dalam bidang kemahiran mereka kepada orang lain.

BAHASA, BUDAYA DAN MASYARAKAT Kursus ini membicarakan aspek sosiolinguistik yang memberi pendedahan kepada kepelbagaian aspek bahasa dan budaya dalam masyarakat. Pelajar-pelajar akan didedahkan kepada aspek-aspek bahasa yang terbina berasaskan sistem budaya dan dipancarkan melalui penggunaannya oleh masyarakat bahasa. Fokus kursus memberi latar pengenalan kepada bidang sosiolinguistik dengan asas teori yang menjelaskan perkaitan di antara bahasa, budaya dan masyarakat serta fungsi dan hubungan bahasa dengan masyarakat. Pelajar-pelajar juga diberi pendedahan berhubung kepelbagaian dan kelainan bahasa serta pola-pola masyarakat bahasa juga adab dan tertib dalam kesantunan berbahasa. Seterusnya peranan, kedudukan, isu-isu serta tindakan memartabatkan bahasa Melayu secara khusus dalam negara juga dibincangkan. Tegasnya pelajar-pelajar dapat membina keyakinan dan kepercayaan untuk meneruskan perjuangan memartabatkan bahasa Melayu agar terpelihara dan kekal selaras dengan perkembangan zaman.

INTRODUCTION TO WORLD CULTURE This course offers student the opportunity to understand, explore and appreciate the nature of human diversity and globalization by providing a direct international experience in virtual collaborative learning environment with students and faculty from other countries. It provides students with the tools and multi-cultural communication methods necessary to effectively interact with, understand and learn from peoples of other cultures. The course will link UMT students with other groups of students from three universities from different countries, for approximately 3-4 weeks blocks. Five topics will be covered in the order provided below. 1. College life 2. Family and Cultural Traditions 3. Meaning of life and Religion 4. Stereotypes and Prejudices 5. Collaborative project presentation This course will hopefully foster international partnerships via technology to develop trust, friendship and future opportunities for scholarly collaboration.

KOMUNIKASI KEMANUSIAAN Kursus ini memberi pemahaman berkaitan dengan teori dan amalan kemahiran kemahiran komunikasi dalam seting awam, kumpulan kecil dan interpersonal. Ia juga meliputi kajian proses komunikasi ucapan. Antara tajuk-tajuk perbincangan ialah proses komunikasi, komunikasi dalam seting organisasi, persepsi dan kesannya, mendengar(listening) dan perlakuan non-verbal. (This courses is the understanding of ideas and practice of expertise in communicating through public setting, small groups and also interpersonal. It also covers in researching the process of speech communication. These include topics of discussion in communication process, communication in organization setting, perception and also the effects, listening and using non verbal characters).

BUSINESS COMMUNICATION This course will address the basics of business communication including presentation, personal, written and group communication skills. Presentation communication will focus on developing the presentation, organizing ideas, verbal and visual support in presentations, delivering the presentation, and informative and persuasive speaking. Professional communication will focus on verbal and nonverbal messages, listening and interpersonal skills. Written communication will focus on writing effective emails, memos, letters and reports. Group communication will focus on working in teams and effective meetings. Opportunities will be given to polish presentation skills. Students will deliver informative and persuasive speeches. Specific attention will be devoted to developing effective visuals aids such as Power Point and incorporating them into speeches.

KOMUNIKASI INTERPERSONAL Kursus ini bertujuan untuk melatih pelajar menguasai strategi peningkatan kemahiran komunikasi interpersonal dalam pelbagai konteks melalui pendedahan kepada kepentingan ilmu komunikasi manusia, teori, mod dan proses komunikasi interpersonal. Kursus ini juga memberi penekanan kepada komunikasi verbal, bukan verbal dan pelbagai jenis interaksi dalam komunikasi. Selain itu, perbincangan mengenai teori dan proses persepsi, pengaruh peri laku interpersonal, pengurusan diri, pendedahan kendiri, perhubungan, keintiman dan persahabatan juga disentuh. (This course aims at training students to master a few strategies on improving their interpersonal skills in various contexts. This will be achieved through an exposure to the importance of knowledge about human communication, relevant theories, modes, and processes of interpersonal communication. This course also emphasizes the verbal and non- verbal communication, and the different types of interactions in communication. In addition, topics discuss include the theory and process of perception, interpersonal influence, self-management, relationship, intimacy, friendship and love).

