Jabatan Ilmu Dasar dan Pendidikan Liberal

Jabatan Ilmu Dasar dan Pendidikan Liberal menawarkan pelbagai kursus ilmu asas dan liberal aras tinggi yang merentasi bidang utama program pengajian. Kursus-kursus merangkumi bidang kemanusiaan, sains asas, ekonomi, kewangan dan alam sekitar. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Bil.

Kod Kursus

Nama Kursus

Kredit

1.

PAL3100

Pengurusan Air Dan Kehidupan

3

2.

PAL3101

Udara Dan Komuniti

3

3.

PAL3103

Pemikiran Ekonomi Biodiversiti

3

4.

PAL3104

Ikan Dan Perikanan

3

5.

PAL3105

Isu Dan Kepentingan Fauna Marin

3

6.

PAL3106

Mikrob Dan Kehidupan

3

7.

PAL3107

Tanaman Hiasan

3

8.

PAL3109

Pengurusan Makanan Halal

3

9.

PAL3110

Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat

3

10.

PAL3111

Isu Dan Kepentingan Tanah Bencah

3

11.

PAL3112

Kimia Dan Masyarakat

3

12.

PAL3113

Fizik Dan Masyarakat

5

13.

PAL3114

Organisma Invasif

2

14.

PAL3115

Pembangunan Lestari

3

15.

PAL3200

Kelestarian Ekonomi

3

16.

PAL3202

Etika Dalam Organisasi

3

17.

PAL3203

Kewangan Peribadi

2

18.

PAL3204

Pemasaran Maya

3

19.

PAL3206

Pengurusan Kos Dalam Perniagaan

3

20.

PAL3207

Perakaunan Untuk Usahawan

3

21.

PAL3208

Prinsip Kewangan Islam

3

PENGURUSAN AIR DAN KEHIDUPAN
Kursus ini menekankan kepada kepentingan pengurusan air yang melibatkan proses rawatan dan pembekalan air bersih serta kepentingan pengolahan air sisa domestik. Para pelajar akan mengetahui keperluan air bagi komuniti dari segi kuantiti air bersih, kualiti air dan penyakit berkaitan air terutamanya yang akan disebabkan oleh air sisa domestik. Di akhir kursus ini, pelajar akan memahami prinsip asas teknologi rawatan air & air sisa dan kepentingan terhadap kelestarian pengurusan air sebagai sumber air bersih dan juga pengurusan air sisa domestik.
(This course emphasis on the importance of water management which include treatment and supply of safe drinking water as well as the absolute necessity for treating sewage. Students will learn the community need of clean water in term of the water demand, water quality and water related diseases which especially involve sewerage. and. At the end of this course, students would be aware of the basic principles of water & wastewater treatment technology as well as the importance of sustainable water management as clean water source and the need of domestic wastewater treatment).

UDARA DAN KOMUNITI
Kursus ini melibatkan asas kepada kualiti udara dan jenis-jenis bahan pencemar yang menjadikannya tercemar serta kesan-kesan kemudaratan kepada golongan umum. Para pelajar akan didedahkan mengenai komponen asas udara bersih serta sumber-sumber pencemar udara yang menyebabkan masalah global seperti jerebu, hujan asid, gangguan penglihatan, penipisan lapisan ozon dan perubahan cuaca. Pada akhir kursus ini, para pelajar akan cakna kepada pengetahuan asas berkenaan udara dan faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi kesan pencemaran udara kepada individu persendirian serta kesan global.
(This course involves the fundamental of air quality and the presence of components which cause it to be polluted as well as the adverse effect to the general public. The student would be made aware of clean air portion that currently being polluted by various sources and create interrelated problems such as haze, acid rain, visibility degradation, stratospheric ozone depletion and climate change. At the end of the course, the students could cover the basics of clean air and polluted air well as the factors that influence its’ adverse effects to the general public and globally).

