Pusat Kokurikulum

PUSAT KOKURIKULUM

Jabatan Sains Rekreasi dan Seni Kreatif menawarkan pelbagai kursus berasaskan kemahiran dan pengalaman untuk membina keyakinan diri dan kemahiran kerja berkumpulan. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

BUDAYA 1
Kursus ini juga akan melibatkan pelajar dalam siri-siri persembahan professional (tempatan, regional dan antarabangsa), program huluran teater bersama komuniti tempatan (Outreach Program), siri bengkel dan wacana intelek serta kaji selidik teater bagi mengimbangi kebijaksanaan amali dan pencernaan daya intelek teater
(This course will involve students in a series of professional performances (locally, regional and internationally), theatre outreach programs with the local community, a series of workshops and intellectual discussions and also theatre research so as to balance practical wisdom with utilization of intellectual ability in theatres).

BUDAYA 2
Untuk memahami adat resam yang diwarisi dan diamalkan oleh pelbagai kaum di Malaysia. Salah satu penekanan akan diberi kepada adat dan warisan tarian.
(This course aims to enable students to understand the traditions inherited and practised by the various races in Malaysia. One of the emphasis will be on the customs and traditional dances).

APRESIASI MUZIK
Kursus ini mendedahkan tentang sejarah perkembangan muzik amnya dan muzik tanah air khasnya dengan mengambil kira bentuk yang beragam sesuai dengan peralatan yang dicipta dan penggunaannya. Disamping itu pelajar didedahkan juga kepada pengelolaan dan pengurusan seni. Kursus ini menyediakan ruang kepada pelajar membina 5 elemen kemahiran insaniah iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran kritis dan menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan dalam kumpulan serta nilai, etika dan moral profesionalisme serta penjanaan daya dan bakat kepimpinan dalam kesenian.
(This course will expose students to the development of music in general and also the development of music in the country specifically; taking into consideration their various forms, the instruments invented and their use. The students will be given exposure in the organization and management of arts. This course offers students the opportunity to develop five elements of human skill, which are communication skills, problem solving, teamwork in groups, importance of values, ethics and professionalism, and development of leadership ability and potential in the arts).

PEMIMPIN 1
Kursus ini memberi pendedahan tentang teori kepimpinan dan organisasi, tatacara mesyuarat, kaedah surat menyurat, kemahiran asas komunikasi, kemahiran membuat keputusan, tugas dan peranan pemegang jawatan dalam organisasi serta protokol majlis rasmi dan perancangan pelaksanaan aktiviti.
(This course will expose students to organizational and leadership theory, the conduct of meetings, methods of correspondence, basic communication skills, decision making skills, tasks and role of job holders in organizations, protocols at official events, and planning and implementation of activities).

PEMIMPIN 2
Kursus ini mendedahkan tentang pemahaman undang-undang, sejarah dan falsafah undang-undang, perlembagaan negara, akta universiti dan kolej universiti 1971, kaedah-kaedah Universiti Malaysia Terengganu (Tatatertib pelajar-pelajar) 2009, peraturan kolej kediaman, badan pelajar, dasar negara dan Wawasan 2020.
(This course exposes students to an understanding of the laws, its’ history and philosophy, the national constitution, the Universities and university colleges Act 1971, rules of Universiti Malaysia Terengganu (student discipline) 2009, rules of the residential colleges, student union, national policies and Vision 2020).

SUKSIS 1
Kursus ini bermula dengan pengenalan penubuhan SUKSIS, organisasi, modul latihan (Akademik, sahsiah & latihan luar). Semua topik merangkumi seperti yang Modul Sukarelawan Siawa Polis yang telah ditetapkan oleh Bahagian Latihan Polis DiRaja Malaysia.
(This course begins with the introduction to the establishment of SUKSIS, organization, training modules (academic, personality and external training). The topics cover SISWA Police Volunteering Module, which has designated by the Royal Malaysian Police Training Division).

SUKSIS 2
Kursus ini menerangkan lebih lanjut mengenai modul latihan (akademik, sahsiah, latihan luar, musketry & seni mempertahankan diri (SMD). Semua topik merangkumi saperti yang ditetapkan oleh bahagian latihan polis DiRaja Malaysia

SUKSIS 3
Kursus ini menerangkan lebih lanjut mengenai modul latihan (akademik, sahsiah, latihan luar, Musketry dan seni mempertahankan diri (SMD).

SUKSIS 4
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang peranan pasukan polis di dalam Negara (Akademik, Sahsiah, Latihan Luar, Musketry (Latihan tembak pistol .38 spl / M16) kawad senjata & seni mempertahankan diri (SMD). Semua topik merangkumi seperti yang ditetapkan oleh bahagian latihan polis DiRaja Malaysia.

PALAPES (TLDM) 1
Kursus ini mendedahkan tentang tahap permulaan PALAPES (TLDM). Topik merangkumi seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa bahagian simpanan markas tentera laut . Pelajar yang berstatus pegawai kadet (PK) akan diberi penerangan tentang struktur ringkas Kementerian Pertahanan Malaysia dan bidang tugas angkatan bersenjata. Sistem dan struktur organisasi TLDM serta bidang tugas ketika aman, mengawal pemberontakan serta peperangan terhad akan juga di muatkan. Kawad dan lain-lain latihan asas TLDM akan disertakan. Latihan berterusan (ACT) 3 minggu adalah diwajibkan oleh TLDM.
(This course exposes students to the initial stage of PALAPES (RMN). Topics cover are as recommended by the headquarters of naval reserve division authority. Students with cadet officer (PK) status will be given a brief description on the structure of Ministry of Defence Malaysia and the role of the armed forces. Students will also be introduced with system and organizational structure of TLDM and its role during at peace, controlling the insurgency, as well as Limited War will be covered. During the course, students will be familiarized with the basic training in the navy and compulsary to attend three weeks annual continous training (ACT)).