KOMUNIKASI KUMPULAN KECIL Definisi kumpulan kecil dan peranan model dan proses komunikasi. Kumpulan kecil kontemporari, tujuan, fungsi, ciri dan format kumpulan. Dinamik kumpulan kecil, ciri-ciri, norma dan proses. Membentuk iklim positif, konflik dan penyelesaian. Pengurusan mesyuarat, kemudahan, teknik dan susulan, pengurusan maklumat, keperluan, penyelidikan dan penyelesaian masalah. (Definition of small group communication and the role of communication process and model. Contemporary small group, purpose, function, features and group formats. Dynamics of small groups, features, norms and processes. Building positive climate, conflicts and resolution. Managing meetings, facilities and techniques, managing information, needs, research and problem solving).

PENULISAN KREATIF Kursus ini merangkumi definisi dan konsep penulisan kreatif, penghayatan dan penilaian sesebuah karya yang berkualiti dari aspek luaran dan dalaman, dan penghasilan penulisan kreatif dari pelbagai genre.

KOMUNIKASI ANTARABUDAYA Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pemahaman tentang proses komunikasi melampaui batas sempadan budaya dan tempat. Budaya merupakan pencetus dan produk kepada komunikasi yang sepatutnya dihargai dalam mempromosikan hubungan positif proses komunikasi dan perhubungan antarabudaya. Kursus ini secara khususnya membina kefahaman dalam proses komunikasi antarabudaya, menghargai pelbagai cara berkomunikasi dalam budaya masyarakat lain, membina kemahiran analitikal dalam mengkaji interaksi komunikasi antarabudaya dan juga meningkatkan kefahaman tentang isu-isu berkaitan kebudayaan yang mempengaruhi keberkesanan komunikasi. (This course is to develop an understanding of the process of communicating across cultural boundaries. It will operate from the premise that culture is both a producer and product of communication and therefore an appreciation of communication processes is an essential factor in promoting positive intercultural relations. Specifically it intends to develop understanding of the intercultural communication process, to enhance appreciation of the diverse ways of communicating in different cultures, to develop analytical skills in examining intercultural interactions and to increase understanding of cultural issues that influence communication effectiveness).

PENULISAN DAN PENYAMPAIAN UCAPAN Kursus ini bertujuan untuk melatih para pelajar mempersiapkan diri dengan kemahiran menyediakan dan menyampaikan pengucapan awam. Kursus ini merupakan satu pengenalan kepada prinsip-prinsip pengucapan awam, penyelidikan dan pencarian bahan ucapan serta penyediaan ucapan. Ia juga merangkumi jenis-jenis ucapan seperti ucapan tanpa diduga, ucapan informatif, taklimat, ucapan memujuk dan ucapan di dalam krisis. Pelajar juga didedahkan kepada pelbagai kemahiran seperti latihan memberi taklimat, menyampaikan ucapan dan mengkritik ucapan. Selain itu, para pelajar juga diajar penggunaan vokal dan komponen bukan verbal di dalam pengucapan. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran mendengar, etika dan kredibiliti. (This course is designed to train and develop student’s competency in public speaking skills. It is an introduction to the principles of public speaking, research and information collection. Types of speeches included are impromptu, informative, conference speech, persuasion and speeches during crisis. Students are also exposed to various skills and practice in giving briefings, in speech or critical speech, using vocal and non verbal components in speech, listening skills, ethics and credibility).