SISTEM ARKIB SUMBER TUMBUHAN
Kursus ini mendedahkan isu dan cabaran dalam arkib maklumat bagi sumber tumbuhan yang dikutip dari lapangan untuk tujuan penyimpanan, perekodan dan perujukan. Pelajar akan dibimbing dengan pelbagai kaedah pengurusan dan penggunaan sumber maklumat terpendam pada sumber tumbuhan yang dikurasi. Dengan itu, pelajar dapat menggunapakai kemahiran pengurusan arkib dalam mendepani cabaran sebagai seorang pengurus maklumat sumber tumbuhan di masa akan datang.
(This course exposes the issues and challenges in information archive of plant resources collected from the field for the safekeeping, record and reference purposes. Students will be guided on various management and utilization methods on embedded values of curated plant resources. With this, the students can apply the archival management skill in confronting the challenges as information manager of plant resources).

PEMIKIRAN EKONOMI BIODIVERSITI
Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan, latihan asas dan kesedaran mengenai kepentingan penilaian ekonomi terhadap biodiversiti dan perkhidmatan-perkhidmatan ekosistem. Di dalam kursus ini pelajar akan mempelajari mengenai hubungan dinamik di antara manusia dan ekosistem, sumbangan biodiversiti kepada sosioekonomi manusia, kaedah penilaian ekonomi ke atas biodiversiti serta peranan polisi-polisi negara dan antarabangsa yang berkaitan dengan kepentingan biodiversiti. Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat membincangkan keperluan dan kepentingan penilaian ekonomi biodiversiti dan mengaplikasikan kaedah asas penilaian ekonomi bagi tujuan keperluan pembuat dasar.
(This course aims to provide students with the knowledge, basic training and the awareness on the importance of economic valuation on biodiversity and ecosystem services. In this course, students will learn about the dynamic relationship between humans and ecosystems, socio-economic contribution of biodiversity to human, economic valuation methods on biodiversity and the role of national and international policies which relevant to the importance of biodiversity. At the end of this course, students will be able to discuss the need and importance of economic valuation of biodiversity and apply the basic methods of economic evaluation for the purposes of policy-makers).

KELESTARIAN EKONOMI
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada pelajar mengenai evolusi ideologi pembangunan ekonomi menuju kepada pembangunan mapan menerusi kelestarian ekonomi. Di dalam kursus ini, pelajar akan diperjelaskan mengenai perbezaan pembangunan ekonomi konvensional dengan pembangunan ekonomi yang juga menekankan kepada pembangunan manusia dan sosial di samping memelihara alam sekitar. Pencapaian kelestarian ekonomi menerusi konsep ekonomi hijau dan ekonomi biru akan diberi penekanan. Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat membincangkan asas pembangunan kelestarian ekonomi (ekonomi hijau dan ekonomi biru), teori-teori asas berkaitan pembangunan kelestarian ekonomi, matlamat pencapaian kelestarian ekonomi, polisi-polisi berkaitan pembangunan kelestarian ekonomi serta pengurusan dalam pembangunan ekonomi biru terutamanya berkaitan pembangunan ekonomi marin
(This course aims to provide students with knowledge on the evolution of economic development ideology towards sustainable development through economic sustainability. In this course, students will be explained about the difference between conventional economic development with the economic development that emphasizes the human and social development as well as protecting the environment. The achievement of economic sustainability through the green economy and blue economy concepts will be emphasized. At the end of this course, students will be able to discuss the basis for the development of economic sustainability (green and blue economy), the basic theories related to the sustainability of economic development, objectives of achieving economic sustainability, policies related to the development of economy sustainability as well as the management in blue economy development, particularly related to the development of marine economics).

IKAN DAN PERIKANAN
Kursus ini akan menekankan tentang ciri-ciri umum dan asas dalam mengenalpasti ikan. Pelajar akan dapat memahami sistem-sistem biologi yang terlibat dalam kelangsungan hidup ikan di dalam medium air. Maklumat yang diperolehi boleh dijadikan panduan bagi mengenal pasti ikan untuk pelbagai kegunaan dan peranan dalam kehidupan manusia dan industri.
(This course will be focused on the general and basic characteristics in identification of fish. Students will be able to understand the biological systems that are involved in the survival of the fish in the water medium. The information obtained can be used as a guide to identify fish for a variety of uses and role in human life and industry).

