Jabatan Kenegaraan dan Peradaban

Jabatan Kenegaraan dan Peradaban menawarkan kursus-kursus untuk memperkasa dan menerap semangat patriotisme dan jatidiri yang tinggi terhadap negara dan tanah air Malaysia tercinta. Kursus yang ditawarkan merangkumi ketamadunan, peradaban, pembinaan negara dan kesejahteraan sejagat. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Jabatan Kenegaraan dan Peradaban

Bil.

Kod Kursus

Nama Kursus

Kredit

1.

NCC3000

Islam dan Alam Sekitar
Islam And Environment

3(3+0)

2.

NCC3001

Islam dan Ekonomi
Islam and Economics

3(3+0)

3.

NCC3002

Islam dan Ideologi Masakini
Islam And Contemporary Ideologies

3(3+0)

4.

NCC3003

Prinsip Kekeluargaan Islam
Principles Of Islamic Family

3(3+0)

5.

NCC3004

Islam dan Kepemimpinan
Islam And Leadership

3(3+0)

6.

NCC3005

Isu-Isu Kontemporari Politik Malaysia
Contemporary Issues In Malaysian Politics

3(3+0)

7.

NCC3006

Personaliti Ulul Albab
Ulul Albab Personality

3(3+0)

8.

NCC3007

Tasawwur Islam
Islamic World View

3(3+0)

9.

NCC3008

Al Qur’An Dan Dunia Moden
Al-Quran And Modern World

3(3+0)

10.

NCC3009

Hadith Pilihan
Selected Hadis

3(3+0)

11.

NCC3010

Fiqh Ibadat
Juristic Study of ‘Ibadat

3(3+0)

12.

NCC3011

Da’i dan Masyarakat
Preacher And Community

3(3+0)

13.

NCC3012

Falsafah Sains Islam
Islamic Philosophy of Science

3(3+0)

 

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Kursus ini bermula dengan pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun (Islam, Melayu, Cina, India dan Barat), pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu serta peranannya dalam pembinaan Tamadun Malaysia. Kursus ini turut membincangkan isu-isu kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Asia selain pendekatan serta cabaran dalam proses pembangunan negara.

This course begins with an introduction to civilization studies, interactions between the peoples of different civilizations (Islam, Malay, Chinese, Indian and Western), role of Islam in the Malay civilization and the foundation of Malaysian civilization. This course also discusses contemporary issues in Islamic and Asian civilization, in addition to approaches and challenges that contribute to the country’s development.  

HUBUNGAN ETNIK

Kursus ini memfokuskan perbincangan berkenaan masyarakat pelbagai etnik serta hubungan etnik di Malaysia. Perbincangan bermula dengan konsep-konsep asas dan teori berkaitan hubungan etnik di Malaysia. Penekanan juga turut menjurus kepada pelbagai bidang yang berkait rapat dengan hubungan etnik meliputi perlembagaan, politik, ekonomi, agama dan pendidikan. Selain itu, pelbagai isu dan cabaran hubungan etnik di Malaysia dan global yang perlu ditangani juga turut disentuh. Di akhir kursus, para pelajar dapat memahami pelbagai usaha yang dilakukan dalam mengurus serta mengukuhkan kesepaduan sosial di Malaysia untuk mencapai matlamat akhir perpaduan negara dan integrasi nasional.

This course focuses on discussions of the multi ethnic society and ethnic relations in Malaysia. Discussion begins with the fundamental concepts and theories of the ethnic relations in Malaysia. It also emphasizes the diverse aspects of ethnic relations such as constitution, politics, economics, religion and education. In addition, it also touches on various issues and challenges that should to tackled regarding the ethnic relations in Malaysia and global. At the end of the course, students will be able to understand the efforts that have been undertaken in governing and enhancing the social unity in Malaysia to achieve the ultimate goal of unity and national integration.

KENEGARAAN MALAYSIA

Kursus ini menekankan pengajian tentang hal-ehwal negara Malaysia. Ia bermula dengan latar belakang sejarah awal negara sehingga penubuhan Persekutuan Malaysia. Ia juga membincangkan beberapa aspek berkaitan sistem dan struktur pentadbiran di Malaysia termasuklah sistem demokrasi berparlimen, Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan. Dasar-dasar utama negara seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar Luar Negara dan Wawasan 2020 juga turut dibincangkan.

This course emphasizes on the Malaysian nationhood studies. It begins with the early historical background towards the formation of Malaysia federation. It also discusses several aspects related to the system and structure of government including the system of parliamentary democracy, Malaysian Constitution and Rukun Negara as the national ideology. Several national policies like National Development Policy, Foreign Policy as well as Wawasan 2020 also will be discussed.