KEMAHIRAN KOMUNIKASI Kursus ini memberi tumpuan kepada strategi dan amalan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi lisan, bukan lisan dan kemahiran teknikal dalam pelbagai konteks komunikasi. Pelajar akan didedahkan kepada teknik berkomunikasi dalam perbualan harian, dalam kumpulan, dalam komuniti, di tempat kerja, dan di tempat awam. Pelajar dikehendaki mengaplikasi teknik melalui latihan dalam kelas, perbincangan kumpulan, pembentangan awam dan kerja lapangan. Turut dibincangkan juga aspek kecerdasan emosi sebagai satu elemen penting untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi. (The course mainly focuses on strategies and practices in improving verbal and nonverbal communication skills in various contexts. Students will be exposed to communication techniques in daily, group, society and workplace conversations. Students are required to demonstrate the techniques in the class, group discussion, presentation and field work. Emphasis is also given to emotional equation (EQ) as an important element of effective communication).

[:MS]Jabatan Bahasa dan Komunikasi menawarkan kursus-kursus untuk mengasah dan memperkasa kemahiran komunikasi dalam pelbagai bahasa moden, terutama Bahasa Malaysia. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

BAHASA ARAB KOMUNIKATIF Kursus ini mendedahkan kepada pelajar tentang aspek asas pembelajaran bahasa Arab komunikatif. Pada awal kursus, pelajar diperkenalkan kepada perkataan dan frasa-frasa Arab yang mudah. Seterusnya pelajar didedahkan kepada penggunaan ayat-ayat asas bahasa Arab. Pada akhir kursus pelajar dilatih untuk berkomunikasi menggunakan perkataan-perkataan asas bahasa Arab dalam pelbagai konteks situasi.

(This introductory level course exposes students to fundamental aspects of Arabic communication learning. At the beginning of the course, students will be introduced to Arabic words and simple phrases. Next, students will be exposed to basic sentences of Arabic. At the end of the course, students are taught to communicate using basic Arabic words in various situation contexts).

BAHASA ARAB I Kursus permulaan ini mendedahkan kepada pelajar tentang aspek asas pembelajaran bahasa Arab. Pada awal kursus, pelajar diperkenalkan kepada abjad-abjad Arab. Seterusnya pelajar didedahkan kepada perbendaharaan kata asas dan tatabahasa asas bahasa Arab. Pada akhir kursus pelajar dilatih untuk berkomunikasi menggunakan perkataan-perkataan asas bahasa Arab.

(This introductory level course exposes students to fundamental aspects of Arabic language learning. At the beginning of the course, students will be introduced to Arabic alphabets. Next, students will be exposed to basic vocabulary and grammar in the Arabic language. At the end of the course, students are trained to communicate using basic Arabic words).

BAHASA ARAB II Kursus pertengahan ini membimbing pelajar untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab mereka. Di sepanjang kursus pelajar akan didedahkan kepada perbualan-perbualan ringkas tentang tajuk-tajuk harian seperti makan pagi, makan tengah hari, makan malam dan sebagainya. Pelajar juga akan mempelajari tatabahasa asas bahasa Arab seperti kata nama, kata kerja dan kata tunjuk untuk tujuan komunikasi lisan dan penulisan.

(This intermediate course guides student to improve their mastery of Arabic. During the course, students are exposed to short conversations on daily topics such as breakfast, lunch, dinner and so forth. Students also learn basic grammar of Arabic covering nouns, verbs and demonstratives).

BAHASA ARAB III Kursus lanjutan ini membimbing pelajar untuk terus meningkatkan penguasaan bahasa Arab mereka. Di sepanjang kursus pelajar berpeluang menambah perbendaharaan kata mereka apabila didedahkan dengan perbualan-perbualan yang sederhana panjang merangkumi tajuk-tajuk seperti lapangan terbang, kad kredit dan wang tunai. Pelajar juga mempelajari ilmu tatabahasa yang lebih kompleks untuk tujuan perbualan dan penulisan lanjutan.

(This advanced course guides students to further improve their mastery of Arabic. During the course, students have the opportunity to increase their vocabulary through exposure to conversations of medium length covering topics such as airport, credit card and money. Students also learn more).