ISU DAN KEPENTINGAN FAUNA MARIN
Kursus ini bertujuan untuk memberi pengenalan kepada kepelbagaian fauna (haiwan) marin dan perkaitannya dengan senario ekosistem kini. Di dalam kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada kepelbagaian haiwan marin, isu dan kepentingannya serta adaptasi mereka dengan ekosistem. Di akhir kursus ini, pelajar boleh mengaitkan dan menyelesaikan masalah alam sekitar terhadap kemandirian haiwan marin tersebut.
(This course gives the students an introduction to the diversity of marine organisms and its connection to the latest ecosystem scenario. In this course, students will be exposed to the diversity of marine organisms, its issues and importance and its adaptation with the environment. At the end of this course, students are able to relate and solve the environment problem towards the survivability of marine animals).

MIKROB DAN KEHIDUPAN
Kursus ini bertujuan untuk memberi pengenalan kepada bidang mikrobiologi persekitaran dan kepelbagaian mikroorganisma bagi pengurusan sumber daya biologi dalam alam sekitar. Pelajar akan didedahkan kepada semua bidang pengajian tentang kebaikan dan keburukan mikroorganisma serta kesannya terhadap manusia dan alam sekitar. Di akhir kursus ini, pelajar akan menghubungkait kepentingan mikroorganisma terhadap kehidupan.
(This course aims to provide an introduction to the field of environmental microbiology and diversity of microorganisms for the management of biological resources in the environment. Students will be exposed to all areas of study about the pros and cons of microorganisms and their effects on humans and the environment. At the end of this course, students will be relate the importance of environmental microorganisms to life).

TANAMAN HIASAN
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kepelbagaian tumbuhan hiasan dan konsep seni taman. Pelajar akan didedahkan mengenai jenis-jenis tumbuhan hiasan, keperluan asas pertumbuhan, cara penjagaan dan kaedah pembiakan. Panduan asas seni taman serta aplikasinya di pelbagai peringkat samada di rumah dan organisasi umum juga akan dibincangkan. Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat mengaplikasi ilmu pengetahuan mengenai tumbuhan hiasan dan seni taman untuk menghasilkan taman hiasan yang menarik.
(This course introduces the variety of ornamental plants and basic landscape concept. Students will be exposed to different types of ornamental plants, basic growing conditions, plant maintenance and propagation techniques. Basic guidance of landscaping and practices applied in various levels will be discussed. At the end of this course, students will be able to apply their knowledge on ornamental plants and landscaping to build attractive garden).

SAINS MAKANAN
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan bidang-bidang dalam Sains Makanan, hubungkait dan kepentingan bidang-bidang berkenaan kepada perkembangan industri makanan dan status pemakanan masyarakat. Pelajar akan didedahkan kepada komposisi asas makanan khususnya air, karbohidrat, protein, lipid, enzim, vitamin, mineral, pigmen, perisa, bahan toksik semulajadi, bahan pencemar dan aditif makanan. Peranan komponen tersebut dalam sistem makanan dan kesan pemakanan terhadap status kesihatan. Pendedahan tentang komoditi makanan, faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti makanan dan unit operasi yang terlibat dalam pemprosesan makanan, perkembangan semasa juga peluang kerjaya dalam bidang Sains Makanan juga akan dibincangkan. Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat mengaplikasi pengetahuan tentang makanan dalam kehidupan harian.
(This course aims to give students exposure to related fields in Food Science, the relationships and the importance of these areas to the development of the food industry and nutritional status of the community. Students will be exposed to the basic composition of the food, especially water, carbohydrates, proteins, enzymes, lipids, vitamins, minerals, pigments, flavors, natural toxicants, pollutants, and food additives. The role of these components in the food system and the impact of nutrition on health status. Exposure of food commodities, factors affecting food quality and unit operations involved in food processing, current developments are also career opportunities in the field of food science will also be discussed. At the end of this course, students will be able to apply their knowledge of food in our daily lives).

