Aluan Dekan

Kata Alu-Aluan Dekan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada pelajar-pelajar baru yang saya kasihi,

Selamat datang dan tahniah kerana telah berjaya dan terpilih untuk menjejakkan kaki ke Universiti Malaysia Terengganu. Kehadiran anda semua khususnya di Pusat Pendidikan Asas dan Liberal (PPAL) amatlah dialu-alukan. Pada masa ini, PPAL menawarkan kursus-kursus teras universiti (TU) dan kursus elektif universiti (EU) sebagai sebahagian daripada perkhidmatan pembelajaran dan pengajaran (P&P) untuk melengkapkan keperluan program pengajian peringkat diploma dan ijazah pertama di UMT.
Kursus-kursus pra siswazah yang ditawarkan meliputi bahasa, komunikasi, kursus asas suatu bidang ilmu (sains, teknologi, pengurusan, dan sains sosial), badan beruniform, kesenian, kebudayaan, etika dan kemanusiaan. Penawaran kursus-kursus ini adalah sangat penting serta releven bagi membolehkan pelajar terdedah kepada kursus asas dan pendidikan liberal aras tinggi yang diperlukan bagi membentuk insan yang holistik, memiliki daya kreativiti dan berkeyakinan tinggi.

Akhir kalam, adalah menjadi iltizam dan usaha kami warga PPAL untuk menjayakan visi dan misi universiti melalui pendekatan pendidikan liberal ini. Semoga gagasan usaha yang dijalankan ini diberkati dan memberi satu impak yang besar terhadap pembangunan holistik pelajar serta menghasilkan graduan yang cemerlang.

Sekian, terima kasih.

 

“SELAMAT MAJU JAYA”

Prof. Dr. Asyraf Hj. Ab Rahman
Dekan,
Pusat Pendidikan Asas dan Liberal
Universiti Malaysia Terengganu[:MS]

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat datang ke Pusat Pendidikan Asas dan Liberal (PPAL). Di sini, suka saya memberi sedikit pengenalan sepintas lalu berkaitan pusat ini. PPAL adalah pusat pengajaran dan pembelajaran di UMT yang baharu ditubuhkan pada 1 Disember 2013 bagi menyokong fungsi akademik di pusat-pusat pengajian selaras dengan Transformasi Akademik UMT. Penubuhan PPAL adalah satu langkah untuk memperkasa pendidikan asas dan pendidikan liberal aras tinggi yang akan menyokong pembelajaran pelajar sepanjang mereka mengikuti pengajian dan menjalani kehidupan dalam kampus. Oleh yang demikian, pusat ini mempunyai entiti perkhidmatan yang berbeza dari sistem pusat pengajian lain. Ini jelas dapat dilihat terutamanya dari segi fungsi dan sistem urus tadbir yang menggunakan sistem jabatan.

Pada masa ini, PPAL menawarkan kursus-kursus teras universiti (TU) dan kursus elektif universiti (EU) sebagai sebahagian daripada perkhidmatan pembelajaran dan pengajaran (P&P) untuk melengkapkan keperluan program pengajian peringkat diploma dan ijazah pertama di UMT. Ahli akademik PPAL turut terlibat dalam penyeliaan pelajar program pasca siswazah (PhD dan Sarjana secara penyelidikan) bagi menyokong program pasca siswazah UMT. Kursus-kursus pra siswazah yang ditawarkan pula meliputi bahasa, komunikasi, kursus asas suatu bidang ilmu (sains, teknologi, pengurusan, dan sains sosial), badan beruniform, kesenian, kebudayaan, etika dan kemanusiaan. Penawaran kursus-kursus ini adalah sangat penting serta releven bagi membolehkan pelajar terdedah kepada kursus asas dan pendidikan liberal aras tinggi yang diperlukan bagi membentuk insan yang holistik, memiliki daya kreativiti dan berkeyakinan tinggi. Oleh yang demikian, ahli akademik yang ditempatkan di PPAL mempunyai tangungjawab untuk membina dan memantapkan kursus pendidikan liberal yang berwawasan, antaranya kursus ‘Alam Sekitar dan Pembangunan’ sebagai gagasan nilai UMT iaitu ‘menyemai kecintaan alam’.

Dari segi kaedah pengajaran pula, PPAL menggunakan pendekatan formal, tidak formal dan bukan formal dengan pendekatan pembelajaran inovatif berasaskan pelajar. Tumpuan diberikan kepada pembelajaran berasaskan pengalaman untuk meningkatkan keupayaan intelek dan fizikal aras tinggi seperti latihan di luar bilik kuliah, aktiviti penyelesaian masalah, latihan lapangan serta industri. Sementara penilaian pula berasaskan kepada pengalaman pelajar; masa keterlibatan pelajar dan hasil aktiviti pembelajaran. Dari segi penyelidikan, ahli akademik di PPAL turut terlibat dalam aktiviti penyelidikan yang bersifat asas atau komersial atau tindakan. Walau bagaimanapun, penyelidikan bersifat tindakan yang dapat meningkatkan penguasaan ilmu bidang pengajian dan keberkesanan kaedah penyampaian P&P secara lebih berkesan dan menyeronokkan amatlah digalakkan dan menjadi fokus pusat ini. Akhir kalam, adalah menjadi iltizam dan usaha kami warga PPAL untuk menjayakan visi dan misi universiti melalui pendekatan pendidikan liberal ini. Semoga gagasan usaha yang dijalankan ini diberkati dan memberi satu impak yang besar terhadap pembangunan holistik pelajar serta memperkasakan bakat ahli akademik di PPAL secara khususnya.

Sekian.

[:]