BAHASA JEPUN KOMUNIKATIF Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar dengan asas-asas pertuturan yang digunakan dalam komunikasi harian untuk tujuan formal dan tidak formal. Pelajar juga dilatih untuk membaca bahan-bahan bacaan yang mudah untuk menyampaikan idea dan maklumat dalam pelbagai topik bagi situasi konteks tertentu.

(This course introduces students to the basic conversations used in every day formal and informal communications. Students will be trained to read simple texts and convey ideas and information in various topics for specific contexts).

BAHASA JEPUN I Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada aspek-aspek asas pembelajaran bahasa Jepun yang meliputi pengenalan abjad, sebutan dan tulisan bahasa Jepun. Pelajar-pelajar juga didedahkan kepada perbendaharaan kata dan tatabahasa asas untuk tujuan berkomunikasi secara lisan dan penulisan dalam konteks mudah.

BAHASA JEPUN II Kursus ini memberi pendedahan dengan lebih meluas serta membimbing pelajar untuk meningkatkan penguasaan bahasa Jepun. Fokus pembelajaran memberi penekanan kepada penguasaan aspek-aspek perbendaharaan kata, tatabahasa serta kemahiran berkomunikasi dalam konteks situasi tertentu. Pendedahan ini dapat mengukuhkan penguasaan bahasa Jepun pelajar dalam keempat-empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

BAHASA JEPUN III Kursus ini meningkatkan pengetahuan dan penguasaan bahasa Jepun pelajar pada tahap lanjutan. Pelajar-pelajar akan lebih mendalami aspek-aspek tatabahasa dan meningkatkan pengetahuan serta penggunaan dalam perbendaharaan kata. Mereka juga diberi latihan intensif untuk berkomunikasi secara lisan dan penulisan yang lebih kompleks dalam pelbagai konteks situasi formal dan tidak formal.

BAHASA SEPANYOL KOMUNIKATIF Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar komunikasi asas dalam bahasa Sepanyol untuk tujuan formal dan tidak formal. Pembelajaran difokuskan kepada perbualan harian yang menyentuh pelbagai topik. Pelajar juga dilatih untuk menyampaikan idea dan maklumat dalam pelbagai konteks situasi.

BAHASA SEPANYOL I Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada aspek intonasi, kosa kata, dan struktur asas bahasa Sepanyol. Pembelajaran merangkumi tiga aspek bahasa iaitu kosa kata, tatabahasa dan kemahiran komunikasi untuk membolehkan pelajar menguasai empat kemahiran bahasa yang asas.

BAHASA SEPANYOL II Kursus ini adalah lanjutan daripada kursus bahasa Sepanyol tahap 1. Pelajar akan didedahkan kepada aspek kosa kata, tatabahasa dan komunikasi yang lebih luas untuk mengukuhkan penguasaan mereka dalam empat kemahiran bahasa: mendengar, membaca, bertutur dan menulis. Penekanan akan diberikan kepada aspek pendengaran, tatabahasa dan kemahiran komunikasi

BAHASA SEPANYOL III Kursus ini adalah lanjutan daripada kusus bahasa Sepanyol tahap II. Akan meningkatkan pengetahuan lanjutan pelajar mengenai kosa kata, tatabahasa dan kemahiran komunikasi. Pelajar akan dilatih untuk menggunakan struktur-struktur linguistik dalam pelbagai situasi dan konteks. Penekanan akan diberikan kepada perbualan dan latihan komunikasi untuk memperluaskan kosa kata.

 BAHASA PERANCIS KOMUNIKATIF Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar dengan asas-asas pertuturan yang digunakan dalam komunikasi harian untuk tujuan formal dan tidak formal. Pelajar juga dilatih untuk membaca bahan-bahan bacaan yang mudah untuk menyampaikan idea dan maklumat dalam pelbagai topik bagi situasi konteks tertentu.

(This course introduces students to the basic conversations used in everyday formal and informal communications. Students will be trained to read simple texts and convey ideas and information in various topics for specific contexts).

