Program ‘Virtual Reading Challenge”

Program ‘Virtual Reading Challenge” ini akan diadakan secara dalam talian di mana warga UMT perlu membuat hebahan tentang bahan bacaan mereka melalui media sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook. Hebahan berkenaan buku tersebut boleh dilakukan dalam bentuk penulisan atau secara video (vlog). Peserta perlu menggunakan tanda baca #UMTmembaca #readatuni #ppalumt dalam ‘posting’ mereka. Sila pastikan penyertaan anda dapat dilihat oleh umum dan menggunakan # yang betul. 6 penyertaan yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang setiap 2 minggu sepanjang cuti semester bagi menggalakkan pelajar dan semua warga UMT untuk membaca dalam tempoh masa tersebut. Pemenang akan mendapat hadiah dan sijil penyertaan selepas semester September dibuka.

Sila ikuti laman Facebook Pusat Pendidikan Asas dan Liberal bagi mengetahui pemenang-pemenang bagi pertandingan ini.

• 23 Jun – 6 Julai – 6 pemenang
• 7 Julai – 20 Julai – 6 pemenang
• 21 Julai – 3 Ogos – 6 pemenang
• 4 Ogos – 17 Ogos – 6 pemenang
• 18 Ogos – 31 Ogos – 6 pemenang

Please follow and like us:

Pin It on Pinterest

Shares