PROGRAM SEMBANG SASTERAWAN 2019 : BERSAMA SASTERAWAN NEGARA DATO’ DR. ZURINAH HASSAN

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,

Atas pentas kesohoran, seorang sasterawan memuntah kalam, berkongsi tentang hidupnya sebagai insan, bersembang tentang dirinya sebagai karyawan, lebih jelas, lebih tuntas, dalam Sembang Sasterawan Siri Kedua 2019.

Sukacita dimaklumkan, Pusat Pendidikan Asas dan Liberal (PPAL), menerusi Jabatan Bahasa dan Komunikasi (JBK) dengan kerjasama Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), UMT, akan mengadakan program Sembang Sasterawan Siri Kedua 2019 bertujuan untuk mendedahkan tokoh-tokoh Sasterawan Negara serta ilmu-ilmu kesusasterawan mereka kepada seluruh warga UMT.

Sehubungan dengan itu, pihak jabatan dengan segala hormatnya menjemput warga UMT yang berkelapangan untuk hadir (kehadiran ke program akan direkodkan ke dalam sistem latihan) memeriahkan majlis perkongsian ilmu ini sebagaimana ketetapan berikut.

Segala kerjasama dan perhatian Y. bhg. Prof. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian

Please follow and like us:

Pin It on Pinterest

Shares