BAHASA PERANCIS I Kursus ini memperkenalkan pelajar dengan system bunyi, kosa kata dan struktur ayat asas melalui perbualan mudah dalam pelbagai situasi yang terdapat di dalam kehidupan seharian. Pelajar juga akan dilatih membaca bahan bacaan yang mudah serta menulis ayat mudah dalam pelbagai bentuk

(This course introduces students to the sound system, basic structure and vocabulary of the French language through simple conversations in various situations in everyday life. Students will also be trained to read simple reading materials and to write simples phrases in various forms).

BAHASA PERANCIS II Kursus ini menekankan kepada latihan tatabahasa dan kemahiran berkomunikasi menggunakan kata kerja yang lebih meluas bagi meningkatkan kemahiran dan penguasaan bahasa Perancis. Pelajar akan diperkenalkan dengan pelbagai bahan bacaan yang bersesuaian bagi membantu bahan penulisan ayat, surat tidak rasmi, laporan dan karangan pendek.

(This course focuses on the practice of grammar and communication skills using a broader range of verbs in order to strengthen the French language skills. Students will be also introduced to various types of relevant reading materials as well as sentences construction, informal letters, reports, and essays writing).

BAHASA PERANCIS III Kursus ini meningkatkan keupayaan pelajar untuk menguasai kemahiran Bahasa Perancis dalam aspek pemahaman teks, lisan dan penulisan. Pelbagai bahan bacaan yang lebih kompleks serta topik-topik perbincangan yang lebih mencabar digunakan dalam pembelajaran. Pelajar juga dilatih untuk menghasilkan penulisan karangan menggunakan struktur tatabahasa yang betul dengan penyusunan yang gramatis.

(This course enhances the students’ language skills in various aspects of oral, writing and comprehension. More complex and challenging reading materials as well as discussion topics for language learning will be covered. Students will also be trained in writing essays using the correct grammatical structure).

BAHASA MELAYU ILMIAH Kursus ini bertujuan untuk memantapkan kecekapan bahasa dan berbahasa para pelajar bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan berkesan baik secara lisan mahupun penulisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga dalam menghadapi pelbagai situasi kehidupan setelah tamat pengajian. Kandungan kursus memberi fokus kepada aspek sejarah perkembangan bahasa Melayu secara umum sebagai pengenalan diikuti dengan pendedahan kepada aspek-aspek asas untuk berbahasa dengan betul dari segi penggunaan sistem ejaan baku bahasa Melayu dan kecekapan bahasa dari sudut morfologi dan sintaksis. Selanjutnya kepelbagaian aspek dalam penulisan yang meliputi laras-laras bahasa, wacana dan ketepatan penggunaan peristilahan juga mengenal pasti kesilapan berbahasa diberi fokus. Selain daripada itu kursus ini juga mendedahkan pelajar dengan format penulisan ilmiah gaya APA dan seterusnya memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemahiran generik secara logik, rasional dan kritikal untuk mengulas bahan ilmiah. Tegasnya, pelaksanaan kursus ini dapat melahirkan pelajar-pelajar yang mahir dalam penggunaan bahasa ilmiah bagi menerima, memproses dan menyampaikan pelbagai maklumat dengan tepat, jelas dan berkesan. Sasarannya kursus Bahasa Melayu Ilmiah bermatlamat untuk melahirkan graduan UMT yang dapat menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam menyampaikan ilmu secara khusus dalam bidang kemahiran mereka kepada orang lain.

BAHASA, BUDAYA DAN MASYARAKAT Kursus ini membicarakan aspek sosiolinguistik yang memberi pendedahan kepada kepelbagaian aspek bahasa dan budaya dalam masyarakat. Pelajar-pelajar akan didedahkan kepada aspek-aspek bahasa yang terbina berasaskan sistem budaya dan dipancarkan melalui penggunaannya oleh masyarakat bahasa. Fokus kursus memberi latar pengenalan kepada bidang sosiolinguistik dengan asas teori yang menjelaskan perkaitan di antara bahasa, budaya dan masyarakat serta fungsi dan hubungan bahasa dengan masyarakat. Pelajar-pelajar juga diberi pendedahan berhubung kepelbagaian dan kelainan bahasa serta pola-pola masyarakat bahasa juga adab dan tertib dalam kesantunan berbahasa. Seterusnya peranan, kedudukan, isu-isu serta tindakan memartabatkan bahasa Melayu secara khusus dalam negara juga dibincangkan. Tegasnya pelajar-pelajar dapat membina keyakinan dan kepercayaan untuk meneruskan perjuangan memartabatkan bahasa Melayu agar terpelihara dan kekal selaras dengan perkembangan zaman.