MALAYSIAN STUDIES

This course is about Malaysian nationhood studies. It covers the evolution of the establishment and formation of Malaysia from pre-historic to the present existing state. Besides, it emphasizes on the political, economic and social development agendas of Malaysia, both at national and international levels. This includes the system and structure of government, the concept of parliamentary democracy, Malaysian Constitution, Rukun Negara as the national ideology as well as plural society and ethnic relationship. Several national policies like National Development Policy, National Education Policy, National Cultural Policy, Foreign Policy as well as Wawasan 2020 also will be discussed.

ISLAM DAN ALAM SEKITAR
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pandangan umum Islam tentang pemuliharaan dan pemusnahan alam sekitar dan bagaimana pemahaman yang jelas terhadap persoalan ini dapat meningkatkan kesedaran manusia tentang kepentingan alam sekitar. Saranan dan gesaan al-Quran dan Sunnah tentang pemuliharaan alam sekitar akan dibincangkan. Ini termasuk perbincangan tentang asas tauhid dan kedudukan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Pemahaman umum undang-undang Islam berkaitan penggunaan tanah, air dan pencemaran udara juga akan disentuh.
(This course introduces students to the general concept of Islam on the conservation and destruction of the environment and the understanding of these issues can raise awareness of the human environment. Recommendations from al-Quran and Sunnah about environmental conservation will be discussed. This includes a discussion of basic human faith and position as a vicegerent on earth. General understanding of Islamic law on the use of land, water and air pollution are also covered).

ISLAM DAN EKONOMI
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada konsep umum ekonomi Islam yang menekankan konsep harta serta kepentingannya. Teori pencarian, penggunaan serta pengagihan harta juga akan dibincang. Ini termasuk perbincangan tentang konsep hak milik harta (ownership), serta tanggungjawab kemasyarakatan dalam pembangunan ekonomi Islam. Isu-isu semasa berkaitan perbankan Islam turut disentuh selain perbincangan tentang kewajipan zakat dan pengharaman riba.
(This course introduces students to the general concept of Islamic economics that emphasizes the concept of wealth and importance. Search theory, use and distribution of property will also be discussed. This includes a discussion of the concept of propertu rights (ownership), and social responsibility in the development of Islamic economics. Issues relating to Islamic banking as well as the discussion also touched on the obligation of zakat and prohibition of ‘riba’).

ISLAM DAN IDEOLOGI MASAKINI
Kursus ini bermula dengan konsep umum Islam sebagai agama dan cara hidup. Konsep asas, sifat, ciri-ciri Islam serta kedudukan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber asas akan dibincangkan, diikuti dengan sejarah dan asal usul timbulnya pelbagai ideology masakini serta proses pertembungan dan peresapan ideologi tersebut ke dalam masyarakat Islam. Kursus ini seterusnya memperkenalkan pelajar kepada beberapa bentuk ideologi utama masakini, perbezaan dan persamaannya dengan Islam sebagai al-Din. Para pelajar juga akan didedahkan dengan pelbagai usaha yang boleh dijalankan dalam menghadapi dan menangani peresapan ideology tersebut.
(This course begins with the general concepts of Islam as a way of life (ad-deen). Basic concepts, characteristics of Islam and the role of the Quran and Sunnah as fundamental sources will also be discussed. The course will then introduce the history and the diffusion of various forms of ideology in the Muslim World. The course will also introduce the main world ideologies, their similarities and diffrerences compared to Islam. This course ends with some efforts that can be taken in facing the process of the diffusion and influences of these ideologies).

PRINSIP KEKELUARGAAN ISLAM
Kursus ini memperkenalkan pengetahuan asas mengenai system kekeluargaan dalam Islam. Ia bermula daripada mengenali hakikat manusia dan keperluan hidup berpasangan/berumahtangga, pemilihan pasangan hidup, pertunangan dan perkahwinan. Seterusnya peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga seperti suami, isteri, ibubapa dan anak turut ditekankan. Beberapa permasalahan semasa yang berkaitrapat dengan system dan institusi kekeluargaan juga akan dibincangkan.
(This course introduces thebasic knowledge about thefamily systemin Islam.It begins from the knowledge about humanrealityand the needto livein pairs/marriage,spouseselection, engagementand marriage.In addition, the roles and responsibilitiesof each family memberasa husband, wife, parentsandchildwill also be emphasized. Somecurrent problemsassociated with the family systemandinstitution will also be discussed).