PENGURUSAN MAKANAN HALAL
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan konsep makanan halal dan haram dalam hukum dan perundangan Islam. Pelajar akan didedahkan kepada konsep toyibban iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan yang sihat serta ‘halalan’, sumber makanan halal dan haram, kaedah penyembelihan halal, konsep pemprosesan makanan halal dari ladang ke pinggan, ramuan dan aditif makanan halal. Pelajar juga akan mempelajari peraturan dan perundangan berhubung dengan makanan halal, analisis, piawaian makanan halal MS 1500:2004, persijilan dan logo halal, kaitan halal dengan kualiti dan insentif produk halal. Isu semasa dalam industri dan pasaran makanan halal global juga akan dibincangkan. Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat mengaplikasi pengetahuan tentang makanan halal dalam kehidupan harian.
(This course aims to provide students with exposure to the concept of halal and haram in Islamic law. Students will be exposed to the concept toyibban of purity, hygiene and healthy living as well as ‘halal’ food supply halal and haram, halal slaughtering methods, halal food processing concept from farm to plate, halal food ingredients and additives. Students will also learn the rules and regulations relating to kosher food, analysis, halal standard MS 1500: 2004 certification and logo, relationship between halal and kosher products quality and incentives. Current issues in the industry and the global halal food market are also discussed. At the end of this course, students will be able to apply the knowledge of halal foods in daily life).

PEMAKANAN DAN GAYA HIDUP SIHAT
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengenalan kepada pelajar mengenai bidang pemakanan bermula daripada pemilihan makanan, pencernaan dan bagaimana makanan yang diambil boleh mempengaruhi berat badan, kesihatan dan kehidupan. Kursus ini juga akan membincangkan mengenai komponen- komponen makanan, keperluan pemakanan seharian, prinsip keseimbangan tenaga, cara pengurusan berat badan iaitu untuk tujuan pengurangan dan penambahan berat badan serta amalan gaya hidup sihat. Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka tentang pemilihan makanan dan aktiviti fizikal yang sesuai untuk pengurusan berat badan dan membentuk kehidupan yang sihat.
(This course is an introduction for students to the field of nutrition; begin from food selection, digestion and how food intake can affect body weight, health and life. This course will also discuss on food components, dietary needs, principle of energy balance, weight management to reduce and increase body weight and healthy lifestyle. At the end of this course, students will be able to apply their knowledge on appropriate food choices and physical activities for weight management and healthy living).

ISU DAN KEPENTINGAN TANAH BENCAH
Kursus ini membolehkan pelajar memahami bahagian yang paling penting dalam prinsip-prinsip ekologi tanah bencah. Ia juga menyediakan beberapa penyatuan dan kepaduan dalam kajian ekologi tanah bencah. Menekankan ciri-ciri utama tanah bencah, menangani faktor sekitaran yang mengawal ciri-ciri tersebut, juga menggambarkan beberapa kerangka kerja yang besar untuk mengkaji hubungan di antara ciri-ciri ekologi dan pemuliharaan biologi.
(This course enable students to understand the most important part in principles for wetlands ecology. It is also provide some unity and coherence in the study of wetlands ecology. Emphasizes the properties of wetlands, addresses the environmetal factors that control these properties, illustrates some larges frameworks for studying the relationships between ecological properties and conservation biology).

KIMIA DAN MASYARAKAT
Kursus ini memberikan kefahaman dan kesedaran tentang penggunaaan bahan kimia dalam kehidupan harian serta kesan sampingannya. Di dalam kursus ini pelajar akan mempelajari beberapa aspek kimia di dalam beberapa produk seperti karbon dalam berlian, kimia dalam perisa dan pewangi dan kimia dalam ubat-ubatan. Beberapa bidang kimia dari perspektif kehidupan harian turut dibincangkan seperti petroleum dan bahan bakar, polimer dan plastik, karbon monoksida dan asap, alkohol dan pemanduan dan dadah yang menagihkan. Di akhir kursus ini pelajar akan dapat mengenalpasti beberapa komponen bahan kimia yang terlibat dalam kehidupan harian dan menilai kesan positif atau negatif terhadap manusia.
(This course provides an understanding and awareness of the use of chemicals in everyday life as well as their side effects. In this course students will learn some aspect of chemistry in several products such as carbon in diamond, chemical in flavors and fragrances and chemical in medicine. Some perspective in daily life which related with some field of chemistry will be discussed such as petroleum and fuels, polymers and plastics, carbon monoxide and smoke, alcohol and driving, and addictive drug. At the end of this course, students will be able to identify some chemical substances in daily life and assess positive or negative effects to human being).

