PUSAT PENDIDIKAN ASAS DAN LANJUTAN UMT

Universiti Malaysia Terengganu

Page Not Found

https://facebook.com/events/s/majlis-perasmian-seminar-antar/560158499570730/
=================

YBhg Dato’/Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PERASMIAN SEMINAR ANTARABANGSA MADANI KALI KE-5 (MADANI 2023) SECARA DALAM TALIAN

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan, Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan (PPAL), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry akan menganjurkan Seminar Antarabangsa Madani Kali Ke-5 (MADANI 2023) pada 1 – 2 Oktober 2022 secara hibrid. MADANI 2023 yang bertemakan ‘Perkongsian Kearifan Tempatan, Memartabat Tamadun Nusantara’ akan menekankan perkongsian dalam kalangan rumpun yang sama iaitu di antara Universiti Malaysia Terengganu dan UIN Ar-Raniry.

Majlis Perasmian Seminar Antarabangsa Madani Kali Ke-5 (MADANI 2023) akan diadakan secara dalam talian sebagaimana berikut:

Tarikh : 02 Oktober 2023 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Pautan : https://facebook.com/events/s/majlis-perasmian-seminar-antar/560158499570730/

Sehubungan itu, pihak penganjur menjemput YBhg. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan untuk sama-sama menyaksikan dan memeriahkan majlis perasmian tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai seminar bolehlah berhubung dengan Urusetia Seminar MADANI 2023 iaitu Dr. Kasyfullah Bin Abd Kadir (Pengarah) dan Dr. Roswati Abdul Rashid (Setiausaha I) Seminar MADANI 2023 di talian 09-668 3313/3811.