Aluan Dekan

Kata Alu-Aluan Dekan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada pelajar-pelajar baru yang saya kasihi,

Selamat datang dan tahniah kerana telah berjaya dan terpilih untuk menjejakkan kaki ke Universiti Malaysia Terengganu. Kehadiran anda semua khususnya di Pusat Pendidikan Asas dan Liberal (PPAL) amatlah dialu-alukan. Pada masa ini, PPAL menawarkan kursus-kursus teras universiti (TU) dan kursus elektif universiti (EU) sebagai sebahagian daripada perkhidmatan pembelajaran dan pengajaran (P&P) untuk melengkapkan keperluan program pengajian peringkat diploma dan ijazah pertama di UMT.
Kursus-kursus pra siswazah yang ditawarkan meliputi bahasa, komunikasi, kursus asas suatu bidang ilmu (sains, teknologi, pengurusan, dan sains sosial), badan beruniform, kesenian, kebudayaan, etika dan kemanusiaan. Penawaran kursus-kursus ini adalah sangat penting serta releven bagi membolehkan pelajar terdedah kepada kursus asas dan pendidikan liberal aras tinggi yang diperlukan bagi membentuk insan yang holistik, memiliki daya kreativiti dan berkeyakinan tinggi.

Akhir kalam, adalah menjadi iltizam dan usaha kami warga PPAL untuk menjayakan visi dan misi universiti melalui pendekatan pendidikan liberal ini. Semoga gagasan usaha yang dijalankan ini diberkati dan memberi satu impak yang besar terhadap pembangunan holistik pelajar serta menghasilkan graduan yang cemerlang.

Sekian, terima kasih.

 

“SELAMAT MAJU JAYA”

Prof. Dr. Asyraf Hj. Ab Rahman
Dekan,
Pusat Pendidikan Asas dan Liberal
Universiti Malaysia Terengganu