FIZIK DAN MASYARAKAT
Kursus ini membincangkan konsep dan aplikasi fizik dalam kehidupan harian. Ia menjelaskan dan mengaplikasikan konsep fizik seperti pengukuran, pergerakan jasad, aplikasi Hukum Newton, kerja dan mesin, daya dalam bendalir, pergerakan planet dan satelit, fizik muzik, termometri dan termometer, penggunaan cahaya, litar elektrik dalam rumah, sistem kerja keelektrikan dan kemagnetan, penjanaan dan penghantaran tenaga elektrik, kegunaan elektronik dan semikonduktor. Di akhir kursus ini, pelajar dapat mengaitkan konsep-konsep fizik yang terlibat dalam kehidupan seharian.
(This course discusses the concept and application of physics in everyday life. They explain and apply the concepts of physics such as measurement, body movement, application of Newton’s laws, work and machines, forces in the fluid, the motion of the planets and satellites, the physics of music, thermometry, and a thermometer, use of light, electrical circuits in the home, the workplace electricity and magnetism, generation and transmission of electricity, use of electronics and semiconductors. At the end of this course, students are able to relate the physics concepts involved in everyday life).

ORGANISMA INVASIF
Kursus ini memperkenalkan organisma invasif dan isu-isu semasa yang berkaitanya. Kursus meliputi aspek asal usul, ciri-ciri organisma invasif dan kesan impaknya terhadap ekosistem dan kehidupan manusia sejagat. Pada ahkir kursus ini, pelajar dapat meningkatkan kesedaran dan mengenalpasti cara pengurusan untuk menangani isu-isu organisma invasif demi keseimbangan ekosistem.
(This course introduces invasive organism and its current issues. This course covers the aspects of origins, characters and impacts of invasive organism on ecosystem and humanity. In the end of the course, students will enhance their awareness and identify the management on tackling invasive organism for the sake of ecosystem equilibrium).

PANCING REKREASI
Kursus ini akan menekankan konsep asas, pendekatan dan etika dalam pancing rekreasi yang menjurus kepada pengurusan sumber perikanan secara lestari. Teknik dan amalan pancing rekreasi serta hubungkaitnya dengan kelestarian sumber perikanan akan dibincangkan secara terperinci. Maklumat yang diperolehi mampu membantu pelajar untuk memainkan peranannya dalam memastikan kelestarian sumber melalui aktiviti pancing rekreasi sama ada sebagai hobi atau kerjaya.
(This course will emphasize the fundamental concepts, approaches and ethics in recreational angling that lead to sustainable management of fisheries resources. Recreational fishing techniques and practices as well as its relationship to sustainability of fisheries resources will be discussed in detail. The information obtained are able to help the students to play a role in ensuring the sustainability of resources through recreational fishing activities either as a hobby or career).

SCUBA DAN SNORKELING REKREASI
Kursus ini menekankan ciri-ciri serta teori umum dan asas selam SCUBA dan ‘Snorkeling’. Pelajar akan dapat memahami pengurusan, peralatan, sistem, fisiologi dan fizik yang terlibat dalam selam SCUBA dan ‘Snorkeling’. Maklumat yang diperolehi mampu menjadi panduan dalam selam SCUBA dan ‘Snorkeling’ sebelum pelajar meneroka ke laut. Di akhir kursus ini pelajar akan dapat melaksana ‘Discover SCUBA‘ secara berkumpulan dan ‘Snorkeling’ dengan penuh keyakinan.
(This course emphasizes the features as well as the general theory and basic SCUBA diving and snorkeling. Students will be able to understand management, equipment, systems, physiology and physics involved in scuba diving and snorkeling. The information obtained can be a guide in scuba diving and snorkeling before students venture into the sea. At the end of this course, students will be able to implement the ‘ Discover SCUBA ‘ in-group and the ‘ Snorkeling ‘ with confidence).