PALAPES (TLDM) 2
Pelajar akan diberi pendedahan yang lebih mendalam tentang tradisi dan etika TLDM. Topik merangkumi seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa bahagian simpanan markas tentera laut . Pengenalan asas kelautan serta komunikasi TLDM akan disentuh. Latihan penembakan senjata kecil juga dilaksanakan. Latihan kawad tahap 2 akan diajar. Latihan berterusan (ACT) merangkumi latihan perkhemahan jati diri , latihan renang dan latihan asas komunikasi.

PALAPES (TLDM) 3
Kursus ini adalah tahap tiga (Pegawai kadet kanan). Topik merangkumi seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa bahagian simpanan markas tentera laut . PKK akan didedahkan cara berkomunikasi di dalam TLDM dengan lebih mendalam. PKK diperkenalkan kaedah asas mengawal kerosakan dan mengawal kebakaran (DCFF). PKK juga diberi pengetahuan asas kejuruteraan marin (ME). Latihan kawad bersenjata juga turut diperkenalkan.

PALAPES (TLDM) 4
Kursus ini akan memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah komunikasi melalui pancaran lampu dan visual signaling procedure. Pelajar juga didedahkan dengan organisasi bertindak maklumat dalam TLDM. Pelajar juga diberi pengetahuan tentang pegawai bertugas harian dan pegawai tugas anjungan (PBH/PBA) di samping mengenali peralatan didalam kapal TLDM serta mempelajari teori kestabilan kapal dan organisasi melawan kebakaran. Pelajar juga akan mengenali secara teori pelbagai peralatan dan sistem kejuruteraan di dalam kapal. Latihan berterusan (ACT) melibatkan pelayaran pelajar bersama kapal TLDM.

PALAPES (TLDM) 5
Pelajar akan diberi pendedahan yang lebih mendalam tentang peralatan asas navigasi. Topik merangkumi seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa bahagian simpanan markas tentera laut . Penerangan tentang teori panduarah falak akan dijelaskan di dalam topik ini. Pelajar juga akan belajar asas kejuruteraan letrik dan senjata. Pelajar akan mengetahui undang – undang laut dengan lebih mendalam. Pelajar akan diberi pengetahuan fungsi senjata kecil fasa 1 dan 2. Latihan berterusan (ACT) merangkumi latihan perkhemahan Jati Diri, Lawatan bengkel letrik dan senjata, ujian renang dan latihan cerapan astronomi.

PALAPES (TLDM) 6
Pelajar diterapkan nilai-nilai dan etika seorang pegawai sebagai ditauliahkan sebagai leftenan muda PSSTLDM. Pelajar akan mempelajari plotting dalam navigasi serta pengiraan sightform. Pelajar juga diberi pendedahan dalam kejuruteraan elektrik dan senjata TLDM. Pelajar akan mengetahui undang – undang laut dengan lebih mendalam (Rule 32-37) dan menjalani latihan penembakan senjata kecil. Kawad pedang dan senjata dilaksanakan bagi persediaan pertauliahan. Kursus pengurusan akan diberikan. Latihan berterusan (ACT) merangkumi latihan pra perbarisan, perbarisan tamat tauliah dan ujian renang.

SISPA 1
Kursus ini bermula dengan pengenalan kepada organisasi Pertahanan Awam Malaysia dan Antarabangsa, Akta Pertahanan Awam 1951 (Semakan 1979), Pertolongan cemas asas dan kawad kaki.
(This course begins with the introduction to the Malaysia and International Civil Defence organizations, Civil Defence Act 1951 (Review 1979), fundamental of first aid and marching).

SISPA 2
Kursus ini memberi pendedahan terhadap cara-cara menyelamat kecemasan, penggunaan tali dan ikatan, teknik menggunakan gergaji berantai, sains kebakaran, melawan kebakaran dan pengurusan bencana.

SISPA 3
Kursus ini memberi pendedahan tentang pengenalan dan penggunaan peralatan ascending and descending (A&D), peralatan kebombaan, kawad bomba, pengenalan kepada peralatan dan penggunaan peralatan dalam ambulan.

SISPA 4
Kursus ini memberi pendedahan tentang khidmat kecemasan 999 JPAM, pengurusan bencana, etiket dan protokol kecemasan, pengucapan awam dan Pelan Integriti Nasional (PIN).

WATANIAH 1
Kursus ini memberi pendedahan tentang penerangan tentang struktur ringkas kementerian pertahanan Malaysia dan bidang tugas angkatan bersenjata. Sistem divisyen dalam wataniah serta bidang tugas akan juga diperkenalkan. Kawad dan lain-lain latihan asas wataniah akan didedahkan.
(This course gives a brief description of the structure of the Ministry of Defence Malaysia and and the role of the armed forces. Division system in Wataniah and its field of duties will also be introduced. This course also introduce the marching and adapting Wataniah basic training to students).

WATANIAH 2
Kursus ini memberi pendedahan tentang langkah-langkah keselamatan, prosedur menggunakan senjata.

WATANIAH 3
Kursus ini memberi pendedahan tentang peperangan konvensional (Conventional Warfare) dan peperangan di kawasan terbina (operation in build area).

WATANIAH 4
Kursus ini memberi pendedahaan tentang pengenalan kepada peperangan melawan insurgensi, menggunakan kompas dan peta.

RENANG DAN KESELAMATAN AIR
Kursus ini memberi pendedahan tentang teknik suaian fizikal untuk renang, kemahiran gaya renang, bermula dan berpusing, kemahiran menyelam, undang-undang FINA bagi acara renang, merancang dan mengelola pertandingan renang.