INTRODUCTION TO WORLD CULTURE This course offers student the opportunity to understand, explore and appreciate the nature of human diversity and globalization by providing a direct international experience in virtual collaborative learning environment with students and faculty from other countries. It provides students with the tools and multi-cultural communication methods necessary to effectively interact with, understand and learn from peoples of other cultures. The course will link UMT students with other groups of students from three universities from different countries, for approximately 3-4 weeks blocks. Five topics will be covered in the order provided below. 1. College life 2. Family and Cultural Traditions 3. Meaning of life and Religion 4. Stereotypes and Prejudices 5. Collaborative project presentation

This course will hopefully foster international partnerships via technology to develop trust, friendship and future opportunities for scholarly collaboration.

KOMUNIKASI KEMANUSIAAN Kursus ini memberi pemahaman berkaitan dengan teori dan amalan kemahiran kemahiran komunikasi dalam seting awam, kumpulan kecil dan interpersonal. Ia juga meliputi kajian proses komunikasi ucapan. Antara tajuk-tajuk perbincangan ialah proses komunikasi, komunikasi dalam seting organisasi, persepsi dan kesannya, mendengar(listening) dan perlakuan non-verbal.

(This courses is the understanding of ideas and practice of expertise in communicating through public setting, small groups and also interpersonal. It also covers in researching the process of speech communication. These include topics of discussion in communication process, communication in organization setting, perception and also the effects, listening and using non verbal characters).

BUSINESS COMMUNICATION This course will address the basics of business communication including presentation, personal, written and group communication skills. Presentation communication will focus on developing the presentation, organizing ideas, verbal and visual support in presentations, delivering the presentation, and informative and persuasive speaking. Professional communication will focus on verbal and nonverbal messages, listening and interpersonal skills. Written communication will focus on writing effective emails, memos, letters and reports. Group communication will focus on working in teams and effective meetings. Opportunities will be given to polish presentation skills. Students will deliver informative and persuasive speeches. Specific attention will be devoted to developing effective visuals aids such as Power Point and incorporating them into speeches.

KOMUNIKASI INTERPERSONAL Kursus ini bertujuan untuk melatih pelajar menguasai strategi peningkatan kemahiran komunikasi interpersonal dalam pelbagai konteks melalui pendedahan kepada kepentingan ilmu komunikasi manusia, teori, mod dan proses komunikasi interpersonal. Kursus ini juga memberi penekanan kepada komunikasi verbal, bukan verbal dan pelbagai jenis interaksi dalam komunikasi. Selain itu, perbincangan mengenai teori dan proses persepsi, pengaruh peri laku interpersonal, pengurusan diri, pendedahan kendiri, perhubungan, keintiman dan persahabatan juga disentuh.

(This course aims at training students to master a few strategies on improving their interpersonal skills in various contexts. This will be achieved through an exposure to the importance of knowledge about human communication, relevant theories, modes, and processes of interpersonal communication. This course also emphasizes the verbal and non- verbal communication, and the different types of interactions in communication. In addition, topics discuss include the theory and process of perception, interpersonal influence, self-management, relationship, intimacy, friendship and love).

KOMUNIKASI KUMPULAN KECIL Definisi kumpulan kecil dan peranan model dan proses komunikasi. Kumpulan kecil kontemporari, tujuan, fungsi, ciri dan format kumpulan. Dinamik kumpulan kecil, ciri-ciri, norma dan proses. Membentuk iklim positif, konflik dan penyelesaian. Pengurusan mesyuarat, kemudahan, teknik dan susulan, pengurusan maklumat, keperluan, penyelidikan dan penyelesaian masalah.