PENGENALAN PERANCANGAN EKONOMI
Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan asas tentang perancangan ekonomi Negara. Beberapa konsep asas dalam perancangan seperti perancangan kewangan, pelaburan, perdagangan dan mobiliti sumber dibincangkan. Aspek-aspek kecekapan seperti kawalan sosio terhadap perniagaan, produktiviti dan jenis-jenis persaingan juga dibicangkan dalam pengajaran. Pada akhir kursus, pelajar akan mendapat pendedahan tentang proses perancangan ekonomi dan pengubalan sesuatu dasar negara serta boleh menghuraikan tentang perbezaan perancangan mengikut amalan sistem ekonomi dan masa.
(This course aims to provide a basic knowledge about the National Economic Planning. Some of the concepts such as monetary planning, investment, foreign trade and mobility of resources discussed. Efficiency aspects such as social control of business, productivity and types of competition also discussed in this course. At the end of the course, students will gain exposure on the economic planning process and national policy formulating and also can elaborate the differences of the planning based on the economic system and period of time).

ETIKA DALAM ORGANISASI
Kursus ini akan memperkenalkan peranan dan kesan pengamalan etika dalam organisasi. Ia juga akan membincangkan cabaran –cabaran yang dihadapi oleh individu dalam mengejar matlamat hidup, dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh organisasi dalam mengejar matlamat organisasi untuk memberi yang terbaik kepada pemegangtaruh dan keuntungan tertinggi yang boleh dicapai. Matlamat ini adakalanya melibatkan berlakunya pertembungan dengan nilai-nilai yang dipegang oleh individu, masyarakat dan organisasi. Kes-kes yang menjadi tajuk-tajuk utama berita akan digunapakai untuk menggambarkan pertembungan-pertembungan ini. Kes-kes akan digunakan sebagai contoh amalan etika dan situasi.

ISU-ISU KONTEMPORARI POLITIK MALAYSIA
Kursus ini menekankan tentang isu-isu kotemporari serta perkembangan politik di Malaysia. Ianya akan membincangkan aspek-aspek utama yang mendasari politik Malaysia termasuk sejarah, teori, sistem pentadbiran dan kerajaan, ekonomi, ideologi pemimpin serta peranan media. Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat menilai isu-isu semasa berkaitan politik Malaysia dengan rasional dan beretika sesuai dengan amalan demokrasi di negara ini.

KEWANGAN PERIBADI
Objektif kursus ini adalah untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kewangan peribadi. Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan pengurusan dan perancangan kekayaan; perancangan kewangan peribadi; membina kekayaan; perancangan untuk ketidakpastian; asas pinjaman; mengurus kehidupan dan mengatasi masalah kewangan. Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat menyediakan pelan kewangan peribadi sendiri; menguruskan sumber-sumber kewangan serta membuat keputusan kewangan peribadi yang bijak.
(The objective of this course is to equip students with knowledge and skills in personal financial management. This course exposes students to the wealth management and planning; personal financial planning; build wealth; planning for uncertainty; loan basis; manage their lives and overcome financial problems. At the end of this course, students will be able to provide their own personal financial plan; managing financial resources and make smart financial decisions).

PEMASARAN MAYA
Kursus ini direkabentuk bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas pemasaran menggunakan media sosial. Kursus ini akan meninjau landskap media sosial sebagai satu cara yang efektif untuk menyampai dan menerima mesej pemasaran dengan lebih berkesan. Di akhir kursus pelajar akan dapat pengetahuan asas tentang pemasaran digital yang menampilkan penggunaan teknologi yang terkini dan berkesan. Dengan itu pelajar akan dapat melihat media sosial dengan cara yang lebih luas dan terkini.
(This course is designed to provide students with a basic knowledge of marketing using social media. This course will explore the landscape of social media as an effective way to deliver and receive marketing messages more effectively. At the end of the course, students will acquire the basic knowledge of digital marketing that shows the use of the latest technology and efficient. Thus students will be able to see social media in a more comprehensive and up to date).

PELABURAN DALAM PASARAN KEWANGAN
Kursus ini membincangkan asas pelaburan dalam pasaran kewangan yang bertujuan untuk memaksimumkan pulangan (keuntungan) dan meminimumkan risiko (kerugian). Tumpuan kursus ialah kepada instrumen pelaburan di pasaran kewangan, hubungan di antara pulangan dan risiko, strategi pelaburan, pengurusan dan penilaian pelaburan. Di akhir kursus, pelajar akan mampu memilih instrumen dan strategi pelaburan yang bertepatan dengan matlamat pelaburan.
(This course discusses the fundamental of investment in the financial markets that maximize returns (profits) and minimize risks (losses). Focus will be on investment instruments in the financial markets, the relationship between return and risk, investment strategy, management and evaluation of the investment. At the end of the course, students will be able to choose the right investment instrument and strategies that are consistent with the investment objectives).

