BENGKEL ANALISIS DATA KUANTITATIF (SEM-AMOS)

BENGKEL ANALISIS DATA KUANTITATIF (SEM-AMOS)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pendidikan Asas dan Liberal (PPAL) akan mengadakan Bengkel Analisis Data Kuantitatif (SEM-AMOS) untuk penyelidik, pensyarah dan pelajar siswazah. Bengkel ini adalah kesinambungan Bengkel Analisis Data Statistik (SPSS). Bengkel ini akan dijalankan secara hands-on dengan memberi penekanan terhadap kemahiran melakar model pengukuran dan model struktur, analisis pengesahan faktor (CFA), analisis deskriptif, korelasi, regresi, kesan mediator, kesepadanan model, pengubahsuaian model dan sebagainya. Peserta juga dibimbing untuk menyediakan pelaporan dapatan dalam format tesis dan format artikel jurnal.
Bengkel ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 01 & 02 September 2018 (SABTU & AHAD)
Masa : 8.00 Pagi – 4.30 Petang
Tempat : Makmal Bahasa 2, PPAL UMT
Moderator: Dr. Mohd Yusri Ibrahim

Yuran penyertaan bengkel ini sebanyak RM200 sahaja (termasuk makan minum, sijil dan bahan-bahan bengkel)
Bengkel ini terhad untuk 40 peserta sahaja.

Di jemput semua yang berminat untuk menyertai bengkel ini.

Tarikh tutup pendaftaran : 28 OGOS 2018

Terima Kasih

Please follow and like us:

Pin It on Pinterest

Shares