BENGKEL PENULISAN PROPOSAL PENYELIDIKAN
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pendidikan Asas dan Liberal (PPAL) akan mengadakan Bengkel Penulisan Proposal Penyelidikan untuk pelajar pascasiswazah. Bengkel ini akan dijalankan secara hands-on dengan memberi penekanan terhadap tips-tips penulisan proposal penyelidkan secara efektif dan pantas. Peserta juga digalakkan untuk membawa draf proposal masing-masing (sekiranya ada) untuk mendapatkan komen dari moderator.
Bengkel ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 02 September 2018 (AHAD)
Masa : 8.00 Pagi – 4.30 Petang
Tempat : Makmal Komputer Aras 3, Kompleks Kuliah
Berpusat, PPAL UMT
Moderator: Prof Madya Dr. Noor Rohana Mansor
Yuran penyertaan bengkel ini sebanyak RM100 sahaja (termasuk makan minum, sijil dan bahan-bahan bengkel)
Bengkel ini terhad untuk 40 peserta sahaja.
Di jemput semua yang berminat untuk menyertai bengkel ini.
Tarikh tutup pendaftaran : 28 OGOS 2018
TERIMA KASIH