PENGURUSAN KOS DALAM PERNIAGAAN
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan konsep-konsep kos dalam perniagaan dan kaitannya dengan perancangan keuntungan. Di dalam kursus ini, pelajar akan diperkenalkan dengan sistem pengekosan, elemen-elemen kos dalam perniagaan, sistem pengekosan produk, penentuan dalam kos, volum dan untung, dan teknik untuk merancang keuntungan. Di akhir kursusini, pelajar akan dapat mengaplikasikan konsep kos serta teknik-teknik yang boleh digunakan dalam merancang keuntungan perniagaan.
(This course is aimed to expose the students on the cost concept in business and its relation to the profit planning. In this course, students will be introduced to the costing system, element of costs, cost-volume-profit technique, and budget as a tool of profit planning. At the end of this course, students should be able to apply the cost concept and techniques in profit planning of a business).

PERAKAUNAN UNTUK USAHAWAN
Kursus ini direka bentuk untuk memberi pengetahuan dan pendedahan perakaunan kepada pelajar bukan perakaunan. Kursus ini merangkumi peranan perakaunan sebagai input penting dalam perniagaan, kitaran perakaunan, prinsip catatan bergu, penyediaan penyata kewangan, pengurusan tuna idalam perniagaan, serta analisis penyata kewangan. Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat menyediakan penyata kewangan dengan baik.
(This course is designed to provide knowledge and accounting exposure to non-accounting students. This course covers the role of accounting as an important input in the business, the accounting cycle, the principle of double entry, preparation of financial statements, cash management in business, and financial statement analysis. At the end of this course, students will be able to prepare financial statements properly).

PRINSIP KEWANGAN ISLAM
Kursus ini akan membincangkan prinsip pembiayaan dan pelaburan dalam sistem kewangan Islam. Topik utama yang akan dibincangkan termasuk peraturan yang dikenakan oleh Syariah ke atas urusniaga ekonomi dan kewangan, konsep perniagaan dalam Islam, instrumen kewangan Islam seperti murabahah and musawamah, dan sistem percukaian Islam (Zakat). Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat membezakan prinsip kewangan Islam berbanding konvensional.
(This course will discuss the principles of finance and investment in the Islamic financial system. The main topics to be discussed include the prohibitions imposed by the Sharia on the economic and financial transactions, business concept in Islam, Islamic financial instruments such as murabaha and musawamah and taxation system in Islam (Zakat). At the end of this course, students will be able to distinguish the principles of Islamic finance from conventional finance).

PEMBANGUNAN LESTARI
Kursus ini memberi pendedahan tentang kepentingan pembangunan lestari dalam aspek polisi, ekonomi, teknologi dan alam sekitar. Pelbagai isu utama berkenaan pembangunan lestari dan implikasinya terhadap ketersediaan alam sekitar dan dinamik kehidupan manusia akan dikongsi dan dianalisis secara kritis. Seterusnya pelajar akan didedahkan dengan asas-asas teknikal dalam mengenal pasti proses biologi dan fizikal yang terkesan akibat pembangunan bersifat antropogenik.
(This course introduces the importance of sustainable development approach in the aspects of policy, economy, technology and environment. Various issues in sustainable development and the implications on the environmental availability and the dynamic living of man will be discussed and critically analyzed. Subsequently, students will be exposed to basic technicalities in identifying biological and physical processes implicated due to the anthropogenic developments).

PENGURUSAN KEUSAHAWANAN DAN PEMBANGUNAN KENDIRI
Kursus ini memberi pendedahan dan kemahiran asas dalam bidang pengurusan keusahawanan dan pembangunan kendiri. Aspek perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, dan etika dibincangkan dalam skop pengurusan keusahawanan dan pembangunan kendiri.
(This course focuses on basic skills in the areas of entrepreneurial management and personal development. Planning, organizing, leadership, and ethics are discussed within the scope of entrepreneurial management and personal development).