(Definition of small group communication and the role of communication process and model. Contemporary small group, purpose, function, features and group formats. Dynamics of small groups, features, norms and processes. Building positive climate, conflicts and resolution. Managing meetings, facilities and techniques, managing information, needs, research and problem solving). PENULISAN KREATIF Kursus ini merangkumi definisi dan konsep penulisan kreatif, penghayatan dan penilaian sesebuah karya yang berkualiti dari aspek luaran dan dalaman, dan penghasilan penulisan kreatif dari pelbagai genre. KOMUNIKASI ANTARABUDAYA Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pemahaman tentang proses komunikasi melampaui batas sempadan budaya dan tempat. Budaya merupakan pencetus dan produk kepada komunikasi yang sepatutnya dihargai dalam mempromosikan hubungan positif proses komunikasi dan perhubungan antarabudaya. Kursus ini secara khususnya membina kefahaman dalam proses komunikasi antarabudaya, menghargai pelbagai cara berkomunikasi dalam budaya masyarakat lain, membina kemahiran analitikal dalam mengkaji interaksi komunikasi antarabudaya dan juga meningkatkan kefahaman tentang isu-isu berkaitan kebudayaan yang mempengaruhi keberkesanan komunikasi. (This course is to develop an understanding of the process of communicating across cultural boundaries. It will operate from the premise that culture is both a producer and product of communication and therefore an appreciation of communication processes is an essential factor in promoting positive intercultural relations. Specifically it intends to develop understanding of the intercultural communication process, to enhance appreciation of the diverse ways of communicating in different cultures, to develop analytical skills in examining intercultural interactions and to increase understanding of cultural issues that influence communication effectiveness). PENULISAN DAN PENYAMPAIAN UCAPAN Kursus ini bertujuan untuk melatih para pelajar mempersiapkan diri dengan kemahiran menyediakan dan menyampaikan pengucapan awam. Kursus ini merupakan satu pengenalan kepada prinsip-prinsip pengucapan awam, penyelidikan dan pencarian bahan ucapan serta penyediaan ucapan. Ia juga merangkumi jenis-jenis ucapan seperti ucapan tanpa diduga, ucapan informatif, taklimat, ucapan memujuk dan ucapan di dalam krisis. Pelajar juga didedahkan kepada pelbagai kemahiran seperti latihan memberi taklimat, menyampaikan ucapan dan mengkritik ucapan. Selain itu, para pelajar juga diajar penggunaan vokal dan komponen bukan verbal di dalam pengucapan. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran mendengar, etika dan kredibiliti. (This course is designed to train and develop student’s competency in public speaking skills. It is an introduction to the principles of public speaking, research and information collection. Types of speeches included are impromptu, informative, conference speech, persuasion and speeches during crisis. Students are also exposed to various skills and practice in giving briefings, in speech or critical speech, using vocal and non verbal components in speech, listening skills, ethics and credibility). KEMAHIRAN KOMUNIKASI Kursus ini memberi tumpuan kepada strategi dan amalan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi lisan, bukan lisan dan kemahiran teknikal dalam pelbagai konteks komunikasi. Pelajar akan didedahkan kepada teknik berkomunikasi dalam perbualan harian, dalam kumpulan, dalam komuniti, di tempat kerja, dan di tempat awam. Pelajar dikehendaki mengaplikasi teknik melalui latihan dalam kelas, perbincangan kumpulan, pembentangan awam dan kerja lapangan. Turut dibincangkan juga aspek kecerdasan emosi sebagai satu elemen penting untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi. (The course mainly focuses on strategies and practices in improving verbal and nonverbal communication skills in various contexts. Students will be exposed to communication techniques in daily, group, society and workplace conversations. Students are required to demonstrate the techniques in the class, group discussion, presentation and field work. Emphasis is also given to emotional equation (EQ) as an important element of effective communication). [:]

Pin It on Pinterest

Shares