PUSAT PENDIDIKAN ASAS DAN LANJUTAN UMT

Universiti Malaysia Terengganu

[:en]LAPORAN LAWATAN PELAJAR MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE (MJII)[:MS]LAPORAN LAWATAN PELAJAR MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE (MJII)[:]

[:en]

Pada 22hb September 2014, seramai 19 orang pelajar dari MARA JAPAN Industrial Institute (MJII) bersama 3 orang pegawai pengiring telah mengunjungi Pusat Pendidikan Asas dan Liberal (PPAL) untuk program aktiviti kebudayaan Jepun bersama pelajar UMT yang mengambil sabjek Bahasa Jepun.

Sebaik saja pelajar dan pegawai dari MJII tiba ke UMT, mereka telah diberikan taklimat mengenai PPAL oleh Timbalan Dekan PPAL, Profesor Madya Dr Asyraf bin Haji Abd. Rahman. Kemudian diikuti pula penerangan mengenai MJII oleh En Mohd Khairul. Setelah sesi taklimat, mereka telah dibawa melawat ke perpustakaan PPSDNZ dan seterusnya ke sesi berinteraksi dengan pelajar UMT di Auditorium 1 di Komplek Kuliah Berpusat. Pelajar UMT yagnterlibat ialah pelajar yang mengambil sabjek Bahasa Jepun sebagai sabjek elektif. Seramai lebih kurang 200 pelajar telah hadir untuk menyaksikan program kebudayaan ini.

Dalam acara kebudayaan, pelajar MJII dan pelajar UMT telah mempersembahkan tarian Soran Bushi . Tarian ini adalah salah satu tarian popular di Jepun ketika ini dimana ianya termasuk di dalam kurikulum sekolah-sekolah di Jepun. Kebanyakkan pelajar di Jepun boleh menari tarian ini. Justeru, pelajar MJII juga telah memilih tarian ini sebagai persembahan pada hari lawatan. Pelajar UMT juga telah menunjukkan bakat mempersembahkan tarian soran bushi ini walaupun cuma beberapa hari sahaja membuat latihan.

Selepas tarian, pensyarah bahasa Jepun dari MJII, Puan Hajjah Fitrah Hirose Junko telah mengajar pelajar UMT menyanyikan lagu bertajuk “furusato” sebagai latihan pendengaran (listening practice) disamping menterjemahkan lirik lagu tersebut bersama Puan Rohani binti Hamzah dari UMT. Lagu ini telah dipilih kerana ianya dicipta sempena memperingati mangsa kejadian Tsunami pada tahun 2011. Oleh kerana masa terlalu singkat, aktiviti seperti membuat origami tidak dapat diteruskan.

Namun, pelajar UMT sangat teruja kerana dapat berinteraksi dengan pelajar dari MJII melalui aktiviti begini. Ini mungkin kerana kedua-dua pihak sedang mempelajari bahasa yang sama iaitu bahasa Jepun dan dapat bertukar-tukar fikiran melalui program begini yang julung julung kali diadakan. Program sebegini amat berharga kerana ianya berbentuk informal learning kepada pelajar. Moga di masa akan datang ada lagi lawatan dari pihak luar yang mempunyai tujuan yang sama iaitu pendedahan pelajar kepada IPTA yang lain untuk sedikit sebanyak membuka minda masing-masing dan secara tidak langsung dapat mempromosi UMT kepada pihak luar.

[:MS]

[:]