UMT bangunStudio al-Quran Ulul Albab pertama di Malaysia

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan  Salam 1 UMT,

Untuk makluman Y.Bhg. Dato’/ Prof. Emeritus/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan, Majlis Perasmian Studio Al-Quran Ulul Albab telah dilaksanakan dengan jayanya pada 29 September 2017 oleh YB Dato’ Seri Hj. Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama semua pihak di UMT serta Majlis Kebajikan Pelajaran Besut, Pejabat Daerah Besut, Majlis Daerah Besut, Pejabat Parlimen Besut, Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, Pejabat Kesihatan Besut, Jabatan Kerja Raya, SATU, Tenaga National Berhad, Desa Ukiran Kayu dan Pejabat Penerangan Besut.

Pusat Pendidikan Asas dan Liberal, Universiti Malaysia Terengganu mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Hj. Idris bin Jusoh di atas sumbangan bagi Projek Pembangunan Studio Al-Quran Ulul Albab serta kesudian meluangkan masa merasmikan studio tersebut.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Y. Bhg. Profesor Dato` Dr. Nor Aieni Binti Haji Mokhtar, Naib Canselor UMT di atas sokongan yang amat tinggi dalam menjayakan projek pembangunan Studio Al-Quran Ulul Albab.

Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada kumpulan kerja teknikal pembangunan Studio Al-Quran Ulul Albab yang terdiri daripada kakitangan Pusat Komunikasi Korporat serta Pusat Pendidikan Asas dan Liberal yang telah bekerja keras semenjak tahun 2016 lagi bagi merealisasikan hasrat memperkasakan generasi Ulul Albab menerusi sumbangan kepakaran dalam projek ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua kumpulan kerja bagi Majlis Perasmian Studio Al-Quran Ulul Albab iaitu Pusat Pendidikan Asas dan Liberal, Pusat Komunikasi Korporat, Pusat Pembangunan dan Harta, Bahagian Keselamatan UMT, Pusat Kesihatan Pelajar, Pejabat Pendaftar, Pejabat Bendahari, Pusat Islam Sultan Mahmud, Penerbit UMT, Pusat Pengurusan Teknologi Maklumat, kumpulan Penyambut Tetamu Universiti dan Qari Sheikh: Bilal bin Adil bin Mohammed (persembahan Qasidah) serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Ucapan terima kasih juga buat Pegawai-pegawai Utama, Pegawai-pegawai Kanan, Pengurusan Tertinggi PPAL, Pensyarah-pensyarah PPAL dan pelajar-pelajar Ulul Albab UMT yang sudi meluangkan masa bagi memeriahkan Majlis Perasmian Studio Al-Quran Ulul Albab.

Akhir kata, semoga segala usaha dan tenaga yang telah dicurahkan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T.

Sekian.

Syarifah Noormaisarah binti Tuan Besar
Penolong Pendaftar
Pusat Pendidikan Asas dan Liberal
Universiti Malaysia Terengganu
Tel: 09-6683688
Email: noormaisarah@umt.edu.my